Pembunuhan ngeri Ketua Jururawat

 

Susulan kejadian ngeri pembunuhan salah seorang ketua jururawat warga kita di XXXXXXXXXX Rabu lepas, aku cuba selidik ringkas di Wiki untuk mencari info kenapa ramai dan begitu mudah wanita Melayu terjebak dengan taktik golongan orang benua Afrika.

 

Ini yang aku temui - Sihir Sakawa Dari Afrika..

 

Sakawa adalah istilah Afrika yang mengamalkan kabbalah syirik iaitu sejenis ritual sihir tinggalan zaman kuno dan amalan haram ini menggabungkan teknik penipuan dengan menggunakan perhubungan tanpa sua berasaskan internet moden.

 

Upacara-upacara ini kebanyakannya berupa arahan halus syaitan ke atas mangsa yang membantu pemuja ritual syirik itu untuk memanipulasi korban secara rohani sehingga penipuan berhasil.

 

Kaedah menggunakan alat perhubungan melalui telefon, sembang di internet dan bahasa pemujukan boleh membuatkan mangsa lupa diri seterusnya berkorban demi sesuatu, selalunya dijanjikan kemewahan atau kekayaan yang menakjubkan.

 

Selain si penipu mahu meraih sumber kewangan pantas melalui telegrafik transfer, mereka juga mencari mangsa untuk menjadi hamba untuk tujuan penyeludupan seperti menjadi kaldai dadah ataupun untuk keseronokan seperti seksual.

 

Oleh itu, kaum wanita Malaysia dinasihatkan agar berhati-hati kerana dengan limpahan ramai warga benua Afrika yang kita tidak mengetahui suku kaum mereka yang masih memegang ritual kabbalah syirik penyembah syaitan ini.