Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur, Pahang
Nikmati Ikan Bakar Petai yang lazat di Tanjung Lumpur, Pahang, kawasan pesisir terkenal dengan makanan laut segar. Hidangan ikan bakar yang dibakar sempurna digandingkan dengan petai yang unik, memberikan rasa yang memikat dan aroma yang khas. Kunjungi restoran tempatan di Tanjung Lumpur untuk merasai kombinasi hebat ini bersama sambal dan sos pedas yang menambah lagi keenakan. Rancang lawatan anda untuk pengalaman makanan Malaysia yang autentik!
Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur, Pahang: Summary
- Attraction: Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur
- Location: Pahang, Malaysia
- Attraction Type: Foods in Malaysia
Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur, Pahang: Overview
Ikan Bakar Petai adalah hidangan yang sangat popular di Malaysia, dan Tanjung Lumpur, yang terletak di Pahang, terkenal dengan makanan lautnya. Ikan Bakar merujuk kepada ikan yang dibakar, dan apabila digandingkan dengan petai (atau dikenali juga sebagai kacang stinky), ia menghasilkan hidangan yang penuh dengan rasa dan aroma yang unik. Petai memberikan rasa pahit yang sedikit, yang melengkapkan rasa ikan bakar yang berasap dan hangus.
Tanjung Lumpur, sebagai kawasan pesisir, terkenal dengan makanan laut yang segar. Jika anda mengunjungi atau merancang untuk mencuba Ikan Bakar Petai dari kawasan ini, anda mungkin akan merasai makanan laut yang paling segar. Banyak restoran atau kedai makan di Tanjung Lumpur menawarkan hidangan ini, sering kali disajikan dengan pelbagai sambal atau sos pedas untuk menambah rasa.
Adakah anda pernah mencubanya, atau adakah anda merancang untuk melawat?
Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur, Pahang: Kesedapan Ternyata!
Restoran Ana Ikan Bakar Petai
Tiada plan makan di sini sebab kata restoran di Lembah Klang pun ada, tapi bila sampai di Kuantan, tiba-tiba teringin hendak makan seafood di Tanjung Lumpur. Sampai kawasan Tanjung Lumpur ada banyak restoran ikan bakar yang lain. Kami tengok restoran Ana Ikan Bakar Petai ini macam terlebih meriah dari restoran yang lain. Ia seakan mendominasi di Tanjung Lumpur, Dikiri kanan dia dan depan belakang pun dia juga.
Tempat parkir pun luas, jadi tidak perlu risau. Kaedahnya di sini, kena cari meja baru buat order untuk memudahkan peramu saji mencari pelanggan ketika menghantar pesanan nanti. Meja memang banyak dan tidak perlu sampai beratur dan berdiri lama. Kalau anda datang dalam berkumpulan, anda boleh pilih tempat duduk di gazebo/ pondok. Sudah dapat tempat duduk, boleh lah pilih-pilih ikan dan kerangan laut. Cara masak yang diingini semua ada dipaparkan di menu termasuk harganya sekali.
Ikan-ikan tersedia untuk dipilih oleh pelangan. Mereka memang tidak susun atur ikan dengan kemas seperti disesetengah restoran. Sebab laku keras ikan yang dijual. Masa kami sampai, kelihatan seperti ikan dan udang sudah hampir kehabisan, tapi apabila pusing sekali lagi, pekerja restoran sudah meletakkan stok ikan dan kerangan yang baru. Lepas pilih hasil laut apa yang disukai, anda perlu beratur di kaunter dan nyatakan nombor meja serta pilihan masakan anda. Dibelakang restoran adalah team yang sedang menyiang dan membersihkan pesanan pelanggan termasuk aktiviti bakar-bakar.
Bahagian dapur utama berkonsep terbuka, jadi boleh nampak mereka menyediakan, menggoreng dan memasak pesanan pelanggan. Restoran ini selesa.
Menu Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur yang kami pesan
Satu persatu pesanan kami hantar oleh pekerja restoran, dan menu utama yang kami pesan adalah ikan merah bakar petai. Rasanya okay, mungkin saya tersilap pilih ikan. Sepatutnya jika hendak makan ikan bakar harus pilih ikan jenahak atau siakap. Mungkin ikan merah ini lebih terserlah rasanya jika dimasak cara lain seperti stim atau masak sup.
Kepada penggemar menu sotong celup tepung, Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur Kuantan memang sangat sedap dan apabila bungkus bawa balik sampai keesokkan harinya masih ranggup katanya. Salted egg prawn, rasanya sedap jika banding dengan yang kami makan di tempat lain. Bagi kerabu mangga dan keropok lekor anda boleh order dan beli di gerai yang terdapat di dalam kompleks itu juga.
Harga Makanan Restoran Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur Kuantan
Jika anda tidak kenal nama-nama ikan, marilah belajar di sini. Judul pun dalam bahasa Jawi, jadi mengejalah anda di situ kalau tidak tahu membaca. Ikan jebong, ikan deloh, ikan remon, ikan muduk, ikan tambok, ikan barat adalah pertama kali saya dengar namanya.
Makanan yang kami pesan itu tidak habis kerana kami berdua sahaja yang makan. Jadi kami minta untuk bungkus bawa balik, Kami makan sampai ke waktu breakfast di hotel. En. Abe kata, beliau puas hati makan di Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur Kuantan. Harga pun lebih murah berbanding di tempat lain. Macam itu ada peluang datang lagi, Tidak pun cari restoran cik Ana yang di KL.
Web Directories
Welcome to our comprehensive web directories! Explore a world of information and resources tailored to your interests and needs. From travel adventures to financial solutions, hobbies, reviews, and more, our curated collection of links offers something for everyone. Click on the above links to start your journey towards discovering new experiences and expanding your horizons. Your next destination awaits!
- https://asiaworldtour.com: “Asia World Tour: Your Gateway to Asian and World Adventures”
- https://personalfinancingloan.com: “Personal Financing Loan: Your Path to Financial Freedom”
- https://hobbyforte.com: “HobbyForte: Discover Your Car Passion, Explore Your Interests”
- https://reviewsanything.com: “ReviewsAnything: Your Trusted Source for Honest Gadget Reviews”
- https://rumahmampumilik.com: “Rumah Mampu Milik: Your Affordable Homeownership Journey Begins Here”
- https://malaysiadigit.com: “MalaysiaDigit: Your Digital Destination for News and Insights”
- https://vipmalaysia.com: “VIP Malaysia: Elevate Your Experience in Malaysia”
- https://nordiyana.com: “Indulge in Elegance at Nordiyana: Latest Recipe and Culinary Inspirations”
- https://e-penyatagaji.com: “E-Penyata Gaji: Simplifying Payroll Management for You”
- https://googleasia.org: “Google Asia: Explore the World and Asia’s Wonders with Google Asia”
- https://malaysiafit.com: “Malaysia Fit: Your Partner in Health and Wellness”
- https://koperasi.info: “Koperasi: Building Communities, Empowering Lives”
- https://recipeinside.com: “RecipeInside: Unveiling Culinary Creations, Your Guide to Delicious Dishes”
- https://asiahealthcenter.com: “Asia Health Center: Your Source for Holistic Wellness Solutions”
- https://nationalhealthcenters.com: “National Health Centers: Your Source for Vital Health Information and Community Care”
- https://malaysiabit.com: “MalaysiaBit: Stay Informed, Stay Connected”
- https://epenyatagaji.com: “E-Penyata Gaji: Your Digital Payslip Solution”
- https://koperasi.work: “Koperasi Work: Collaborate, Innovate, Succeed”
- https://koperasi.business: “Koperasi Business: Driving Entrepreneurship, Fostering Growth
*Source: says.com, nasamulia.blogspot.com
Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur, Pahang: Reviews
Ana Ikan Bakar Petai Terbaik
Rhys William meneruskan penjelajahan Pantai Timur, Malaysia dan kini sudah tiba di Kuantan. Kuantan merupakan ibu negeri Pahang. Terletak di persisiran Laut China Selantan, Kuantan bukan sahaja terkenal sebagai bandar yang membangun tapi juga tumpuan pelancong dari seluruh dunia. Kedudukan Kuantan di persisiran pantai menjadikan ikan segar sebagai sumber makanan warga setempat.
Seawal 3 pagi, Rhys ke Kompleks LKIM, Kuantan untuk menimba pengalaman melihat proses borong ikan di pasar ini. Kemudiannya Rhys bertemu dengan pengurus restoran terkenal, Ana Ikan Bakar Petai untuk mengetahui lebih lanjut mengenai proses penyediaan makanan. Sebelum hari tamat, Rhys merasai sendiri keenakan juadah yang berasaskan makanan laut segar di Ana Ikan Bakar Petai, Kuantan.
Mat Salleh Cari Makan Pantai Timur dibawakan oleh Bridgestone Tyre Malaysia.
DESTINASI TV
youtube.com
Restoran Ana Ikan Bakar Petai Terbaik
Ikan Bakar nampak menyelerakan, terbaik bro! Memang recommended kepada semua pengunjung yang datang ke Kuantan terutama di Tanjung Lumpur untuk mencuba sendiri menu istimewa ini. Hanya yang terbaik di Kuantan, Pahang.
RYAN GREG
youtube.com
Frequently Asked Questions (FAQs) About Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur, Pahang
Nyatakan waktu operasi Restoran Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur, Kuantan?
Restoran Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur beroperasi setiap setiap hari mulai jam 1 petang hingga 12 malam.
Apakah menu terbaik di Restoran Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur?
Di antara menu yang menjadi tarikan dan favorite pengunjung adalah semestinya ikan bakar petai, tomyam putih, kailan ikan masin, lonjak masak pedas, ketam telur masin dan kerabu mangga. Satar ikan juga sedap.
Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur: Contact Information
Jalan Tanjung Lumpur, Perkampungan Tanjung Lumpur,
26060 Kuantan, Pahang
Telephone: 019-987 8155