Masjid Jamek Kg Baru, Kuala Lumpur
Masjid Jamek Kg Baru adalah mercu tanda yang mesti anda kunjungi di Kuala Lumpur. Terdapat sejarah kemerdekaan dan kemahsyuran yang menjadikan tempat ibadat orang Islam ini sangat terkenal. Dapatkan informasi padat disini.
Masjid Jamek Kg Baru, Kuala Lumpur: The Summary
- Attraction: Masjid Jamek Kg Baru, Kuala Lumpur
- Location: KL Malaysia
- Attraction Type: Mosque in Malaysia
Masjid Jamek Kg Baru, Kuala Lumpur from Official
Masjid Jamek Kg Baru atau ringkasannya MJKB yang terletak di atas sekeping tanah yang agak luas juga (kira-kira empat lot) di Jalan Raja Alang, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur yang dianugerahkan oleh seorang dermawan Melayu bernama Haji Bachik bin Abdullah. Haji Bachik berasal dari Melaka dan mempunyai sebuah rumah di Jalan Melayu. Sebagai seorang pedagang yang menjawat jawatan sebagai ketua orang-orang Melayu pada ketika itu, bertumpu tinggal di Kampung Hujung Pasir.
Susunan penempatan semula ini telah diserahkan kepada Kerajaan oleh unit Perancang Bandar pada tahun 1929.
Kampung yang asalnya mempunyai 12 rumah di persisir Sungai Klang di sebelah Timur dalam awal tahun 1900, tiga puluh tahun kemudiannya telah menjadi tumpuan pendatang-pendatang dari Ulu Selangor, Kajang dan Klang. Misalnya dalam tahun 1930 di Kampung Baru terdapat 554 buah rumah dengan jumlah penduduk seramai 2600 orang. Jumlah ini meningkat kepada 615 buah rumah dan jumlah penduduknya seramai 3562 orang. Sehingga bulan Mei 1935, 750 lot telah dibahagikan bersama hakmilik sementara.
Di antara lot-lot tersebut terdapat lot kepunyaan Tuan Haji Bachik yang kemudiannya telah mewakafkan kepada Lembaga Pentadbir Kawasan Kampung di akhir tahun dua puluhan untuk didirikan sebuah surau. Dengan jerih payah penduduk maka terdirilah sebuah balai dari lantai dan tiang nibong yang kemudiannya telah ditukarkan menjadi surau. Di kawasan ini juga dijadikan tanah perkuburan bagi penduduk Kampung Baru ketika itu.
Masjid Jamek Kg Baru, Kuala Lumpur: Tempat Tumpuan Masyarakat Kampung
Sejak masa itu hingga kini, Masjid Jamek Kg Baru telah menjadi tumpuan masyarakat kampung. Sebanyak tiga kali bangunan asal telah diruntuhkan. Pada kali yang ketiga Masjid Jamek Kg Baru yang berbentuk seperti rumah Melaka telah diganti bangunan baru dengan memohon derma dari setiap kelamin penduduk kampung sendiri iaitu dengan mengenakan RM60.00 bagi setiap kelamin dan pembayaran boleh dibuat secara beransur-ansur.
Hingga tahun 1955 jumlah kutipan yang dibuat dengan cara itu telah dapat mengumpulkan sebanyak RM30,000.00.
Oleh kerana kutipan itu di anggap lambat, satu jawatankuasa Masjid Jamek Kg Baru yang baru telah ditubuhkan untuk menjalankan kempen mengutip derma dengan lebih aktif lagi. Akhirnya Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM90,000.00 dan sekiranya terdapat kekurangan, orang ramai diminta meneruskan derma baktinya.
Maka dengan kehendak Allah, Masjid Kampung Baru telah terdiri dengan belanja sebanyak RM214,000.00 yang mana perletakan Batu Asas Binaan telah disempurnakan oleh YTM Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj pada tahun 1956. Kuliah Subuh Masjid Jamek Kg Baru mula diadakan pada awal tahun enam puluhan lagi oleh tuan-tuan guru antaranya Allahyarham Anuar Mussadad dan Allahyarham Tuan Haji Kiai Fathullah Harun dan disambung oleh tuan-tuan guru lain seperti Allahyarham Tuan Haji Mohd Tahir bin Jaafar, Allahyarham Tuan Haji Osman bin Mohd Noor (bekas Kadi Kuala Lumpur), Allahyarham Ustaz Haji Ahmad bin Ramli dan guru-guru yang lain hinggalah ke masa ini.
Pembangunan Masjid Jamek Kg Baru
Masjid Jamek Kg Baru ini secara fizikalnya berukuran 69,665 kaki persegi atau 6,472-meter persegi. Kapasiti untuk menampung jamaah dalam anggaran 7,000 orang jamaah dalam satu-satu masa terutamanya pada hari Jumaat.
Masjid Jamek Kg Baru ini juga dilengkapi dengan Dewan Solat Muslimin dan Muslimat, Pejabat Pentadbiran, Bilik Mesyuarat, Bilik Tetamu, Bilik Imam & Bilal, Bilik Pengurusan Jenazah, Ruang Dapur dan Perpustakaan. Dewan Solat Muslimin dan Muslimat yang dilengkapi dengan kemudahan penghawa dingin turut memberi keselesaan kepada para jamaah yang berkunjung.
Selain itu juga, terdapat Pusat Didikan Kanak-kanak Islam atau Tadika Islam Masjid Jamek Kg Baru yang mampu menempatkan 150 orang murid sahaja, 5 kelas dalam satu sesi 8.00 pagi – 11.00 pagi. Tadika MJKB ini mendapat sambutan amat baik di kalangan ibubapa dari segi pendaftaran masuk anak-anak mereka yang berumur 5 hingga 6 tahun yang terdiri daripada anak-anak kariah Kg Baru sendiri dan luar kariah Kg Baru. Tadika Masjid Jamek Kg Baru ini juga pernah menerima anugerah Tadika Cemerlang peringkat Wilayah Persekutuan pada tahun 2004 dan 2005 selain Ketua Guru Cemerlang 2001, Guru Cemerlang 2004.
Selain Tadika Masjid Jamek Kg Baru ini juga turut mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang pelajaran iaitu 85 % hingga 98 % dalam gred A hingga C. Pernah menjuarai Pertandingan Mengaji Al Quran sebanyak 4 kali, Pertandingan Nasyid dan Duga Akal, masing-masing 4 kali dan 3 kali.
Frequently Asked Questions (FAQs) About Masjid Jamek Kg Baru, Kuala Lumpur
Apakah perkara yang paling diingati orang mengenai Masjid Jamek Kg Baru di Kuala Lumpur apabila berada di Bulan Ramadhan?
Sudah pastinya Bulan Ramadhan bulan yang mulia dan menjadi kebiasaan bubur lambuk adalah perkara yang paling diingati apabila ditanya kepada orang ramai mengenai Masjid Jamek Kg Baru Kuala Lumpur. Kesedapan bubur lambuk Masjid Jamek Kg Baru Kuala Lumpur ini sehingga mendapat liputan luas di media massa dan stesen televisyen.
Bagaimana wujudnya Kampung Baru?
Sebenarnya nama Kampung Baru wujud atas dasar penyatuan dari beberapa buah kampung Melayu atau mukim. Pada kira-kira tahun akhir 1880 terdapat tujuh buah kampung yang kedudukannya berdekatan antara satu dengan yang lain. Penyatuan kampung-kampung tersebut telah dilakukan tahap demi tahap kerana masing-masing penduduk mahukan pentadbiran itu harus diterajui oleh mereka sendiri.
Misalnya Kampung Masjid telah menjadi sebahagian Kampung Baru pada tahun 1880, Kampung Periok pula dalam tahun 1890. Kampung Hujung Pasir telah masuk ke dalam Ikatan Perkampungan itu dalam tahun 1900. Dalam tahun-tahun berkutnya jelas kelihatan jumlah penduduk semakin bertambah.
Berita tentang kemakmuran penduduk-penduduk Kampung Baru telah diketahui umum khususnya oleh peniaga-peniaga yang berulang alik dari Kuala Lumpur ke Klang. Maka orang dari keturunan Jawa pula tidak mahu ketinggalan untuk mencari rezeki di situ. Dalam tahun 1906-pula ramai orang-orang Jawa berhijrah ke sini di suatu yang digelar Kampung Paya. Dalam tahun 1914 pula, Kampung Periok diterima masuk dengan pembahagian lot-lot tanah untuk tujuan penempatan.
Berapakah kapasiti jemaah di Masjid Jamek Kg Baru, Kuala Lumpur?
Hari ini, Masjid Jamek Kg Baru terpaksa menampung lebih dari 7,000 orang jamaah setiap hari Jumaat. Dan pada waktu sembahyang tidak kurang dari 500 orang berjamaah. Jumlah Masjid Jamek Kg Baru ini bertambah dari hari ke hari. Sebagaimana biasa kuliah tetap diadakan setiap malam selepas Maghrib sementara kuliah Subuh pula diadakan selepas Subuh hingga pukul 7.00 pagi setiap hari.
Selain Masjid Jamek Kg Baru, apalagi yang yang terlintas difikiran anda jika anda sampai di Kampung Baru Kuala Lumpur?
Selepas mendirikan solat fardhu atau solat jumaat, perkara yang paling menyeronokkan ialah mencari makanan masakan melayu. Anda boleh menikmati nasi lemak asli, nasi campur yang dijual ditepi jalan. Nasi Kandar LC Restaurant aka Line Clear juga ada disamping nasi padang masakan Indonesia.
*Source: masjidmjkb.org.my
Hashtag / Keywords
Web Directories
Welcome to our comprehensive web directories! Explore a world of information and resources tailored to your interests and needs. From travel adventures to financial solutions, hobbies, reviews, and more, our curated collection of links offers something for everyone. Click on the above links to start your journey towards discovering new experiences and expanding your horizons. Your next destination awaits!
- https://asiaworldtour.com: “Asia World Tour: Your Gateway to Asian and World Adventures”
- https://personalfinancingloan.com: “Personal Financing Loan: Your Path to Financial Freedom”
- https://hobbyforte.com: “HobbyForte: Discover Your Car Passion, Explore Your Interests”
- https://reviewsanything.com: “ReviewsAnything: Your Trusted Source for Honest Gadget Reviews”
- https://rumahmampumilik.com: “Rumah Mampu Milik: Your Affordable Homeownership Journey Begins Here”
- https://malaysiadigit.com: “MalaysiaDigit: Your Digital Destination for News and Insights”
- https://vipmalaysia.com: “VIP Malaysia: Elevate Your Experience in Malaysia”
- https://nordiyana.com: “Indulge in Elegance at Nordiyana: Latest Recipe and Culinary Inspirations”
- https://e-penyatagaji.com: “E-Penyata Gaji: Simplifying Payroll Management for You”
- https://googleasia.org: “Google Asia: Explore the World and Asia’s Wonders with Google Asia”
- https://malaysiafit.com: “Malaysia Fit: Your Partner in Health and Wellness”
- https://koperasi.info: “Koperasi: Building Communities, Empowering Lives”
- https://recipeinside.com: “RecipeInside: Unveiling Culinary Creations, Your Guide to Delicious Dishes”
- https://asiahealthcenter.com: “Asia Health Center: Your Source for Holistic Wellness Solutions”
- https://nationalhealthcenters.com: “National Health Centers: Your Source for Vital Health Information and Community Care”
- https://malaysiabit.com: “MalaysiaBit: Stay Informed, Stay Connected”
- https://epenyatagaji.com: “E-Penyata Gaji: Your Digital Payslip Solution”
- https://koperasi.work: “Koperasi Work: Collaborate, Innovate, Succeed”
- https://koperasi.business: “Koperasi Business: Driving Entrepreneurship, Fostering Growth
Contact Masjid Jamek Kg Baru Kuala Lumpur
Masjid Jamek Kg Baru,
Jalan Raja Alang, Kampung Baru,
50300 Kuala Lumpur
Telephone: 03-2691 3954