Masjid Al Bukhary Kuala Lumpur Mosque Malaysia

Masjid Al Bukhary terletak di Jalan Hang Tuah Kuala Lumpur merupakan mercu tanda ikonik. Dapatkan info terperinci mengenai destinasi Islam di Malaysia dengan mengenalpasti dan mempelajari sejarah dan senibina setiap masjid di Malaysia.

Masjid Al Bukhary Kuala Lumpur Mosque Malaysia Summary

  • Attraction: Masjid Al Bukhary Kuala Lumpur Mosque Malaysia 
  • Location: KL Malaysia
  • Attraction Type: Mosque in Malaysia

Masjid Al Bukhary Kuala Lumpur Mosque Malaysia from Malaysia

Sejarah Masjid Al Bukhary Jalan Hang Tuah Kuala Lumpur

Pembangunan Masjid Al Bukhary ini adalah untuk menggantikan Surau Babul Jannah yang telah berusia 147 tahun dan telah pun dimakan usia. Masjid ini kemudian telah dinamakan sebagai Masjid AlBukhary mengambil sempena nama keluarga Pengasas Yayasan AlBukhary. Masjid ini dibina di atas tapak seluas 1 ekar di Lot 192, Seksyen 56, Mukim Bandar Kuala Lumpur.

Binaan Masjid Al Bukhary Kuala Lumpur

Pembinaan masjid ini bermula pada September 2004 dan telah siap sepenuhnya pada September 2006 iaitu mengambil masa selama 24 bulan dengan kos pembangunannya iailah sebanyak RM12 juta. Keluasan masjid ini ialah 2700-meter persegi di mana terdapat 2 Dewan Solat yang boleh menampung lebih kurang 1600 orang jemaah pada satu-satu masa. Keseluruhan konsep senibina masjid ini adalah bercirikan senibina Islam.

Asalnya Masjid Al Bukhary Kuala Lumpur adalah tanah surau lama dan sebahagiannya tapak perkuburan Islam yang diwakafkan oleh DYMM Sultan Selangor iaitu Almarhum Sultan Abdul Samad pada tahun 1860. Almarhum Baginda Sultan telah mengamanahkan Allahyarham Syed Lal Shah Albukhary untuk membangunkan serta menjaga surau ini yang telah diberi nama Babul Jannah.

Dua buah menara adalah diadaptasi daripada ciri-ciri yang terdapat di Masjid Nabawi, Madinah. Di samping itu juga terdapat sebuah kubah utama yang ditutupi seramik kaca yang diimport khas dari Itali dan bahagian dalam kubah utama pula dihiasi dengan corak-corak yang diadaptasi darpada kesenian Negara Timur Tengah. Elemen yang terdapat pada bahagian luar masjid adalah gabungan ciri-ciri kesenian Melayu dengan Negara-negara Timur Tengah.

Kemudahan dan Keistimewaan Masjid Al Bukhary Kuala Lumpur

Masjid Al Bukhary ini merupakan sumbangan amal jariah Yayasan Al-Bukhary kepada umat Islam khususnya masyarakat Islam dipersekitaran kariah masjid. Yayasan Albukhary juga mengambil tanggungjawab atas segala kos penyelenggaraan dan aktiviti-aktiviti keagamaan yang dijalankan di masjid ini.

Ia berada di Jalan Hang Tuah dan berdekatan Stesen RapidKL Hang Tuah, Stesen Monorail Hang Tuah, Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur, Times Square dan Penjara Pudu. Ia telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan. Kapasiti jemaah boleh memuatkan 1,600 orang, berada pada zon 3 dan beralamat di NO.1, JALAN HANG TUAH, 50200 KUALA LUMPUR.

*Source: masjid.islam.gov.my

Hashtag / Keywords

Masjid Al Bukhary Kuala Lumpur Mosque Malaysia

30, Jalan Radin Anum, Sri Petaling,
57000 Kuala Lumpur.
Telephone: 03-9221 0554

error: