Antara kemudahan yang disediakan adalah lapang sasar 1000 ela, lapang sasar terbuka, kuarters, padang kawad, tapak perhimpunan, tapak perkhemahan, bilik kuliah dan bilik mesyuarat. LISRAM dibuka pada hari ahad hingga rabu dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang, khamis bermula 8.00 pagi hingga 3.30 petang dan ditutup pada hari jumaat, sabtu dan cuti umum.