Kerata Kerbau Pantai Beserah Kuantan Pahang

Kereta kerabau adalah tarikan utama di Pantai Beserah, Kuantan Pahang. Bagaimana keadaannya sekarang? Sejarah asal usul pantai ini? Dan aktiviti setempat? Dapatkan segala informasi disini.

Pantai Beserah Beach in Kuantan Pahang Summary

  • Attraction: Kerata Kerbau Pantai Beserah Kuantan Pahang
  • Location: Pahang Malaysia
  • Attraction Type: Activity in Malaysia

Mengenal Potensi Pantai Beserah Kuantan Pahang from Blogspot

Oleh: Azlie Halim

Kira-kira enam tahun yang lalu saya pernah menjejakkan kaki ke sebuah pantai yang luar biasa. Sebuah pantai yang punya keunikan tersendiri yang sukar ditemui di tempat lain. Terletak tidak jauh dari pusat bandar Kuantan, Pantai Beserah sememangnya punyai daya tarikannya yang tersendiri.

Tentu ada yang tertanya-tanya, apa istimewanya pantai ini? Apa yang menarik sangat tempat ini sehinggakan ia pernah menjadi ikon pelancongan dalam bahan promosi pelancongan negeri Pahang. Jika diamati pantai ini biasa sahaja. Malah ada lagi pantai lain yang jauh lebih indah dan cantik jika dibandingkan dengan pantai ini. Perkara utama yang menjadikan pantai ini istimewa daripada perspektif pelancongan adalah kereta kerbau.

Kereta Lembu di Melaka dan Kereta Kerbau Pantai Beserah

Jika negeri Melaka terkenal dengan kereta lembunya, Pantai Beserah terkenal dek kereta kerbaunya. Pantai Beserah merupakan sebuah desa nelayan yang terkenal dengan hasil lautnya termasuk menjadi pengeluar pelbagai produk hasil laut seperti ikan masin. Penggunaan kereta kerbau sebagai pengangkutan untuk kerja-kerja pemunggahan ikan dari perahu ke tempat pendaratan ikan adalah satu-satunya teknik pengangkutan yang dianggap unik.

Teknik pengangkutan menggunakan kereta kerbau ini bukan sahaja dilihat berupaya membantu memudahkan nelayan mengangkut hasil tangkapan ikan malah menjadi tarikan pelancongan. Tidak hairanlah jika ada pelancong yang datang dari jauh semata-mata untuk melihat aktiviti pemunggahan ikan di sini. Difahamkan tidak ada lokasi lain di dunia ini yang menggunakan kerbau untuk aktiviti pemunggahan ikan dari perahu selain daripada lokasi ini.

Kampung Nelayan Beserah Kuantan Pahang

Beserah Fishing Village – SK (Sukses Kembara) ke pantai timur pula. Kita ke Kuantan, Pahang. Kampung ini mempunyai sejarahnya tersendiri. Bagaimana ianya dibuka, siapa yang membuka kampung ini juga unik. SK ke kampung Beserah. 5 minit dari bandar Kuantan. Selepas Bukit Pelindung turun sahaja sudah sampai ke perkampungan tersebut.

Ada banyak kampung kecil dalam Beserah ni seperti Kg Bugis, Kg Masjid, Kg Pelindung dan lain-lain lagi. Cuma SK nak bawak korang ke Kg Pantai Beserah dimana perkampungan nelayan yang masih lagi wujud. Pemandangan tepi pantai yang sangat indah boleh didapati disini. Angin laut China Selatan yang meniup laju membuat rasa tak nak balik ke kota.

Kami sampai sahaja di Kampung Nelayan Beserah (Beserah Fishing Village) para nelayan sedang menyediakan persiapan rakan-rakan mereka kembali dari laut dengan hasil tangkapan. Mereka akan balik dalam lingkungan jam 12:00 tengah hari hingga jam 03:00 petang. Korang boleh tunggu dan melihat juga membantu para nelayan menolak bot mereka ke tepi pantai.

Setelah kematian anaknya iaitu Cik Timah, Haji Senik (penduduk asal Kuantan) telah membuat keputusan meninggalkan Kampung Teruntum yang banyak meninggalkan kisah-kisah sedih. Beliau kemudiannya berpindah ke sebuah kawasan di utara Teruntum. Setelah membuat sebuah penempatan baru, kawasan ini pula diserang sejenis penyakit yang dikenali sebagai “hawar”.

Semua penduduk di kawasan ini bercadang untuk berpindah ke tempat lain tetapi Hj. Senik meminta mereka bersabar dan berserah kepada Allah SWT. Kerana sikap mesyarakatnya sentiasa bertaqwa dan berserah kepada Allah SWT, maka tempat ini dipanggil “Beserah” sehingga sekarang.

Pekan atau Pantai Beserah merupakan salah satu desa nelayan di Pahang, dihubungi dengan jalan darat dari Kuantan atau Kemaman. Ia terletak 8 km dari Kuantan menuju Kemaman, Terengganu oleh jalan pesisiran laut.

Pengunjung dapat menangkap ikan, membuat “keropok lekor” dan sebagainya Selain itu, berbagai aktiviti air dapat dilakukan di Pantai Beserah, seperti berenang, meluncur, berjemur dan berlayar.

Riwayat Kereta Kerbau Pantai Beserah

Namun keunikan ini tidak kekal lama. Kini segalanya sudah berakhir. Kunjungan saya ke pantai Beserah baru-baru ini membuktikan bahawa riwayat hidup ’kereta kerbau’ sudah tamat di pantai ini. Apa yang tinggal hanyalah cebisan kereta kerbau yang tersadai di tepian pantai.

Walaupun aktiviti penangkapan ikan masih aktif di kawasan ini, namun ianya tidak semeriah dahulu. Suatu ketika dahulu pantai ini meriah dengan aktiviti pemunggahan ikan. Anak-anak kecil turut sama membantu. Begitu juga dengan kunjungan pelancong yang datang untuk melihat keunikan yang ada di sini. Suasananya umpama pesta ! Meriah dan penuh dengan keseronokan.

Tatkala saya menjejakkan kaki di Pantai Beserah baru-baru ini, kemeriahan itu sudah tiada lagi. Hanya kesepian yang menyelimuti pantai ini. Beberapa buah perahu dilihat tersadai di pinggir pantai. Saya sempat bertanya kepada seorang nelayan yang sedang berehat di pinggir pantai ini. Menurutnya aktiviti pemunggahan ikan menggunakan kereta kerbau sudah lama berakhir di pantai tersebut. Khabarnya kira-kira empat hingga lima tahun yang lalu. Namun tidak pula dikhabarkan mengapa aktiviti itu terhenti. Mungkin dia ada alasan yang tersendiri. Atau mungkin dia juga tidak terdaya menanggung rasa sedih melihat nasib penghuni pantai ini.

Walau apapun alasannya, saya melihat Pantai Beserah merupakan satu produk pelancongan yang seharusnya dipertahankan. Daripada perspektif pelancongan, Pantai Beserah mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.

Memanglah Pahang sudah punya banyak produk pelancongan lain yang lebih berpotensi seperti Cherating, Taman Negara, Genting Highland, Pulau Tioman dan banyak lagi. Namun usaha memulihara Pantai Beserah sebagai produk pelancongan berpotensi seharusnya tidak dipinggirkan. Kedudukannya yang strategik menjadi aset penting dalam menjayakan pantai ini sebagai produk pelancongan. Aktiviti nelayan di kawasan ini juga harus dilihat secara kreatif dalam merancakkan aktiviti pelancongan di sini.

Sebenarnya Pantai Beserah masih boleh ’diselamatkan’. Percayalah dengan usaha daripada pelbagi pihak termasuk agensi kerajaan seperti Kementerian Pelancongan, Tourism Malaysia dan Kerajaan Negeri, pantai ini masih boleh dimajukan sebagai produk pelancongan yang berpotensi.

Pihak Kerajaan Negeri umpamanya boleh mengeluarkan sedikit peruntukan untuk membeli beberapa ekor kerbau bagi membolehkan nelayan menggunakan kaedah lama tersebut dalam aktiviti mengangkut hasil laut. Manakala pihak Kementerian Pelancongan dan Tourism Malaysia mungkin boleh mewujudkan program homestay di desa nelayan tersebut. Bukan itu sahaja, jika produk pelancongan ini berjaya ’dihidupkan’ kembali, agensi-agensi pelancongan tempatan juga boleh mendapatkan manfaatnya dengan menjual pakej-pakej pelancongan tersebut kepada pelancong sama ada dari dalam dan luar negara.

Bagi mempromosikan produk pelancongan ini, peranan Tourism Malaysia mungkin boleh diaplikasikan dengan mengadakan pelbagai acara berkaitan dengan aktiviti kereta kerbau ini sebagai tarikan pelancongan. Acara seperti pelancaran pakej homestay kampung nelayan dan pakej ’Jom Naik Kereta Kerbau’ mungkin boleh diadakan secara kreatif dalam usaha mempromosikan produk pelancongan ini. Usaha ini mungkin dilihat sukar, namun saya percaya dengan komitmen dan kerjasama semua pihak ianya mampu memberikan manfaat untuk banyak pihak.

Kita mengharapkan satu usaha yang terbaik daripada semua pihak tidak kira pihak Kerajaan mahupun swasta dalam memastikan produk pelancongan berpotensi ini tidak akan terus ditelan zaman. Walau apapun harapan kita terhadap Pantai Beserah, kita hanya mampu berserah kepada ketentuan Ilahi.

*Source: aktivispelancongan-azlie.blogspot.com, sukseskembara.blogspot.com

Hashtag / Keywords

Contact Pantai Beserah Beach in Kuantan Pahang

Kampung Pantai Batu Hitam,
26100 Kuantan, Pahang

error: