Ibrahim Cendol Air Putih di Kuantan Pahang

Untuk menghilangkan dahaga, Ibrahim Cendol Air Putih adalah cendol sedap di Kuantan Pahang. Menu istimewa adalah cendol campur, ABC, cendol kacang dan lain-lain. Baca disini untuk info selanjutnya. Kami juga menyediakan resipi jadi anda boleh mencubanya dirumah.

Ibrahim Cendol Air Putih di Kuantan Pahang Summary

  • Attraction: Ibrahim Cendol Air Putih di Kuantan Pahang 
  • Location: Pahang Malaysia
  • Attraction Type: Food in Malaysia

Ibrahim Cendol Air Putih di Kuantan Pahang from Blogspot

Kesedapan Cendol Air Putih Kuantan

Minggu lepas, Adu dan Dora balik Kuantan untuk hantar balik Nabil ke asrama. Seminggu Nabil balik KL untuk cuti sekolah, tapi aku dan Dora tidak sempat nak melayan. Tiba-tiba banyak hal pula di pejabat. Jadi, Nabil habiskan masa di rumah dengan Wina dan Nia. Jadi aku decide untuk melayan Nabil kat Kuantan. Sabtu petang setibanya di Kuantan, kami  pergi makan malam di Restoran Sara Thai, Papa belanja. Best makan di Restoran Sara Thai. Menu makanan yang paling best di Restoran Sara Thai adalah daging masak merah. Selepas selesai dinner, kami pergi menonton movie, Captain America di East Coast Mall yang susah hendak dapat parking.

Dalam perjalananbalik tu, kami melalui kawasan Air Putih. Ini adalah pertama kali sejak aku kawin selama 15 tahun ulang alik ke Kuantan, Dora kata “cendol kat sini sedap”. Persoalannya, mengapa baru sekarang bagitahu? Esoknya, aku layan Nabil main bowling kat Berjaya Megamall dan kami lunch pula selepas itu. Dalam perjalanan balik teringat kata-kata Dora malam tadi “cendol kat sini sedap”. Aku pun singgah walaupun aku tau Nabil tak suka cendol. Masa itu jam menunjukkan pukul 3 petang, tapi ramai sangat orang. Berebut-rebut untuk dapat tempat duduk. Yang datang plak kebanyakkannya secara rombongan 2-3 biji kereta sekali.

Nabil asalnya tidak mahu turun dari kereta. Dia nak baca buku yang baru beli di Berjaya Megamall tadi. Memandangkan aku tidak berapa puas lunch tadi, aku pun order cendol pulut kacang. Ada juga ABC, aku pun ajak Nabil turun jugak. Nabil okay dengan ABC. Cendol dia tidak suka sebab katanya tidak suka dengan rasa cendol yang hijau-hijau itu. Aku boleh sahkan yang cendol air putih boleh dikategorikan sebagai sedap. Cendolnya fresh dan lembut, santan berkrim dan air gula yang cukup nisbahnya. Orang pun tidak pernah lekang ramai dan memperkuatkan testimoni  sebagai cendol paling sedap di Bandar Kuantan.

Untuk pengetahuan, Cendol Air Putih ini sudah penuh dari tengahari. Katanya ada nasi lemak bungkus yang tidak kurang sedapnya. Ada juga jual kueh muih. Landmark untuk ke Cendol Air Putih adalah ada akan jumpa supermarket Tunas Manja Air Putih yang terletak bersetentang dengan kedai cendol ni. Lokasinya tidak berapa jauh dari Bandar Kuantan menuju ke Beserah melalui Jalan Beserah, di sebelah kiri Jalan Beserah.

Berikut adalah senarai harga di Kedai Ibrahim Cendol Air Putih Kuantan Pahang seperti berikut:-

  1. Cendol Campur with red bean, jelly & sweet corn MYR 2.41 – MYR 3.70
  2. Cendol Kacang with red bean MYR 2.60 – MYR 4.00
  3. Cendol Jagung wWith sweet corn MYR 2.60 – MYR 4.00
  4. Cendol Pulut with glutinous rice MYR 2.60 – MYR 4.00
  5. Cendol Campur Pulut with Red Bean, Jelly and Sweet Corn + Glutinous Rice MYR 2.60 – MYR 4.00
  6. Abc With Red Bean, Jelly and Sweet Corn + Evaporated Milk MYR 2.80 – MYR 4.30
  7. Abc Jagung with sweet corn & evaporated milk MYR 2.60 – MYR 4.00

*Sila hubungi Cendol Air Putih untuk mendapatkan harga jualan terkini.

Ibrahim Cendol Air Putih di Kuantan Pahang from

Cendol Air Putih – Aside from soft, fluffy shaved ice topped with green cendol strands, red beans, coconut milk, and palm sugar, you can also choose to add red beans, glutinous rice, and even savory pulut ikan (grilled glutinous rice with mashed fish filling), which is unique to the state.

Where: Cendol Air Putih Kuantan Pahang

*Source: naza-atai.blogspot.com, says.com

Hashtag / Keywords

Ibrahim Cendol Air Putih di Kuantan Pahang Reviews

Customer Reviews about Ibrahim Cendol Air Putih di Kuantan Pahang

The Best Cendol you can find in Kuantan Pahang

5Star food. I always order Cendol Campur and the red beans is big and soft. So delicious. My hubby loves their Nasi Lemak, Cendol 1Malaysia and all Malaysian eat there together no matter you are Malay/Chinese/Indian.

MakDah Guest House

Reviewed on 2 July 2017

Ibrahim Cendol Air Putih Terbaik dan Sangat Sedap. Diminati Ramai Orang

Tersangat sedap, Memang tidak sama dengan tempat lain, Cukup rasa dan perisanya, Kepada sesiapa yang datang ke kuantan, jangan lupa mesti singgah disini. Tiptop dan terbaik!

Syawal Bin Samsudin NaughtyBoys

Reviewed on 20 October 2017

Contact Ibrahim Cendol Air Putih di Kuantan Pahang

Cendol Air Putih,
Jalan Air Putih, Taman Berserah,
25300 Kuantan, Pahang
Telephone: 016-933 3111
E-mail: [email protected]

error: