Resepi Murtabak Mengkasar Best Food in Pahang

Dapatkan Resepi Murtabak Mengkasar salah satu dari best food in Pahang yang wajib anda cuba bila singgah ke negeri ini. Dapatkan juga resipi asli dan cara membuatnya disini.

Resepi Murtabak Mengkasar Best Food in Pahang Summary

  • Nama Resipi: Resepi Murtabak Mengkasar Best Food in Pahang
  • Kategori Hidangan: Makanan
  • Jenis Masakan: Melayu

Resepi Murtabak Mengkasar from Blogspot

Ini adalah resepi Murtabak Merkasar ataupun dikenali sebagai murtabak diraja. Anda bolehlah mencuba resepi ini dirumah. Insyaallah menjadi.

Bahan-bahannya adalah seperti berikut:

  • 10 biji telur ayam
  • 6 senduk daging hancur yang digoreng tanpa minyak
  • 6 senduk bawang besar yang dipotong dadu dan digoreng dengan marjerin, serbuk kunyit, bunga cengkih, bunga lawang *ditumbuk halus
  • 1 senduk daun bawang, daun sadri dan cili
  • 4 sudu gula
  • 10 renjisan kicap
  • Sedikit serbuk perasa
  • Rempah ratus (campuran daripada 14 jenis ramuan spt jintan manis, jintan putih, bunga lawang, biji pelaga dan lain-lain).

Campurkan kesemua bahan-bahan di atas, kacau hingga sebati.

Cara Membuat Murtabak Mengkasar Diraja

Kini tiba pula cara membuatnya seperti ditunjukkan dibawah.

Berikut adalah cara membuatnya:

  1. Panaskan kulit roti canai. Renjiskan dengan minyak dan tuang sedikit demi sedikit bancuhan ke atas kulit roti canai.
  2. Kemudian terbalikkan. Tuangkan lagi bancuhan ke atas kulit roti canai bahagian sebelahnya.
  3. Setelah masak letakkan diatas satu lapis roti canai lagi dan goreng hingga masak
  4. Untuk murtabak ‘special’ tuangkan bancuhan kedua-dua bahagian murtabak dengan satu lagi lapisan bancuhan.
  5. Setelah masak angkat dan potong. murtabak enak di makan bersama bawang jeruk dan kuah dal.

*Source: resipimcik.blogspot.com

Hashtag / Keywords

Contact Murtabak Mengkasar Hj Din (Murtabak Diraja)

Kampung Mengkasar,
26600 Pekan, Pahang
Telephone: 012-951 4668

error: