Tempat Menarik di Langkawi Beras Terbakar Padang Matsirat

Tempat Menarik di Langkawi Beras Terbakar Padang Matsirat

Beras Terbakar merupakan tempat bersejarah sejak tewasnya Datuk Kerma Wijaya mempertahankan Pulau Langkawi daripada serangan musuh. Dapatkan kisah dan sejarah pulau ini dan tempat menarik di Malaysia. Kami menyediakan semua maklumat terbaik untuk anda secara percuma, tepat, telus supaya anda mengenali negara tercinta dan tanah tumpah darah kami iaitu Malaysia dan seterusnya pergi bercuti ke tempat-tempat menarik dalam negara. Jika anda memerlukan bantuan, sila berhubung dengan Pusat Pelancongan Malaysia di talian 03 9235 4800 / 4900.

Tempat Menarik di Langkawi Beras Terbakar Padang Matsirat Summary

  • Attraction: Tempat Menarik di Langkawi Beras Terbakar Padang Matsirat
  • Location: Kedah Malaysia
  • Attraction Type: Attraction in Malaysia

Tempat Menarik di Langkawi Beras Terbakar Padang Matsirat from Official and Blog

Banyak tempat menarik di Langkawi yang kamu semua harus kunjungi tatkala tiba di pulau tercantik di Malaysia. Kami senaraikan destinasi yang wajib anda lawati bila menjejaki ke sini. Penuh dengan sejarah dan kisah yang unik yang mesti diketahui oleh semua lapisan masyarakat.

Oleh itu, marilah kita mengetahu destinasi yang menarik yang tidak harus anda lepaskan peluang ketika bercuti di Pulau Langkawi, pulau yang penuh lagenda dan sarat dengan misteri. Kisah pertama ialah Beras Terbakar Padang Matsirat.

Untuk ke sini, anda perlu melalui kawasan bazar yang terdapatnya kedai-kedai kecil yang menjual pelbagai barangan seperti kain batik, produk berasaskan gamat dan cenderamata. Di penghujung laluan, akan kelihatan pintu masuk ke sebuah rumah Melayu tradisional. Sebaik melepasi pintu masuk, di sebelah kiri anda akan terletaknya tapak beras terbakar.

More Tempat Menarik di Langkawi Beras Terbakar Padang Matsirat

Beras Terbakar merupakan tempat menarik di Langkawi yang didakwa terdapatnya beras yang terbakar selepas tewasnya Datuk Kerma Wijaya mempertahankan kawasan keseluruhan pulau daripada serangan musuh iaitu angkatan tentera Siam. Tempat ini terletak di Padang Matsirat.

*Credit: ms.wikipedia.org, mplbp.gov.my

Hashtag / Keywords

Ia terletak di Kampung Raja, Mukim Padang Matsirat. Kawasan ini kini terletak di dalam kawasan tanah milik perseorangan.Mengikut cerita orang terdahulu, Pemerintahan Pulau Langkawi bertempat di Kampung Raja.

Selepas kejadian pembunuhan Mahsuri atas perintah Datuk Kerma Wijaya, Pulau Langkawi telah diserang oleh pihak Siam. Pertempuran yang dahsyat sehingga mengorbankan Datuk Kerma Wijaya dan panglima-panglima yang hebat telah berlaku di Selat Berhala Balik yang kini merupakan selat jalan masuk ke Pelabuhan Kuah sekarang.

Melihat kepada keadaan yang tidak memihak kepada pihak Datuk Kerma Wijaya, beliau telah mengarahkan penduduk Langkawi supaya menanam beras simpanan yang ada agar tidak jatuh ke tangan pihak musuh. Kesan kekalahan itu telah menyebabkan beras simpanan yang ditanam itu telah terbakar.

Kekalahan Datuk Kerma Wijaya dan kejadian beras terbakar dikatakan ada kaitan dengan Sumpahan Mahsuri. Selepas melalui pelbagai cabaran dan proses pembangunan, kini kawasan ini telah dipagar sebagai tanda letaknya tapak beras terbakar. Kawasan ini terletak di dalam kawasan tanah persendirian di kawasan Padang Mat Sirat.

Contact Beras Terbakar Padang Matsirat

Kampung Raja
07000 Langkawi, Kedah

error: