Kemewahan Makanan

Nazri Naz : ( Kemewahan Makanan )

Seorang wartawan Syria pernah menulis mengenai kemewahan hidup orang Arab. Kata beliau, di tahun 80an, orang Iraq terkenal dengan kemewahan makanan dan cara makan mereka. Jika mereka makan, akan dipastikan diatas meja dipenuhi makanan terlebih dahulu, bila mereka bangun dari meja makan, apa yang baki dianggap sampah kotor walaupun mereka belum menyentuhnya.
Demikian juga di Syria, aku melihat seorang wanita sedang membeli roti, dan dalam perjalanan pulang ke rumah, beberapa biji roti itu jatuh ke tanah. Beliau langsung tidak mengambilnya walaupun beliau mengetahuinya. Betapa mewahnya dan sombongnya bangsa Arab dengan makanan mereka.

Aku belum lagi bercerita mengenai cara makan orang Teluk, mereka makan bagaikan raksaksa dan membuang sewenang-wenangnya.

Kini, orang Iraq dan orang Syria terpaksa makan roti kering yang mereka jumpa diatas tanah. Antara sebab mereka jadi begitu kerana mereka tidak mensyukuri nikmat Allah SWT.

-Ibrahim Al-Khuki-

Kita juga khuatir, hari- hari gelap buat orang Melayu tidak lama lagi akan kunjung tiba dan pada masa itu, kita akan menanggungnya. Tidakkah kita merasa berdosa kepada anak-anak kita, generasi akan datang kita lantaran khianat dan sombongnya kita dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT..?

Kata Datuk Bandar Kuala Lumpur, "Pihak DBKL perlu mengurus sampah makanan 4 kali ganda lebih banyak dari hari biasa di bulan Ramadhan".
Bidaah apakah yang sedang kita lakukan ?

Jika nak salahkan syaitan, mereka sedang dirantai pada bulan Ramadhan, maka makhluk yang sebenarnya bersalah adalah diri kita sendiri.

Allah SWT pernah berfirman, "Jika engkau mensyukuri nikmat itu, pasti Aku akan tambah, jika engkau kufuri, ingatlah azab Aku amat pedih".

Kita melihat lelaki atau wanita bila makan di kedai, sengaja atau tidak, selalunya meninggalkan sisa makanan yang masih elok dan banyak untuk dibuang.
Apa salahnya makan makanan itu sampai habis. Cuba lihat kalau makan di kenduri kahwin, majlis berbuka puasa di masjid dan makan buffet di hotel.
Dah menjadi tabiat kita yang tamak, ambil dalam kuantiti yang banyak,  tak peduli orang belakang yang belum makan namun tak habis makan pun. Sungguh menyedihkan. Tidakkah kita fikir, apa yang orang lain fikir tentang kita?
Tidakkah kita malu pada makanan, rezeki yang Allah sediakan depan mata kita?
Adakah disebabkan makanan itu percuma, kita biarkan anak-anak kecil kita makan sendiri dan tak mampu habiskan sedang kita hanya melihat tanpa rasa berdosa?

Makan roti buang kulit, makan cuma secubit dua dan tinggal untuk dibuang. Ambil kuih yang banyak, namun makan hanya secubit dua.

Betapa sombong nya kita! Pada rezeki kita sendiri. Cuba tengok semula bagaimana corak anda sekeluarga makan?

Nilaikan diri kita sendiri, adakah binatang yang makan sisa dan tak punya akal fikiran itu, lebih baik dari kita, manusia yang dilahirkan sempurna akal fikiran?

Bangkitlah wahai bangsaku, perangi diri kita sendiri. Binalah semula saki baki jati diri yang lama kita lupakan itu. Masih belum terlambat.

Buanglah ego kita wahai bangsaku..

Jika kita masih leka, hari-hari mendatang amat perit untuk kita semua lalui, bersedialah dari sekarang untuk meredah ranjau duri yang kita sendiri cari..

Mohon didiklah diri dan anak-anak kita,  jangan pandang remeh hal yg kecil di mata kasar kita...sebenarnya amat besar di mata dunia!

Sekadar mengingati ♡