Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur is located in Jalan Duta near National Tennis Complex and Income Tax Head Office. An iconic landmark in KL you must visit. Tour available. Read here for more information about the best destinations in Malaysia.

Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Mosque Summary

  • Attraction: Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Mosque
  • Location: KL Malaysia
  • Attraction Type: Mosque in Malaysia

Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Mosque from Official

Konsep dan Rekabentuk Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Pusat komuniti dan kompleks ilmu dicantumkan untuk menjadi asas kepada konsep rekabentuk masjid ini. Masjid Wilayah Persekutuan adalah salah sebuah masjid yang utama di Kuala Lumpur, Malaysia. Masjid ini terletak berdekatan kompleks Matrade dan pejabat kerajaan di Jalan Duta.Seni bina masjid ini adalah berdasarkan lukisan semula Masjid Othman yang penuh dengan sejarah kegemilangan pada kurun ke-16. Masjid ini mempunyai seni bina Timur Tengah dan seni bina Melayu. Masjid ini juga mempunyai pengaruh seni bina Masjid Biru di Istanbul, Turki.

Rekabentuk kubah di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah merupakan cantuman beberapa buah kubah yang terdiri daripada sebuah kubah utama,kubah-kubah separuh,(half-domes),sebuah ‘vault’ dan kubah-kubah kecil lain di atas Ruang Solat Utama. Kubah utamanya bergaris pusat 30-meter dengan ketinggianya mencapai sehingga 45-meter dari atas lantai Ruang Solat Utama.

Secara keseluruhannya terdapat 22 buah kubah di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sebuah halaman terbuka yang dinamakan Laman Hidayah dibina di tengah-tengah bangunan bagi tujuan limpahan aktiviti solat dan ia juga berfungsi sebagai ruang interkasi terbuka. Dewan solat utama, dewan serbaguna dan asrama dilengkapi dengan sistem hawa dingin. Masjid ini juga dilengkapi dengan sistem pemadam-kebakaran, perkhidmatan lif ke tingkat 4, dan eskalator yang menghubungkan tingkat 1 dan 3.

Pembinaan Masjid Wilayah ini direalisasikan pada 25 Syawal 1416 Hijri bersamaan 15 Mac 1996 Masihi dan siap dibina pada 30 Ogos 2000 Masihi. Upacara serah milik kepada pihak Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) pada September 2000 Masihi. Tapak binaannya berkeluasan kira-kira 13.4 hektar, iaitu di atas tapak bekas mahkamah dan pejabat kerajaan. Cadangan pembangunan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri keempat. Ia merupakan projek Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) dan diiktiraf berstatus Masjid Negeri.

Masjid Wilayah Persekutuan terletak di sebuah kawasan berbukit Jalan Duta, berhampiran susur masuk ke pusat bandaraya Kuala Lumpur dan Dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajudin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalulail pada 18 Februari 2005. Ianya terletak berhampiran dengan Kompleks Kerajaan, Jalan Duta dan kini merupakan satu lagi mercu tanda di ibu negara.

Masjid ini dinamakan Masjid Wilayah Persekutuan adalah sebuah masjid berkonsepkan ‘masjid dalam taman’ telah pun dibina.Ia menggunakan konsep tradisi masjid-masjid Othmaniah di Turki,Rekabentuk senibina dan hiasan dalamanya pula adalah merupakan kombinasi rekabentuk tradisi Melayu Malaysia dan Timur Tengah.

Masjid ini boleh menmpung seramai 17,000 orang jemaah pada satu-satu masa.Keluasan keseluruhan bangunan adalah kira-kira 47,000-meter persegi.Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan,masjid ini merupakan masjid yang termoden di Malaysia pada masa kini.

Material dan Ukiran Masjid Wilayah Persekutuan

Material yang digunakan pada hiasan dan tatahias luaran dan dalaman Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini berasaskan kayu dan batu. Ukiran-ukiran lebih bertumpu kepada komponen yang diperbuat daripada kayu seperti yang dapat dilihat pada pintu, tingkap dan sebahagian jeriji di dinding masjid. Pemidang di dewan solat wanita dan mimbar juga diperbuat daripada kayu yang telah diukir.

Ukiran yang halus dan unik boleh dilihat pada dinding kemasan batuan simen, manakala silingnya berturap simen telah dibentuk dan diukir mengikut acuan. Motif kebanyakan ukiran kayu yang menghiasi masjid ini berbentuk awan larat yang diambil daripada bentuk-bentuk lima jenis bunga harum seperti bunga tikam seladang (bunga mas), cempaka, kenanga, tanjung, melur serta daun yang menghijau seperti paku pakis.

Kayu-kayu hiasan terdiri daripada jenis kayu cengal yang diukir oleh tukang-tukang mahir tempatan yang didatangkan dari Terengganu dan Kelantan. Bahagian dalam Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dihiasi dengan lampu-lampu yang mengeluarkan cahaya bergemerlapan. Lampu candelier yang digantung pada sebelah dalam kubah utama pula berbentuk moden dan eksklusif. Keindahannya terserlah apabila semua lampu itu dipasang terutama pada waktu malam.

Ukiran batu Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula dibuat pada pintu gerbang utama dan mihrab. Jenis batu yang digunakan terdiri daripada batu marmar Makarana. Pembuatan batu ini diselenggarakan di tiga pusat yang terletak di Agra, Jaipur dan Makarana di Rajestan, India. Batu-batu ini diukir oleh pengukir mahir di India dengan menggunakan konsep in lay daripada jenis batu permata dan dipasang di tapak binaan oleh pekerja-pekerja tempatan dan dikemaskinikan serta dihalusi oleh pekerja India.

Penggunaan batu permata pelbagai jenis seperti batu lapisan lazuli, black onyx, malachite, red and golden jasper, mother of pearl dan tiger eye menjadikan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini begitu istimewa. Tulisan khat jenis Thuluth turut memainkan peranan penting dan amat bermakna sebagai hiasan kaligrafi kepada Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini. Ia diterapkan di tempat-tempat tertentu supaya mudah dihayati dan difahami terutama di gerbang pintu masuk.

Lorong siar kaki yang disediakan di sekitar kolam ditaburi dengan batu-batu kecil dari sungai. Kolam air yang dilengkapi dengan tujuh pancutan halus dan air terjun buatan menambahkan lagi kelembutan dan ketenangan di situ. Kolam ini dilengkapi dengan bio-filter bagi menjaga kebersihan sepanjang masa.

Bagi pasangan yang ingin membuat urusan akad nikah, anda boleh datang ke Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kerana dewan nikah ini boleh memuatkan tetamu seramai 50 orang pada satu-satu masa. Anda boleh datang ke Aras 3, Anjung C dengan tempoh 1 jam setiap majlis akad nikah. Waktu yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  • Hari bekerja bermula 5 petang hingga 10 malam.
  • Hari cuti bermula dari 9 pagi hingga 11 malam.

Caj penggunaan dewan adalah RM100.

*Source: masjidwilayah.gov.my

Hashtag / Keywords

Contact Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Mosque

Wilayah Mosque,
Jalan Tuanku Abdul Halim,
Kompleks Kerajaan,
50480 Kuala Lumpur.
Telephone: 03-6201 8791

error: