Resepi Cucur Badak Hidangan Kuih Tradisional Melayu

Resepi Cucur Badak Hidangan Kuih Tradisional Melayu

Cucur badak ialah hidangan tradisional Melayu yang berharga dan mudah disediakan. Dapatkan pengalaman memasak menu baru setiap hari. Selamat mencuba resepi ini dan pastikan anda menikmati makanan yang lazat untuk seisi keluarga!

Resepi Cucur Badak Hidangan Kuih Tradisional Melayu Summary

  • Nama Resipi: Resepi Cucur Badak Hidangan Kuih Tradisional Melayu
  • Kategori Hidangan: Makanan
  • Jenis Masakan: Melayu

Bahan-Bahan Resepi Cucur Badak Hidangan Kuih Tradisional Melayu

Untuk resepi cucur badakini, bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut: –

BAHAN A (Untuk kulit):

  • 3 biji keledek oren bersaiz sederhana besar
  • Tepung gandum
  • ½ sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula
  • Air utk rebusan
  • Minyak masak – untuk sapu ditangan supaya tidak melekat masa proses uli adunan menjadi kecil)

Bahan-bahan B (Inti):

  • ½ biji kelapa parut
  • 3 batang serai – dihiris halus*
  • 15 biji cili kering – dibasuh dan direndam*
  • 5 ulas bawang kecil*
  • 300 gram udang kecil – dikupas kulit dan dibuang kepala dan ekornya
  • Garam
  • Gula
  • Asam keping
  • Serbuk kunyit
  • 2 cawan air

Nota: Kisar bahan masakan yang bertanda *

Cara Memasak Resepi Cucur Badak Hidangan Kuih Tradisional Melayu

Berikut adalah cara membuat resepi cucur badakyang ditunjukkan langkah demi langkah.

Cara membuat Bahan A

  1. Kupas keledek oren dan potong supaya cepat empuk.
  2. Rebus bersama air yg dicampur sesudu garam dan toskan bila empuk.
  3. Cucuk menggunakan garfu untuk tahu keledek sudah empuk atau belum.
  4. Setelah tos, lenyek-lenyekkan keledek sehingga sekata dan biarkan sejuk seketika.
  5. Masukkan garam dan gula sambil gaul bersama keledek dan kemudian masuk sedikit demi sedikit tepung.
  6. Jangan letak tepung terlalu banyak kerana akan menyebabkan kulit luar adunan menjadi liat apabila selesai digoreng.

Cara membuat Bahan B:

  1. Masukkan kelapa parut beserta bahan yang dikisar bersama udang ke dalam kuali dengan api perlahan.
  2. Kemudian, masukkan secawan air dan sesudu kecil serbuk kunyit lalu gaulkan. Jika tidak rata, masukkan sedikit lagi air dan gaul sehingga rata.
  3. Masukkan sekeping asam keping ke dalam kuali.
  4. Tambahkan sesenduk gula dan ½ sudu garam. Gaul sehingga kering. Rasa dengan lidah untuk memastikan inti yang dihasilkan perlu manis sedikit.
  5. Sudah kering, angkat dan sejukkan.

Cara Uli Kuih Cucur Badak

  1. Sapu minyak masak pada tapak tangan.
  2. Ambik adunan ubi sebesar bola ping pong dan lenyek sehingga menjadi bulat leper.
  3. Kemudian, masukkan inti dan tekup inti dan uli mnjadi bulat-bulat.
  4. Apabila bentuk kuih sudah menjadi bulat leper, anda boleh goreng.
  5. Kuih cucur badak siap digoreng. Selamat mencuba!

Hashtag / Keywords

Resepi Cucur Badak Hidangan Kuih Tradisional Melayu Reviews

Resepi cucur badak merupakan satu cara untuk menikmati makanan lazat tradisional yang terkenal di kebanyakan rumah di Malaysia. Ia mempunyai rasa yang unik dan tekstur yang lembut Ia mudah disediakan dan dimasak dalam jangka masa yang singkat. Cucur badak juga boleh dimakan pada waktu petang atau selepas solat Tarawikh.

Ya, ia mudah untuk membuat resepi cucur badak. Anda hanya perlu mengikuti arahan-arahan yang disediakan dalam resepi ini.

Recipe Berasaskan Kuih Muih

Resepi Pulut Panggang: Anda Pasti Teruja Punya!

Resepi Pulut Panggang Pasar Malam Taman Tun Dr Ismail Resepi pulut panggang adalah antara makanan tradisional kesukaan di Malaysia. Mudah dilakukan dengan rasa pulut yang lemak bergebu, inti banyak dan tidak pedas. Cuba sekarang dengan...

Read More

Kuih Tahi Itik: Resepi Pelik Tapi Sedap Pantai Timur!

Resepi Kuih Tahi Itik Makanan Tradisional Kelantan Selamat mencuba Resepi Kuih Tahi Itik kerana ia adalah makanan tradisional Kelantan yang mudah disediakan dan sedap dimakan. Kuih ini sangat popular dan pasti akan mengujakan ramai! Kepada...

Read More

Kongsi Resepi Cucur Badak Hidangan Kuih Tradisional Melayu

Share recipe here only at Nordiyana.com / kongsi resipi anda disini

Tekan Butang Share Facebook, Twitter dan Kongsi Resepi di WhatsApp dan Telegram

Jangan lupa untuk tekan butang share pada ikon Twitter, Facebook dan berkongsi resepi cucur badakdi WhatsApp Group atau melalui Telegram dibawah.

Nordiyana.com adalah semua mengenai memasak dan berjalan-jalan. 1 hari 1 resipi baru termasuk resepi cucur badak, jadi dalam masa satu tahun sahaja anda sudah dapat menguasai 365 resipi. Terima kasih kerana menyukai dan mengunjungi laman web kami. Jika anda ingin berkongsi resipi dan gambar masakan anda diketengahkan dalam laman web kami, sila e-melkan gambar dan resepi ke [email protected].

Ingin Resepi Anda Diketengahkan?

  1. Ambil gambar masakan yang anda ingin ketengahkan. Hantar sekeping foto masakan yang sudah siap sepenuhnya dalam bentuk .jpeg atau dalam bentuk yang mudah.
  2. Tulis bahan-bahan yang diperlukan serta cara memasak/ cara membuat. Menu atau hidangan yang boleh anda kirimkan merangkumi apa sahaja masakan, kuih muih, kek, biskut, minuman, gulai dan sebagainya.
  3. Anda juga boleh tujukan resipi ini kepada insan yang istimewa dalam hidup anda sebagai menghargai perkongsian resepi yang anda sumbangkan. Tulis dengan ringkas, padat dan membawa erti sangat mendalam dan bermakna dalam hidup anda untuk resipi tersebut.
  4. Contohnya, anda boleh menulis seperti dibawah ini:-

Resepi cucur badakini didedikasikan buat suami tersayang iaitu Ahmad Assaruddin bin Ahmad Basri Ngah @ Tengah-Tengah iaitu suamiku yang tercinta yang sedang menjalankan tugas di sempadan Malaysia-Thailand. Apabila selesai bertugas dan pulang ke rumah, beliau sering menyuruhku untuk membuat menu ini. Menu kegemaran katanya.”

“Semoga suamiku sihat sejahtera dan dilindungi dari bahaya musuh. Jangan risaukan adinda dan anak-anak di sini. Kami menunggu kepulanganmu wahai Suamiku. Ikhlas dari isterimu yang sedia menanti- Ara @ Serikandi Binti Bill Clinton dan anak-anak Samsol, 19 tahun dan Samdol, 18 tahun”.

Anda juga boleh menghantar gambar anda dan gambar keluarga untuk kami ketengahkan sebagai sumber resipi (anda juga mempunyai pilihan untuk tidak menghantar gambar anda). Dengan mengenali diri orang yang mencipta atau berkongsi resepi cucur badakini, diharapkan pengunjung laman web ini dapat mengenali empunya resipi dan seterusnya mendoakan empunya resipi diberikan kesihatan, kesejahteraan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

error: