Makam Purba, Langkawi

Makam Purba Langkawi Ancient Tomb Ulu Melaka

Makam Purba Langkawi yang terletak di Hutan Buloh adalah tarikan menarik yang mesti anda kunjungi disini. Ia kawasan yang dikelilingi oleh sawah padi di Mukim Ulu Melaka, Langkawi. Dua kubur yang dipercayai telah ada dari abad sebelumnya, adalah terpencil dari kubur lain di kawasan itu. Keunikan dan penampilan batu nisan ini membayangkan bahawa mereka mungkin tergolong daripada seseorang yang bertaraf tinggi.

Makam Purba, Langkawi: Summary

  • Attraction: Makam Purba
  • Location: Kedah Malaysia
  • Attraction Type: Attraction in Malaysia

Makam Purba, Langkawi: Maklumat Blog

Makam Purba Langkawi terletak di Kampung Ulu Melaka dan memang tidak jauh dengan Masjid Kampung Ulu Melaka. Hamba pernah ziarah Makam Purba Langkawi ini, mungkin dah lebih 10 tahun yang dahulu. Waktu itu, perjalanannya dan tuntutannya berbeza berbanding perjalanan dan tuntutan sekarang. Pada zahirnya, dari segi batu nisannya adalah seorang wanita, pada batinnya Allah Taala lebih tahu.

Satu kumpulan berkata ia adalah Makam Parameswara, ada juga berkata Makam Mahsuri dan ada pula yang kata Hang Tuah. Waktu hamba sampai memang panas terik, seperti ketika sampai di Makam Tok Peramu, Pahang. Rupanya perlu ke Langkawi semula untuk ziarah makam leluhur kerana hamba ada darah Acheh. Oktober 2012, dah ziarah Bukit Siguntang yang terkenal dalam Sejarah Melayu itu. Kali ini ke Langkawi. Acheh melambai-lambai memanggil-manggil hamba, bila boleh ke sana?

Mengikut catatan di sini, makam purba Langkawi ini ditemui semula pada April 1975. Mengapa ia bersendirian di sini, Allah Taala lebih tahu. Mengapa ia ditakdirkan ditemui semula pada tahun 1975, Allah Taala lebih tahu. Siapa sebenarnya dikebumikan di Makam Purba Langkawi? Allah Taala lebih mengetahui. Walau apapun pandangan sejarah, bagi hamba, Makam Purba Langkawi ini ada istimewanya kerana ianya satu-satunya yang ada di kawasan ini dan antara paling lama yang masih wujud di Pulau Langkawi.

Kewujudan makam purba Langkawi ini menunjukkan sejarah Kampung Ulu Melaka yang lama. Walaupun Pulau Langkawi banyak sejarah lalu, mengapa ia ‘masih disimpan’ sehingga hari ini, itu satu persoalan yang menarik. Apa yang ‘cuba disampaikan oleh Sang Maha Pencipta dalam perbuatan-NYA itu?’ Alhamdulillah, dapat juga hamba sedekahkan apa yang patut buat si empunya diri yang dimakamkan di sini.

Hamba sendiri masih belum merungkai sejarah buat diri sendiri tentang Kampung Ulu Melaka, nak kena tanya Sang Guru di hujung benua kelak. Selesai urusan di Makam Purba Langkawi, hamba kembali ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Makam Purba, Langkawi: Sejarah Dipelajari

Kami telah melangkah lautan dari Kuala Perlis ke Pulau Langkawi yang menyimpan seribu kisah sejarah bangsa Melayu hari ini. Namun kali ini bukan Mahsuri yang kami cari tapi sebuah makam purba bersejarah. Ini adalah Makam Sultan Muhiyuddin Mansur Syah ibni Sultan Mahmud Syah yang membina Istana Bandar di Jugra dan kemudiannya baginda bersemayam di Kota Palas, Ulu Melaka di Pulau Langkawi bermula tahun 1668 berikutan kemangkatan ayahanda baginda.

Ia terbiar tanpa pagar dan penyelenggaraan sepatutnya. Lebih mengaibkan ia di katakan sebagai makam seorang perempuan. Tidak nampakkah kita hari ini mengapa Ulu Melaka terletak di Pulau Langkawi dan hilirnya terletak di Bandar Hilir Melaka?

Makam Purba Langkawi ini ditimbus dari penglihatan sewaktu serangan tentera Thai dari Siam keatas Pulau Langkawi oleh pengikut baginda agar tidak dimusnahkan oleh tentera Thai. Bagindalah yang dikatakan berkahwin dengan Puteri Hang Li Po. Makam Puteri Hang Li Po terletak disebelah makam baginda walau bagaimana pun telah dicabut batu nisannya. Tidak payah pengkaji sejarah untuk susah-susah mencari makam Puteri Hang Li Po yang beragama Islam di Bandar Hilir kerana ia terletak disini.

Dibawah kerajaan Benua Islam Siam, baginda Sultan Muhiyuddin Mansur Syah dikenali sebagai Boromokot. Dengan kemangkatan baginda dalam tahun 1758 barulah Alaungphaya dari Sukuthai berani menyerang kerajaan Islam Toung Oo Burma, sebahagian dari jajahan Kerajaan Ayuthia Islam yang diperentah oleh Mahadammayaza (gelaran sahaja, bahasa Arab bermaksud darah dari berlainan raja).

Baginda Mahadammayaza adalah anakanda kepada Sultan Muhiyuddin Mansor Syah. Baginda kembali ke Ayuthia dan dikenali sebagai Boromoraja Ekataat V. Alaungphaya pula menyerang Ayuthia dalam tahun 1767 dan baginda kembali ke Kedah dan menetap di istana Kota Meang Kuang (nagara Luas). Di Kedah baginda dikenali dengan nama sebenar baginda iaitu Syarif Yang Di Pertuan yang Maha Mulia. Walau pun 3 nama yang berbeza tapi orangnya tetap sama mengikut wasiat yang telah diperturunkan kepada TNL Kasim.

Mengenai Makam Purba Langkawi Sultan Muhiyuddin Mansur Syah di Kota Palas Ulu Melaka ataupun Ancient Tomb, walaupun waris nya yang ada pada hari ini memberi kenyataan tetap tidak dihiraukan dan masih lagi di labelkan sebagai makam purba. Batu nesan baginda sama rekabentuk nya dengan batu nesan Sharif Yang Di Pertuan yang Maha Mulia di Kampung Tualang, Kedah.

Makam Purba, Langkawi: Catitan Undang-undang Kedah

Lihatlah persamaan kedua-dua batu nesan Acheh ini, di atas Makam Purba Sultan Muhiyuddin Mansor Syah (Boromokot) terletak di Ulu Melaka Pulau Langkawi dan dibawah batu nesan anakanda baginda Syarif Yang Di Pertuan (Boromoraja V) di Kg Tualang Kedah.

Di muka surat 17 Undang Undang Kedah dicatit,

“Hijrat Al Nabi sallallahu alaihi wasalam pada seribu tujuh puluh delapan tahun (1668 masihi), tahun Dal, pada bulan Rabiulawal hari isnin, zaman hadirat Maulana Syah Alam semayam di Kota Palas pada ketika itu bahawa titah Syah Alam Yang Maha Mulia pada segala pegawai yang tua-tua suruh perbuat undang-undang”

Kalau sejarah kita sudah ada bukti bertulis seperti di atas, kepentingan siapa yang kita jaga sehinggakan warisan sejarah bangsa Melayu hari ini menjadi kabur dan tidak pasti. Kita tidak perlu menunggu 136 tahun sebelum Makara Naga Laut di istana Raja Merong Mahawangsa dijumpai semula di Sungai Mas setelah dimusnahkan oleh tentera Thai dalam tahun 1876 dahulu.

Sejarah kita hari ini penuh konspirasi dan fantasi penjajah. Ia harus diceritakan berdasarkan kebenaran SEJARAH REALITI, tidak ada siapa yang akan dipersalahkan hari ini dan semua rakyat dari pelbagai kaum di Malaysia hari ini berhak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku dalam sejarah bangsa Malaysia terdahulu.

