Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur Kuantan Pahang

Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur Kuantan Pahang. One of the best restaurants is Ana Ikan Bakar Petai and now has a few branches in Bangi and KL. Read here for more info about foods in Malaysia

Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur Kuantan Pahang Summary

  • Attraction: Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur Kuantan Pahang
  • Location: Pahang Malaysia
  • Attraction Type: Foods in Malaysia

Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur Kuantan Pahang from Web

Most of us are no stranger to ikan bakar (Malay-style grilled fish wrapped in banana leaf), but you’ve probably haven’t had it grilled together with sambal petai – a specialty combo of the East Coast. Ikan bakar petai typically uses siakap (barramundi), jenahak (golden snapper), and pari (stingray).

Where: Ana Ikan Bakar Petai and various Malay restaurants, eateries, or food stalls in Pahang.

Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur Kuantan Pahang from Blog

Restoran Ana Ikan Bakar Petai

Tiada plan makan di sini sebab kata restoran di Lembah Klang pun ada, tapi bila sampai di Kuantan, tiba-tiba teringin hendak makan seafood di Tanjung Lumpur. Sampai kawasan Tanjung Lumpur ada banyak restoran ikan bakar yang lain. Kami tengok restoran Ana Ikan Bakar Petai ini macam terlebih meriah dari restoran yang lain. Ia seakan mendominasi di Tanjung Lumpur, Dikiri kanan dia dan depan belakang pun dia juga.

Tempat parkir pun luas, jadi tidak perlu risau. Kaedahnya di sini, kena cari meja baru buat order untuk memudahkan peramu saji mencari pelanggan ketika menghantar pesanan nanti. Meja memang banyak dan tidak perlu sampai beratur dan berdiri lama. Kalau anda datang dalam berkumpulan, anda boleh pilih tempat duduk di gazebo/ pondok. Sudah dapat tempat duduk, boleh lah pilih-pilih ikan dan kerangan laut. Cara masak yang diingini semua ada dipaparkan di menu termasuk harganya sekali.

Ikan-ikan tersedia untuk dipilih oleh pelangan. Mereka memang tidak susun atur ikan dengan kemas seperti disesetengah restoran. Sebab laku keras ikan yang dijual. Masa kami sampai, kelihatan seperti ikan dan udang sudah hampir kehabisan, tapi apabila pusing sekali lagi, pekerja restoran sudah meletakkan stok ikan dan kerangan yang baru. Lepas pilih hasil laut apa yang disukai, anda perlu beratur di kaunter dan nyatakan nombor meja serta pilihan masakan anda. Dibelakang restoran adalah team yang sedang menyiang dan membersihkan pesanan pelanggan termasuk aktiviti bakar-bakar.

Bahagian dapur utama berkonsep terbuka, jadi boleh nampak mereka menyediakan, menggoreng dan memasak pesanan pelanggan. Restoran ini selesa.

Restoran Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur Kuantan beroperasi setiap setiap hari mulai jam 1 petang hingga 12 malam.

Menu Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur yang kami pesan

Satu persatu pesanan kami hantar oleh pekerja restoran, dan menu utama yang kami pesan adalah ikan merah bakar petai. Rasanya okay, mungkin saya tersilap pilih ikan. Sepatutnya jika hendak makan ikan bakar harus pilih ikan jenahak atau siakap. Mungkin ikan merah ini lebih terserlah rasanya jika dimasak cara lain seperti stim atau masak sup.

Kepada penggemar menu sotong celup tepung, Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur Kuantan memang sangat sedap dan apabila bungkus bawa balik sampai keesokkan harinya masih ranggup katanya. Salted egg prawn, rasanya sedap jika banding dengan yang kami makan di tempat lain. Bagi kerabu mangga dan keropok lekor anda boleh order dan beli di gerai yang terdapat di dalam kompleks itu juga. 

Harga Makanan Restoran Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur Kuantan

Jika anda tidak kenal nama-nama ikan, marilah belajar di sini. Judul pun dalam bahasa Jawi, jadi mengejalah anda di situ kalau tidak tahu membaca. Ikan jebong, ikan deloh, ikan remon, ikan muduk, ikan tambok, ikan barat adalah pertama kali saya dengar namanya.

Makanan yang kami pesan itu tidak habis kerana kami berdua sahaja yang makan. Jadi kami minta untuk bungkus bawa balik, Kami makan sampai ke waktu breakfast di hotel. En. Abe kata, beliau puas hati makan di Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur Kuantan. Harga pun lebih murah berbanding di tempat lain. Macam itu ada peluang datang lagi, Tidak pun cari restoran cik Ana yang di KL.

Di antara menu yang menjadi tarikan dan favorite pengunjung adalah semestinya ikan bakar petai, tomyam putih, kailan ikan masin, lonjak masak pedas, ketam telur masin dan kerabu mangga. Satar ikan juga sedap.

*Source: says.com, nasamulia.blogspot.com

Hashtag / Keywords

Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur Kuantan Pahang Reviews

Customer Reviews about Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur Kuantan Pahang

Ana Ikan Bakar Petai Terbaik

Rhys William meneruskan penjelajahan Pantai Timur, Malaysia dan kini sudah tiba di Kuantan. Kuantan merupakan ibu negeri Pahang. Terletak di persisiran Laut China Selantan, Kuantan bukan sahaja terkenal sebagai bandar yang membangun tapi juga tumpuan pelancong dari seluruh dunia. Kedudukan Kuantan di persisiran pantai menjadikan ikan segar sebagai sumber makanan warga setempat.

Seawal 3 pagi, Rhys ke Kompleks LKIM, Kuantan untuk menimba pengalaman melihat proses borong ikan di pasar ini. Kemudiannya Rhys bertemu dengan pengurus restoran terkenal, Ana Ikan Bakar Petai untuk mengetahui lebih lanjut mengenai proses penyediaan makanan. Sebelum hari tamat, Rhys merasai sendiri keenakan juadah yang berasaskan makanan laut segar di Ana Ikan Bakar Petai, Kuantan.

Mat Salleh Cari Makan Pantai Timur dibawakan oleh Bridgestone Tyre Malaysia.

DESTINASI TV

youtube.com

Restoran Ana Ikan Bakar Petai Terbaik

Ikan Bakar nampak menyelerakan, terbaik bro! Memang recommended kepada semua pengunjung yang datang ke Kuantan terutama di Tanjung Lumpur untuk mencuba sendiri menu istimewa ini. Hanya yang terbaik di Kuantan, Pahang.

RYAN GREG

youtube.com

Contact Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur Kuantan Pahang

Jalan Tanjung Lumpur, Perkampungan Tanjung Lumpur,
26060 Kuantan, Pahang
Telephone: 019-987 8155

error: