Video ibadah terawih di masjid Namangan dimuat naik oleh seorang  Pengetua di Kolej Islam Langford

 

Video terbabit sebenarnya dimuat naik oleh seorang  Pengetua di Kolej Islam Langford yang juga merupakan seorang Imam di Masjid Thornlie. Menurut beliau, suasana tersebut dirakam di sebuah masjid bernama Namangan yang terletak di Uzbekistan.

Kejadian itu dikatakan berlaku ketika masyarakat di sana melaksanakan ibadah terawih. Oleh sebab ‘tidak mampu’ menampung kapasiti jemaah yang terlalu ramai, ada di antara jemaah yang nekad untuk bersembahyang di luar masjid. Tidak menghiraukan keaadan cuaca, mereka tidak berganjak hatta seinci pun dari menunaikan amalan sunat tersebut.