Homestay Rumpun Makmur, Pahang
Ketahui pakej Homestay Rumpun Makmur Temerloh Pahang dan dapat makan durian dan buah-buahan bila tiba musim buah dan panjat Gunung Senyum. Sila baca disini untuk keterangan lanjut mengenai homestay dan tempat-tempat menarik untuk dikunjungi sempena kedatangan anda ke Negeri Pahang Darul Makmur, Malaysia. Kami menawarkan informasi menarik mengenai tempat bersejarah, makanan yang sedap, percutian menarik, pantai dan pulau di Malaysia. Semuanya ada disini.
Homestay Rumpun Makmur, Pahang: Summary
- Attraction: Homestay Rumpun Makmur
- Location: Pahang Malaysia
- Attraction Type: Homestay in Malaysia
Homestay Rumpun Makmur, Pahang: Sekilas Fakta
SELAMAT DATANG! Projek penyusunan semula Kampung FELCRA Rumpun Makmur diwujudkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar melalui Agensi FELCRA dan L.K.W.J. Pewujudan projek ini adalah bertujuan uuntuk mengumpulkan penduduk Kampung tradisional sekitar bagi memudahkan kerajaan menyalurkan kemudahan infrastruktur dengan lebih terancang.
Projek ini telah dirasmikan oleh Y.A.B En. Ghafar Baba, Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1986. Projek ini merangkumi 3 JKKK berhampiran iaitu JKK Kg. Sekoh, JKK Paya Angut dan JKK Kg. Pulau Raya. Projek ini terletak dibahagian Barat Wilayah Jengka dan bersempadan dengan Sungai Pahang dengan jarak 25 km dari Bandar Jengka. Pekan yang berhampiran ialah Kuala Krau sejauh 3 KM menyeberangi Sungai Pahang.
Jumlah Rumah yang terbina ialah sebanyak 100 buah bagi peringkat pertama dan 66 buah bagi peringkat kedua, menjadikan sebanyak 166 buah rumah. Jumlah peserta yang menjadi peserta FELCRA seramai 162 orang yang mempunyai pegangan saham yang berlainan iaitu seramai 99 orang mempunyai 8 ekar manakala 63 orang lagi mempunyai saham 4 ekar.
Homestay Rumpun Makmur, Pahang: Maklumat Dari Blog
Assalamualaikum rodong-rodong blogger dan pembaca blog KP. Tadi KP ke RUMPUN MAKMUR. KP ingatkan sebuah kampung tradisional, Rupa-rupanya adalah salah satu penempatan FELCRA yang sangat tersusun dan menarik. Pada mulanya, KP macam terkejut dan hairan kerana rumah-rumahnya dibuat daripada batu bata merah. Penempatan apakah ini?
KP pun singgah lah di sebuah rumah milik Makcik Sarimah Binti Awang Sulaiman. Menurut Makcik Sarimah yang sudah 17 tahun menetap di Felcra Rumpun Makmur, dia amat bersyukur dengan bantuan yang diberikan oleh kerajaan melalui Felcra ini. Beliau berasal dari kampung Pulau Raya juga menerima ladang seluas 8 ekar untuk diusahakan. Apa yang dikhabarkan kepada KP oleh penduduk adalah penempatan Felcra ini adalah merupakan satu-satunya dalam Malaysia yang rumahnya diperbuat daripada batu bata merah. Terdapat juga beberapa rumah yang dijadikan Homestay yang dikenali sebagai Homestay Rumpun Makmur bagi menambah pendapatan penduduk.
Web Directories
Welcome to our comprehensive web directories! Explore a world of information and resources tailored to your interests and needs. From travel adventures to financial solutions, hobbies, reviews, and more, our curated collection of links offers something for everyone. Click on the above links to start your journey towards discovering new experiences and expanding your horizons. Your next destination awaits!
- https://asiaworldtour.com: “Asia World Tour: Your Gateway to Asian and World Adventures”
- https://personalfinancingloan.com: “Personal Financing Loan: Your Path to Financial Freedom”
- https://hobbyforte.com: “HobbyForte: Discover Your Car Passion, Explore Your Interests”
- https://reviewsanything.com: “ReviewsAnything: Your Trusted Source for Honest Gadget Reviews”
- https://rumahmampumilik.com: “Rumah Mampu Milik: Your Affordable Homeownership Journey Begins Here”
- https://malaysiadigit.com: “MalaysiaDigit: Your Digital Destination for News and Insights”
- https://vipmalaysia.com: “VIP Malaysia: Elevate Your Experience in Malaysia”
- https://nordiyana.com: “Indulge in Elegance at Nordiyana: Latest Recipe and Culinary Inspirations”
- https://e-penyatagaji.com: “E-Penyata Gaji: Simplifying Payroll Management for You”
- https://googleasia.org: “Google Asia: Explore the World and Asia’s Wonders with Google Asia”
- https://malaysiafit.com: “Malaysia Fit: Your Partner in Health and Wellness”
- https://koperasi.info: “Koperasi: Building Communities, Empowering Lives”
- https://recipeinside.com: “RecipeInside: Unveiling Culinary Creations, Your Guide to Delicious Dishes”
- https://asiahealthcenter.com: “Asia Health Center: Your Source for Holistic Wellness Solutions”
- https://nationalhealthcenters.com: “National Health Centers: Your Source for Vital Health Information and Community Care”
- https://malaysiabit.com: “MalaysiaBit: Stay Informed, Stay Connected”
- https://epenyatagaji.com: “E-Penyata Gaji: Your Digital Payslip Solution”
- https://koperasi.work: “Koperasi Work: Collaborate, Innovate, Succeed”
- https://koperasi.business: “Koperasi Business: Driving Entrepreneurship, Fostering Growth
*Source: facebook.com, kerdaupahang.blogspot.com
Homestay Rumpun Makmur Pahang Reviews
Customer Reviews
Ini adalah projek video komersial pelajar Politeknik Muadzam Shah untuk mempromosi Homestay Rumpun Makmur
Sue Suriyati
youtube.com
Musim Durian Pasti Datang
One of the best Homestay in Temerloh iaitu di Homestay Rumpun Makmur akan kembali pada musim durian hujung tahun nanti.
Nizam Mohd Tapar
facebook.com
Frequently Asked Questions (FAQs) About Homestay Rumpun Makmur, Pahang
Apakah keistimewaan dan aktiviti di Homestay Rumpun Makmur, Temerloh?
Inilah istimewanya Homestay Rumpun Makmur apabila tiba musim durian dan buah buahan. Anda boleh menikmati keenakan buah buahan tempatan disamping beriadah menikmati keindahan alam dengan menjelajah ke gua sekitar hutan lipur Gunung Senyum dan menyusuri Sungai Pahang dengan menaiki bot.
Apa yang anda perlu tahu mengenai Homestay Rumpun Makmur di Temerloh, Pahang?
Homestay Rumpun Makmur terletak di Daerah Temerloh, Pahang dengan keluasan perkampungan adalah 10 km persegi. Jumlah keseluruhan penduduk adalah 769 orang dan terdapat 166 jumlah buah rumah. Di dalamnya terdapat 5 buah kampung berada di bahagian barat Jengka, 25km daripada bandar dan 3km dari Kuala Krau.
Mengapa penduduk menamakan sebagai Rumpun Makmur sebagai nama kampung?
Penduduk asal Rumpun Makmur adalah terdiri daripada penduduk yang dipilih daripada 3 buah kampung iaitu Kg. Pulau Raya, Kampung Kuala Krau Seberang dan Kampung Gunung Senyum. Mereka ini dihimpun dalam satu rumpun yang diberi nama Rumpun Makmur. Itulah asalnya nama tersebut diambil.
Apakah pakej yang terdapat di Homestay Rumpun Makmur, Pahang?
Kami menyediakan pakej untuk anda semua. Pakej adalah seperti dibawah:-
Pakej A (3 Hari 2 Malam) RM 180.00-200.00
- Hari Pertama – Melawat Ke Ladang Ternakan Seladang, Melawat Ke Perkampungan Orang Asli, tiba di rumah keluarga angkat.
- Hari Kedua – Bertolak ke Gunung Senyum, Aktiviti mendaki gunung (jelajah).
- Hari Ketiga – Aktiviti bebas/ santai.
dan
Pakej B 4 hari 3 Malam (RM 250)
- Hari Pertama – Melawat ke Ladang Ternakan Seladang, Melawat ke perkampungan Orang Asli, tiba di rumah keluarga angkat.
- Hari Kedua – Bertolak ke Gunung Senyum, Aktiviti mendaki gunung (jelajah).
- Hari Ketiga – Demostrasi kraftangan seramik, Lawatan ke Makam Mat Kilau.
- Hari Ke empat – Aktiviti bebas/ santai
Homestay Rumpun Makmur, Pahang: Contact Information
Untuk sebarang pertanyaan mengenai penginapan dan percutian di Temerloh, sila hubungi nombor yang tertera ini dibawah:
28050 Kuala Krau, Pahang
Telephone: 019-904 2451