Frequently Asked Questions (FAQs) About Makam Purba, Langkawi

Apakah maklumat sejarah Makam Purba Langkawi?

Makam purba Langkawi atau ancient tomb Langkawi dijumpai pada tahun 1975 oleh orang kampung. Makam itu adalah makam Permaisuri Melur di Ulu Melaka, tempat Hang Tuah dibuang semasa Sultan Melaka. Makam tersebut adalah makam Permaisuri Derbar Raja Merong Mahawangsa iaitu Sultan Muzaffar Shah I semasa pemerintahan Langkasuka di Langkawi. Permaisuri Melur adalah anak raja Acheh, berketurunan Acheh semasa beliau memerintah di Pulau Lagenda Langkawi iaitu Langkasuka.

Pada abad ke-14M, pada masa tersebut Langkawi adalah pusat pemerintahan ibu negara Langkasuka.Mengikut cerita mitos, makam tersebut semasa perang dengan Siam, ada harta emas disimpan di dalam tanah yang berseni dengan masjid purba. Tapak masjid di Ulu Melaka adalah tapak masjid yang dibina pada zaman Merong Mahawangsa iaitu Sultan Muzaffar Shah I. Masjid itu adalah masjid yang pertama di Langkawi. Dipercayai Permaisuri Melur pada masa itu pemerintahan Sultan Muzaffar Shah lebih lama daripada zaman Mashuri.

Hashtag / Keywords

Web Directories

Welcome to our comprehensive web directories! Explore a world of information and resources tailored to your interests and needs. From travel adventures to financial solutions, hobbies, reviews, and more, our curated collection of links offers something for everyone. Click on the above links to start your journey towards discovering new experiences and expanding your horizons. Your next destination awaits!

  1. https://asiaworldtour.com: “Asia World Tour: Your Gateway to Asian and World Adventures”
  2. https://personalfinancingloan.com: “Personal Financing Loan: Your Path to Financial Freedom”
  3. https://hobbyforte.com: “HobbyForte: Discover Your Car Passion, Explore Your Interests”
  4. https://reviewsanything.com: “ReviewsAnything: Your Trusted Source for Honest Gadget Reviews”
  5. https://rumahmampumilik.com: “Rumah Mampu Milik: Your Affordable Homeownership Journey Begins Here”
  6. https://malaysiadigit.com: “MalaysiaDigit: Your Digital Destination for News and Insights”
  7. https://vipmalaysia.com: “VIP Malaysia: Elevate Your Experience in Malaysia”
  8. https://nordiyana.com: “Indulge in Elegance at Nordiyana: Latest Recipe and Culinary Inspirations”
  9. https://e-penyatagaji.com: “E-Penyata Gaji: Simplifying Payroll Management for You”
  10. https://googleasia.org: “Google Asia: Explore the World and Asia’s Wonders with Google Asia”
  11. https://malaysiafit.com: “Malaysia Fit: Your Partner in Health and Wellness”
  12. https://koperasi.info: “Koperasi: Building Communities, Empowering Lives”
  13. https://recipeinside.com: “RecipeInside: Unveiling Culinary Creations, Your Guide to Delicious Dishes”
  14. https://asiahealthcenter.com: “Asia Health Center: Your Source for Holistic Wellness Solutions”
  15. https://nationalhealthcenters.com: “National Health Centers: Your Source for Vital Health Information and Community Care”
  16. https://malaysiabit.com: “MalaysiaBit: Stay Informed, Stay Connected”
  17. https://epenyatagaji.com: “E-Penyata Gaji: Your Digital Payslip Solution”
  18. https://koperasi.work: “Koperasi Work: Collaborate, Innovate, Succeed”
  19. https://koperasi.business: “Koperasi Business: Driving Entrepreneurship, Fostering Growth

*Credit: mplbp.gov.my, qulamirulhakim.blogspot.com, https://keturunanderbarraja.blogspot.com, sejarahnagarakedah.blogspot.com

Makam Purba, Langkawi: Visitor Information and Details

Makam Purba Langkawi
Langkawi, Kampung Padang Gaong

error: