Homestay Rumpun Makmur Pahang Homestay in Temerloh

Ketahui pakej Homestay Rumpun Makmur Temerloh Pahang dan dapat makan durian dan buah-buahan bila tiba musim buah dan panjat Gunung Senyum. Sila baca disini untuk keterangan lanjut mengenai homestay dan tempat-tempat menarik untuk dikunjungi sempena kedatangan anda ke Negeri Pahang Darul Makmur, Malaysia. Kami menawarkan informasi menarik mengenai tempat bersejarah, makanan yang sedap, percutian menarik, pantai dan pulau di Malaysia. Semuanya ada disini. 

Homestay Rumpun Makmur Pahang Homestay in Temerloh Summary

  • Attraction: Homestay Rumpun Makmur Pahang Homestay in Temerloh
  • Location: Pahang Malaysia
  • Attraction Type: Homestay in Malaysia

Homestay Rumpun Makmur Pahang Homestay in Temerloh from Facebook

SELAMAT DATANG! Projek penyusunan semula Kampung FELCRA Rumpun Makmur diwujudkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar melalui Agensi FELCRA dan L.K.W.J. Pewujudan projek ini adalah bertujuan uuntuk mengumpulkan penduduk Kampung tradisional sekitar bagi memudahkan kerajaan menyalurkan kemudahan infrastruktur dengan lebih terancang.

Projek ini telah dirasmikan oleh Y.A.B En. Ghafar Baba, Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1986. Projek ini merangkumi 3 JKKK berhampiran iaitu JKK Kg. Sekoh, JKK Paya Angut dan JKK Kg. Pulau Raya. Projek ini terletak dibahagian Barat Wilayah Jengka dan bersempadan dengan Sungai Pahang dengan jarak 25 km dari Bandar Jengka. Pekan yang berhampiran ialah Kuala Krau sejauh 3 KM menyeberangi Sungai Pahang.

Jumlah Rumah yang terbina ialah sebanyak 100 buah bagi peringkat pertama dan 66 buah bagi peringkat kedua, menjadikan sebanyak 166 buah rumah. Jumlah peserta yang menjadi peserta FELCRA seramai 162 orang yang mempunyai pegangan saham yang berlainan iaitu seramai 99 orang mempunyai 8 ekar manakala 63 orang lagi mempunyai saham 4 ekar.

Homestay Rumpun Makmur terletak di Daerah Temerloh, Pahang dengan keluasan perkampungan adalah 10 km persegi. Jumlah keseluruhan penduduk adalah 769 orang dan terdapat 166 jumlah buah rumah. Di dalamnya terdapat 5 buah kampung berada di bahagian barat Jengka, 25km daripada bandar dan 3km dari Kuala Krau.

Inilah istimewanya Homestay Rumpun Makmur apabila tiba musim durian dan buah buahan. Anda boleh menikmati keenakan buah buahan tempatan disamping beriadah menikmati keindahan alam dengan menjelajah ke gua sekitar hutan lipur Gunung Senyum dan menyusuri Sungai Pahang dengan menaiki bot.

Homestay Rumpun Makmur Yang Makmur from Blog

Assalamualaikum rodong-rodong blogger dan pembaca blog KP. Tadi KP ke RUMPUN MAKMUR. KP ingatkan sebuah kampung tradisional, Rupa-rupanya adalah salah satu penempatan FELCRA yang sangat tersusun dan menarik. Pada mulanya, KP macam terkejut dan hairan kerana rumah-rumahnya dibuat daripada batu bata merah. Penempatan apakah ini?

KP pun singgah lah di sebuah rumah milik Makcik Sarimah Binti Awang Sulaiman. Menurut Makcik Sarimah yang sudah 17 tahun menetap di Felcra Rumpun Makmur, dia amat bersyukur dengan bantuan yang diberikan oleh kerajaan melalui Felcra ini. Beliau berasal dari kampung Pulau Raya juga menerima ladang seluas 8 ekar untuk diusahakan. Apa yang dikhabarkan kepada KP oleh penduduk adalah penempatan Felcra ini adalah merupakan satu-satunya dalam Malaysia yang rumahnya diperbuat daripada batu bata merah. Terdapat juga beberapa rumah yang dijadikan Homestay yang dikenali sebagai Homestay Rumpun Makmur bagi menambah pendapatan penduduk.

Penduduk asal Rumpun Makmur adalah terdiri daripada penduduk yang dipilih daripada 3 buah kampung iaitu Kg. Pulau Raya, Kampung Kuala Krau Seberang dan Kampung Gunung Senyum. Mereka ini dihimpun dalam satu rumpun yang diberi nama Rumpun Makmur. Itulah asalnya nama tersebut diambil.

Kami menyediakan pakej untuk anda semua. Pakej adalah seperti dibawah:-

Pakej A (3 Hari 2 Malam) RM 180.00-200.00

  • Hari Pertama – Melawat Ke Ladang Ternakan Seladang, Melawat Ke Perkampungan Orang Asli, tiba di rumah keluarga angkat.
  • Hari Kedua – Bertolak ke Gunung Senyum, Aktiviti mendaki gunung (jelajah).
  • Hari Ketiga – Aktiviti bebas/ santai.
    dan

Pakej B 4 hari 3 Malam (RM 250)

  • Hari Pertama – Melawat ke Ladang Ternakan Seladang, Melawat ke perkampungan Orang Asli, tiba di rumah keluarga angkat.
  • Hari Kedua – Bertolak ke Gunung Senyum, Aktiviti mendaki gunung (jelajah).
  • Hari Ketiga – Demostrasi kraftangan seramik, Lawatan ke Makam Mat Kilau.
  • Hari Ke empat – Aktiviti bebas/ santai

*Source: facebook.com, kerdaupahang.blogspot.com

Hashtag / Keywords

Homestay Rumpun Makmur Pahang Reviews

Customer Reviews

Ini adalah projek video komersial pelajar Politeknik Muadzam Shah untuk mempromosi Homestay Rumpun Makmur

Sue Suriyati

youtube.com

Musim Durian Pasti Datang

One of the best Homestay in Temerloh iaitu di Homestay Rumpun Makmur akan kembali pada musim durian hujung tahun nanti.

Nizam Mohd Tapar

facebook.com

Contact Homestay Rumpun Makmur Pahang Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan mengenai penginapan dan percutian di Temerloh, sila hubungi nombor yang tertera ini dibawah:

28050 Kuala Krau, Pahang
Telephone: 019-904 2451

error: