Sebuah filem yang menyentuh hati dari Parsi

Walaupun Kita tidak faham Bahasa Parsi, tapi inilah ringkasan ceritanya.

Sila lihat video pendek ini.👇

 

Sinopsis;

Suatu hari, di dalam sebuah bilik darjah, seseorang telah kehilangan pen. Guru Kelasnya mula memeriksa semua beg pelajar.
Tetapi seorang gadis miskin enggan membiarkan begnya diperiksa. Guru kelas itu marah kepada gadis miskin itu, dan memikirkan bahawa dia mungkin telah mencuri pen tersebut. Nasib baik Guru Besar datang dan menyaksikan kejadian itu.

Untuk mengelakkan rasa malu pada gadis itu di hadapan kawan-kawannya, Guru Besar menyuruh gadis itu datang ke pejabatnya untuk memeriksa beg itu.

Rupa2nya di dalam beg itu penuh dengan sisa makanan buangan.
Melihatkan sisa makanan itu, Guru Besar  dan guru kelas terkejut lalu meminta gadis itu untuk menerangkannya utk apa?

Dengan air mata berlinangan, gadis itu menerangkan - dia menyelamatkan keluarganya dari kebuluran dengan cara senyap2 mengumpul sisa buangan daripada makanan tengah hari rakan-rakannya.

Oleh itu;
Kita semua perlu berfikir sama ada kita membuang makanan yang terlalu banyak...di Bulan Ramadan ini atau tidak?

Ini adalah dokumentari pemenang anugerah.

Sebuah filem yang menyentuh hati dari Parsi.👇👇