Makam Mahsuri Tomb Sejarah Kota Langkawi

Makam Mahsuri Tomb adalah sebuah tempat bersejarah yang perlu anda kunjungi ketika bercuti di Pulau Langkawi Malaysia. Baca kisah selanjutnya mengenai kisah silam yang masih segar diingatan hingga sekarang.

Makam Mahsuri Tomb Sejarah Kota Langkawi Summary

  • Attraction: Makam Mahsuri Tomb Sejarah Kota Langkawi
  • Location: Kedah Malaysia
  • Attraction Type: Attraction in Malaysia

Makam Mahsuri Tomb Sejarah Kota Langkawi from Official and Blog

Makam Mahsuri adalah merupakan tempat yang dipercayai di mana Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan di Pulau Langkawi, Kedah. Ianya dirasmikan pada tahun 1983 dan dijadikan salah satu tempat tumpuan pelancongan ke Langkawi.

Ramai yang berangapan ianya hanyalah sebuah kubur sahaja. Anda silap. Ia adalah satu Kota Budaya yang mana mempunyai pelbagai aktivity menarik dan menonjolkan budaya-budaya terdahulu dan kisah-kisah disebaliknya.

Ketika pemerintahan Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, Tunku telah ke Langkawi untuk mencari sendiri tempat tapak pengkebumian Mahsuri. Akhirnya Tunku sendiri yang terjumpa sebuah kubur yang tersembunyi dan terus bangunkan menjadi Makam Mahsuri.

Tempat ini mempunyai pelbagai aktiviti menarik. Antaranya ada mini pentas untuk persembahan caklempong/gamelan (atau yang seumpamanya). Selain itu, ada juga pementasan kisah hidup Mahsuri setiap hari pada jam 11 pagi dan 2 petang. Pementasan adalah selama 45 minit dengan bayaran hanya RM 1 SAHAJA. Anda akan dapat melihat pementasan dengan bahasa-bahasa yang sangat indah sekali dan diceritakan di dalam teater ini selama 45 minit. Keadaan Makam Mahsuri adalah kubur sudah ditembok. Hanya boleh melihat dari luar pagar. Ada kisah di sebalik kubur ini.

Kota Mahsuri adalah merupakan tempat yang dipercayai di mana Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan di Pulau Langkawi, Kedah. Ia terletak sekitar 12km dari Kuah dan terletak dalam kawasan kompleks Kota Mahsuri, Mukim Ulu Melaka.

Cerita rakyat menyatakan beliau dikuburkan di tempat dia melepaskan nafas terakhirnya selepas dia dihukum bunuh di Padang Mat Sirat. Makam beliau telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater traditional dan rumah Kedah yang mewakili rumah binaan Langkawi yang popular ketika itu, dikatakan dibina di bekas tapak rumah Mahsuri.

A signpost about 10km from town directs you to Makam Mahsuri. About 17km from Langkawi International Airport, it can be reached in less than 20 minutes; heading east. The complex is accessible via the Padang Matsirat Road. Once you pass the Tok Senik Resort on your left, there will the junction to Makam Mahsuri Road – turn right and follow the road and you’ll easily be able to find the mausoleum. There are signposts in English and Malay to guide you.

More Makam Mahsuri Tomb Sejarah Kota Langkawi

Makam Mahsuri sudah mempunyai pelbagai pengisian yang menarik. Rumah Panglima Awang Hitam, Muzium Audio,Muzium Cakerawala, Mini Zoo dan banyak lagi. Anda juga boleh melihat sendiri Pedang Milik Wan Darus yang sebenar. Juga yang menarik anda boleh merasai pengalaman memakan Sup Gamat.

Ia telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater traditional dan rumah Kedah yang mewakili rumah binaan Langkawi yang popular ketika itu, dikatakan dibina di bekas tapak rumah beliau. Sebuah perigi turut terdapat dalam kompleks tersebut. Perigi Mahsuri yang mempunyai 1001 rahsia kecantikan Mashuri berada di dalam Makam Mahsuri.

Makam Mahsuri juga baru mengeluarkan product baharu dia atas jenama Kota Mahsuri yang memperkenalkan produk berasaskan gamat iaitu King Gamat Plus Walit yang mengabungkan 3 elemen terbaik dalam dunia perubatan iaitu Gamat, Sarang Burung Walit dan Bunga Saffron. Ianya sudah di transform di dalam bentuk jelly. Selain itu. Minyak Belikit juga telah di keluarkan semula dengan banyak penambahbaikan. Antaranya Belikit massage gel telah ditransform di dalam bentuk Roll on dan mempunyai bauan Lavendar. Makam ini terletak sekitar 12km dari Kuah dan terletak dalam kawasan kompleks Kota Mahsuri, Mukim Ulu Melaka. 

*Credit: mplbp.gov.my, langkawi-info.com, kotamahsuri.com.my

Hashtag / Keywords

Contact Makam Mahsuri Tomb Sejarah Kota Langkawi

Kota Warisan Makam Mahsuri,
Kampung Mawat, Mukim Ulu Melaka (17km northwest of Kuah)
Telephone: +604 955 6055

error: