Kisah Dongeng Tasik Bera Pahang Malaysia

Kisah Dongeng Tasik Bera Pahang Malaysia

Tasik Bera Pahang Malaysia mempunyai tarikan tersendiri kerana didiami oleh puak Orang Asli Semelai. Terdapat banyak spesis ikan, burung dan haiwan mamalia. Sila dapatkan informasi lanjut mengenai tempat-tempat menarik di Malaysia. Terdapat banyak tempat menarik di Malaysia yang mesti anda kunjungi.

Kisah Dongeng Tasik Bera Pahang Malaysia Summary

  • Attraction: Kisah Dongeng Tasik Bera Pahang Malaysia
  • Location: Pahang Malaysia
  • Attraction Type: Lake in Malaysia

Tasik Bera Pahang Malaysia from Official

Tasik Bera Pahang

Tasek Bera terletak di selatan barat daya Pahang di tengah-tengah banjaran gunung utama Semenanjung Malaysia. Tasek semulajadi seluas 35-kilometer panjang dan 20-kilometer lebar yang mengalir ke sungai Pahang melalui sungai bera merupakan saliran utama air ke utara . Tasek Bera kekal sebagai kawasan tanah lembap liar yang unggul dan terpencil.

Ia merupakan satu system ekologi yang menampung pelbagai jenis hidupan liar dan tumbuhan serta menyara kehidupan kaum semelai orang asli yang mendiami kawasan tanah lembap ini. Tasek bera juga memainkan peranan penting dalam mengawal banjir, mengatur pengaliran dan pembersihan air serta membekalkan pelbagai sumber asli bagi masyarakat.

Kisah Ular Besar di Tasik Bera Pahang Malaysia

Cerita yang diceritakan oleh Tokwan/nenek aku sendiri mengenai kisah seekor ular besar dan menjadi tempat paling keramat disuatu kawasan di Tasik Bera oleh kerana ular besar itu. Ceritanya bermula begini, 2 adik beradik sedang mencari ikan di tebing sungai, pendapatan mereka pada hari tersebut sangatlah lumayan. Kerana terlalu khusyuk mereka mencari ikan si adik berasa pelik kerana abangnya tidak kelihatan walhal mereka tidak berjauhan ketika mencari ikan.

Semakin lama semakin kelam dan gelap lubang yang besar itu dan makin sempit hingga beliau terpaksa merangkak didalam air yang penuh dan lumpur serta bau hanyir ular? Beliau sudah agak mungkin saja abangnya menjadi mangsa ular besar tersebut. Dengan penuh dendam beliau terus mengekori dan menyusup ke dalam lubang tersebut dengan dendam ingin membunuh ular tersebut. Selama 3 hari beliau mengekori dan menyusup ke dalam lubang tersebut.

Beliau terlihat akan cahaya dari lubang dan dia terdengar suara orang kampung dan bunyi ayam denak/ayam hutan sedang mengais mencari makanan. Dengan menggunakan keris yang dibawanya dia terus mengorek dan keluar dari lubang tersebut. Orang kampung kehairanan dan beliau menceritakan segalanya kepada orang kampung.

Dengan bantuan orang kampung mereka mencari sebatang kayu yang panjang yang telah ditajamkan. Setelah sarang ular itu berjaya dikesan, maka dia dan orang kampung serta merta menikam ke arah lubang dengan cara memasakkan kayu-kayu tajam terus ke sarang ular tersebut. Si adik dan beberapa orang kampung turun ke dalam lubang tersebut untuk memastikan ular tersebut mati dan dengan itu maka terlaksana lah sudah dendamnya ke atas kematian abangnya yang menjadi ular tersebut.

Tempat itu ialah Pulau Buntar iaitu dikawasan Persona Lake Resort berdasarkan cerita orang dulu-dulu. Kawasan Pulau Buntar adalah kawasan yang paling keras dan keramat di penuhi dengan jin-jin kerana ianya tempat pembunuhan ular tersebut. Sekarang tempat ini sudah selamat dan terjamin keselamatan anda asalkan jangan buat mende tok senonoh.

*Source: pdtbera.pahang.gov.my, wwworangtasek-wiez.blogspot.com

Hashtag / Keywords

Selama lebih 600 tahun, Semelai- satu daripada puak Orang Asli- telah menghuni sekitar Tasik Bera dan bergantung kepada sumber-sumber semulajadi. Habitat yang unik dan pelbagai yang menampung sehingga 374 spesies tumbuhan, 94 spesies ikan, 230 spesies burung, 67 spesies mamalia dan lain-lain lagi.

Kraftangan Semelai dianggap lebih hebat berbanding kumpulan lain masyarakat Orang Asli di Malaysia. Tukang-tukang yang mahir akan menunjukkan bagaimana mereka membuat peralatan muzik tradisional, perangkap haiwan, peralatan kebun serta model rumah-rumah Semelai. Kaum wanita Semelai menenun daun mengkuang untuk menjadikannya bakul, tikar, topi, dan dompet yang cantik. Para pelawat juga boleh ikut serta dengan penduduk kampong menari tarian tradisional ‘Sewang’.

Persona Lake Resort Tasik Bera menawarkan pelbagai chalet, bilik mewah dan asrama. Selain daripada kemudahan asas dan ‘coffee house’ tetamu boleh melakukan aktiviti kayak dan trekking hutan bersama pemandu. Pejabat Pengurusan Ramsar Tasek Bera mempunyai pusat pelawat berhampiran resort dan menjalankan taklimat dan pameran mengenai tapak Ramsar Tasek Bera.

Tasik Bera Pahang Malaysia Reviews

Customer Reviews about Tasik Bera Pahang Malaysia

Explorasi Tasik Bera Visit Pahang Hogoh 2017 PI1M Gugusan Bera

Tasik Bera merupakan tanah lembab berkepentingan antarabangsa atau Tapak Ramsar semenjak tahun 1995. Keluasan yang dikhususkan sebagai Tapak Ramsar ialah 31,120 hektar. Tasik Bera merupakan tasik semulajadi terbesar di Malaysia ini terletak kira-kira 70 km dari Bandar Temerloh dan di hubungi oleh jalan raya. Orang Asli kaum Semelai merupakan penduduk utama di sini semenjak 600 tahun dahulu. Tasik, fauna, flora dan kaum Asli Semelai merupakan daya tarikan utama Tasik Bera untuk dikunjungi. “Tasik Bera Resort closed for major renovation: 2015”

Menarik Di Bera

youtube.com

Tasik Bera Shooting

Tasik Bera (Lake Bera) is located in the center of Peninsular Malaysia, in the southwestern corner of the state of Pahang. Video shot in end of July 2020, during a bike tour.

Tan EH

youtube.com

Contact Tasik Bera Malaysia Pahang Malaysia

Tasik Bera Resort
Kompleks Pelancongan Tasek Bera
28200 Bandar Bera Pahang Darul Makmur
Telephone: 013-6231199 / 014-8447070

error: