Keistimewaan Puding DiRaja ini adalah cara hidangannya yang sama sekali berbeza dengan puding-puding lain yang kebanyakkannya bahan campuran telah sebati sebagai satu hidangan. Ia pula dihidangkan dengan bahan-bahan yang berbeza di dalam satu bekas (analoginya adalah seperti rojak) iaitu secara berlapisan dalam satu bekas, dimulakan dengan pisang lemak manis yang digoreng, kemudian jala emas / urat emas, ditaburkan sedikit buah prun, buah ceri, biji gajus dan akhirnya dicurahkan kuah kastard.