Haji Lu Gua Tukang Urut

وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

ُ

Semoga segala urusan hari ini dipermudahkan, diberkati dan diredhai Allah SWT.
آمِيّنْ... يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن.

Subhanallah! Alhamdulillah!

Saya dan keluarga baru balik berurut di rumah Haji Lu-Gua di Kg Kuala Jerang, Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan

Alhamdulillah. Sungguh luar biasa. Kaki anak saya yang ada masalah. Sembuh serta merta melalui urutan yang diikhtiarkan oleh Hj Man atau lebih dikenali dengan nama Hj Lu Gua.

Hj Lu Gua. Tidak menetapkan apa-apa bayaran. Berilah berapa ikhlas dia tidak kisah. Malah kalau tidak beri pun tidak apa katanya.

“Lu tengok kaki anak lu sekarang, apa pasal dari dulu lu tak bawa jumpa gua. Gua cuba ikhtiarkan. Tapi tak pelah, never too late”, katanya.

Selepas memicit-micit beberapa minit kaki anak saya, dengan izin Allah. Alhamdulillah. Kaki anak saya dah sembuh.

“Cuba lu duduk tahiyat awal, kalau ok lu duduk bersila pulak” Hj Lu Gua memberi arahan pada anak ku.

“Ibu, ayah. Inilah kali pertama kakak tidak rasa sakit masa kakak bersila”, kata anak ku.

Subhanallah. Tidak mampu lagi aku tahan air mata yang laju gugur. Aku bersyukur pada mu ya Allah. Terima kasih ya Allah. Kau berikan  kepada kami kesembuhan.

Sebelum itu masa kami datang tadi saya sempat berbual dengan mereka yang datang untuk berurut. Antaranya Muthu dari Puchong. Kata Muthu ayahnya dulu lumpuh selepas kemalangan. Setelah berurut sebanyak 4 kali dengan Hj Lu Gua, kini ayahnya sudah boleh menunggang motosikal.

Hj Lu Gua ini rupanya memang terkenal, pakar urutan sendi dengan cara rawatan beliau yang unik. Dah banyak kali beliau viral sama ada masuk suratkhabar, majalah atau google.

Kalau sesiapa ada masalah sendi. Terutama lumpuh atau stroke. Cubalah berurut dengan Hj Lu Gua. Kita ikhtiar.  Sebaiknya telefon beliau dulu sebelum datang. Ini no hp nya : 019-6091214.

Share la yer, mana tahu ada saudara mara atau kawan-kawan yang memerlukan.
Dari Kuala Lumpur ke rumah Hj ini lebih kurang 130km.
Bawa bekal makanan kerana masa menunggu kadangkala agak lama. Bergantung pada pengunjung. Masa rawatan tiada cuti, buka setiap hari. Nombor HP 019-6091214 Hj Osman (Dikenali dgn pangilan Lu Gua).
Kg Kuala Jerang, Simpang Durian, Jelebu Negeri Sembilan.