Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Bangsar Mosque

Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Bangsar Mosque

Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq is located at Bangsar Kuala Lumpur. This mosque is near Bangsar Village Shopping Center. Why is mosque architecture being model to mosque in Republic of Maldives? Read here for more information.

Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Bangsar Mosque Summary

  • Attraction: Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Bangsar Mosque
  • Location: Kuala Lumpur Malaysia
  • Attraction Type: Mosque in Malaysia

Bahan-Bahan Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Bangsar Mosque from Official

Binaan Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Bangsar KL Mosque

Bentuk seni bina moden Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Bangsar ini telah disesuaikan mengikut keadaan semasa, kemudahan teknologi dan peruntukan kewangan yang mencukupi. Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Bangsar ini dilengkapi dengan kubah dan menara. Gapuragapura diserapkan demi mewujudkan satu identiti seni bina masjid yang moden dan mudah dikenali.

Masjid Bangsar ini terbahagi kepada tiga aras, iaitu aras satu yang menyediakan tempat aktiviti kemasyarakatan dan beribadat seperti kelas didikan agama untuk kanak-kanak. Aras dua dan tiga dikhaskan untuk bersembahyang dan beribadat. Keseluruhan boleh menampung kira-kira 3,000 orang dalam satu masa.

Kubah menjadi daya penarik Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Bangsar ini. Ia berukuran 16.6-meter garis pusat dan kemuncaknya dari dalam setinggi 24-meter daripada aras ruang sembahyang utama. Di bahagian dalam kubah dihiasi dengan motif geometri menggunakan gipsum plaster. Bahagian luar dihias dengan aluminium berwarna emas yang mengandungi motif seni Islam.

Ukiran tebuk kayu motif geometri digunakan di dinding mihrab dan juga di seluruh jendela. Ayat al-Quran surah al-Mu’minun beserta terjemahan telah diukir di atas kayu jelutong sebagai pedoman selain menjadi hiasan. Empat buah lampu candelier di dewan solat utama melambangkan empat mazhab Islam. Tetingkat lampu melambangkan rukun Islam dan waktu-waktu solat fardu.

Sejarah Dan Kegiatan Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Bangsar

Cadangan pembinaannyaini telah diwakilkan untuk dibentang dalam mesyuarat bersama YB Datuk Othman Abdullah,Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 27 November 1977 dan hasil mesyuarat itu sebuah struktur organisasi pembinaan masjid telah ditubuhkan. Sumber dana yang diperolehi untuk membina adalah melalui kutipan derma yang diadakan di dalam kawasan Bangsar ini sendiri dan juga di sekitar Kuala Lumpur.

Hasil kutipan derma yang diterima adalah lumayan iaitu sebanyak RM700,000. Setelah memperolehi dana yang cukup lumayan ini projek pembinaannya menjadi lebih kukuh dan tanpa dilengah-lengahkan lagi ia diserahkan terus kepada pihak kerajaan untuk dinaiktaraf.

Akhirnya projek pembinaan Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Bangsar Kuala Lumpur ini berjaya dimasukkan sebagai salah satu projek dalam Rancangan Malaysia yang ke-3. Pada 18 Julai 1980, secara rasminya tapak pembinaan telah diterima oleh pihak kontraktor. Penentuan arah kiblat pula telah dilakukan oleh Mufti Wilayah Persekutuan pada ketika itu iaitu S.S Datuk Sheikh Abdul Mohsein bin Hj Salleh pada 24 Ogos 1980. Seterusnya proses pembinaan ini bermula pada September 1980 dan upacara perletakan batu asas dilakukan pada 23 November 1980 oleh YB Datuk Amar Hj Abdul Taib bin Mahmud yang merupakan Menteri Wilayah Persekutuan pada ketika itu.

Pembinaan Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Bangsar Kuala Lumpur ini tamat pada Mac 1982 dan setelah itu ia diserahkan secara rasminya kembali kepada pihak kerajaan yang diterima oleh YB Pemangku Dato’ Bandar Kuala Lumpur yang juga memegang jawatan Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan pada 29 Mac 1982. Akhirnya pembukaan rasmi Masjid Abu Bakar As-Siddiq ini dilakukan pada 15 Julai 1982 dan dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

*Source: masjid.islam.gov.my, 2010694046.blogspot.com

Hashtag / Keywords

Projek pembinaan ini telah dimulakan pada 18 Julai 1980. Majlis penentuan arah kiblatnya pula telah dilaksanakan pada 24 Ogos 1980 oleh Tan Sri Sheikh Abdul Mohsein bin Haji Salleh, Mufti Wilayah Persekutuan. Peletakan batu asas disempurnakan oleh Datuk Amar Haji Abdul Taib bin Mahmud, Menteri Wilayah Persekutuan pada 23 November 1980. Bangunan masjid ini siap sepenuhnya pada bulan Mac 1982.

Menara Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq berketinggian 43.3-meter yang memuncak daripada kolam hiasan kepada pucuk menara dihiasi dengan aluminium berwarna emas. Selain itu kawasan laman dihiasi dengan pepohon rendang demi mengimbangi suasana persekitaran. Ia sangat mudah dikunjungi kerana terletak di kawasan bandar. Masjid Abu Bakar ini telah dijadikan sebagai model kepada pembinaan masjid negara Republik Maldives yang dibina pada tahun 1984.

Masjid Bangsar ini mempunyai dewan solat yang selesa, sekolah agama dan parkir. Keistimewaan Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq ini sering mengadakan program kulilah dan tazkirah untuk para jemaahnya. Ia terletak di kawasan perumahan dan rumah kedai Bangsar dengan memuatkan 3,000 kapasiti jemaah. Ia berada di daerah ZON 6 dan beralamat di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Jalan Ara, 59000 Bangsar Kuala Lumpur.

Anda boleh menghadiri kursus kahwin yang diadakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad bertempat di Dewan Kuliah, Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Jalan Ara, 59100, Bangsar, Kuala Lumpur (Bersebelahan Bangsar Village).

Menurut kajian dari Nur Sheneera Jane Bt Che Ahmad Shariffuddin kepada Ustaz Abd Aziz bin Harjin Pensyarah dalam 2010694046.blogspot.com, sejarah pembinaan Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq ini bermula pada tahun 1976 apabila masyarakat Muslim yang menduduki kawasan di Bangsar, Kuala Lumpur ini menyuarakan pendapat mereka tentang pembinaan kerana belum ada masjid dibina di kawasan ini. Setelah beberapa perbincangan dan pembentangan idea telah dilakukan akhirnya ia diterima oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan pembinaan dipersetujui pada 25 November 1977.

Contact Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Bangsar Mosque

Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq,
Jalan Ara, Bangsar Baru,
59100 Kuala Lumpur
Telephone: 03-2283 3707

error: