Resepi Kueh Tiaw Ladna Udang Terlajak Sedap Nikmati Resepi Kueh Tiaw Ladna Udang yang enak dan penuh rasa, dihiasi dengan udang besar dan dimakan bersama...
Resepi Char Kuey Teow Padu – Rahsia Masakan Authentic & Sedap
Char Kuey Teow merupakan hidangan kegemaran ramai di Malaysia, dikenali dengan rasa yang padat, harum dan menyelerakan. Dengan resepi ini, anda akan dapat menyediakan Char Kuey Teow yang padu, seperti di gerai kegemaran anda! Ketahui rahsia menghasilkan Char Kuey Teow paling sedap di rumah dengan langkah-langkah mudah.
Apa Itu Char Kuey Teow?
Char Kuey Teow ialah hidangan mi goreng yang menggunakan kuey teow (mi leper), biasanya digoreng bersama bahan-bahan seperti tauge, telur, udang, kerang, dan kicap khas. Masakan ini menjadi simbol hidangan jalanan Malaysia yang kaya dengan rasa.
Bahan-Bahan Resepi Char Kuey Teow Padu
Untuk mendapatkan rasa benar-benar ” ummph” Resepi Char Kuey Teow Padu ini mempunyai bahan-bahan kuah dan menggoreng sepert senarai dibawah:
Bahan-bahan Kuah
Perhatikan bahan-bahan membuat kuah Char Kuey Teow seperti dibawah.
- 10 ke 15 ekor Udang anggaran
- 2 biji bawang besar saiz sederhana
- 7 ulas bawang putih
- 4 sudu besar cili kering kisar
- 1 1/2 cube pati ikan bilis
- 10 sudu besar kicap biasa
- 2 sudu besar sos tomato
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar petis udang
- 2 sudu besar sos ikan
- 2 sudu besar gula
- Sedikit garam
Bahan Menggoreng
Untuk menggoreng pula, bahan-bahan yang diperlukan seperti senarai dibawah.
- 1 paket Kuey Teow halus
- Telur
- Taugeh
- Daun Kucai
Cara Memasak Char Kuey Teow Padu
Panduan seterusnya adalah cara memasak kuah dan cara menggoreng Char Kuey Teow supaya hasilnya padu dan terbaik. Perhatikan satu persatu langkah demi langkah.
Cara Memasak Kuah
- Kisar bawang besar dan bawang putih. Simpan untuk digunakan kemudian.
- Saki baki bawang dalam blander boleh guna. Campurkan air, kocak dan tuang dalam periuk. Didihkan bersama 5 cawan air.
- Rebus udang dalam 5 ke 10 minit dan toskan (Simpan air udang untuk kuah).
- Udang yang sudah direbus diasingkan bahagian kepala. Ambil 10 ekor kepala udang, kisar bersama sedikit air rebusan tadi.
- Kemudian tapis untuk dapat pati udang. Campur pati udang ke dalam air rebusan itu semula. Ketepikan dulu.
- Panaskan minyak masak dan tumis bawang kisar.
- Apabila sudah naik bau, masuk cili kering kisar. Kacau sebati sampai pecah minyak.
- Masukkan kicap biasa anggaran 10 sudu besar. Kacau hingga sebati.
- Masukkan 2 sudu besar sos tiram.
- Masukkan 2 sudu besar sos tomato.
- Setelah pecah minyak tuang air rebusan udang.
- Masukkan 1 1/2 kiub pati ikan bilis.
- Masukkan 2 sudu besar sos ikan
- Masukkan 1 1/2 sudu besar petis udang.
- Masukkan juga 2 sudu besar gula.
- Garam secukup rasa.
- Apabila sudah siap, tunggu kuah sejuk dan letak dalam bekas (untuk kegunaan akan datang).
Cara Menggoreng
- Panaskan minyak masak dalam 4 sudu. Masuk 2 ekor udang dah rebus tadi. Laraskan api paling kuat.
- Simbah kuah char kuey teow 4 senduk saiz sederhana.
- Masukkan segenggam keuw teow.
- Masukkan taugeh dan daun kucai.
- Masukkan sebiji telur, kacau dan tutup api.
Tip Tambahan
- Masak dengan api besar untuk mendapatkan aroma ‘wok hei’ yang asli. Jangan masak terlalu lama supaya kuey teow tidak lembik.
- Untuk Resepi Char Kuey Teow Homemade Padu Habis, anggaran kuah boleh dimasak lebih 10 pinggan. Ada lebihan boleh simpan dalam peti sejuk. Bila teringin, terus masak Char Keow Teow.
Kebaikan Memasak Char Kuey Teow di Rumah
- Kawal Bahan-Bahan: Anda boleh menyesuaikan tahap kemasinan, manis, dan pedas mengikut citarasa.
- Lebih Bersih dan Sihat: Tiada bahan pengawet dan boleh gunakan minyak yang lebih sihat.
- Kos Lebih Jimat: Tidak perlu membayar lebih di luar, tetapi tetap dapat rasa yang memukau.
Rasai Kelazatan Char Kuey Teow Padu Anda
Tidak perlu keluar untuk menikmati hidangan ini! Dengan resepi Char Kuey Teow padu ini, anda boleh menghasilkan hidangan yang enak dan memikat hati keluarga di rumah. Jangan tunggu lagi—cubalah sekarang dan rasai sendiri kelazatannya. Sudah teruja untuk memasak? Kongsi pengalaman anda membuat Char Kuey Teow padu ini dengan keluarga dan rakan-rakan, dan tinggalkan komen tentang hasilnya di bawah!
Fakta Pemakanan Char Kuey Teow Padu
Untuk hidangan ini, setiap satu bahagian (mengikut resepi untuk 4 orang) mengandungi kira-kira:
Nutrien | Kuantiti setiap hidangan |
---|---|
Kalori | 350-400 kcal |
Protein | 20-25 g |
Karbohidrat | 45-50 g |
Lemak | 10-15 g |
Serat | 2-3 g |
Natrium | 800-1000 mg |
Nota Penting: Nilai pemakanan mungkin berbeza bergantung kepada saiz hidangan dan jenis bahan yang digunakan. Untuk versi yang lebih sihat, kurangkan penggunaan minyak, pilih kicap rendah natrium, atau tambahkan lebih banyak sayur-sayuran!
Resepi Aneka Masakan Berasaskan Kuey Teow Terbaik Mesti Anda Cuba
Anda mesti cuba resepi-resepi kuey teow terbaik kerana ianya mudah, sedap dan menyelerakan. Pelajari sekarang dan mulakan hari anda dengan pelbagai jenis masakan setiap hari!
Resepi Char Kuey Teow Padu: Rahsia Masakan Jadi Sedap
Resepi Char Kuey Teow Padu – Rahsia Masakan Authentic & Sedap Char Kuey Teow merupakan hidangan kegemaran ramai di Malaysia, dikenali dengan rasa yang padat,...
Web Directories
Explore a wide range of information and resources tailored to your interests. Whether you’re looking for travel inspiration, financial tips, hobby ideas, product reviews, or more, our carefully selected links have something for everyone. Click the links above to start your journey toward discovering new experiences and expanding your horizons. Your next adventure is just a click away!
- https://asiaworldtour.com: “Asia World Tour: Your Gateway to Asian and World Adventures”
- https://personalfinancingloan.com: “Personal Financing Loan: Your Path to Financial Freedom”
- https://hobbyforte.com: “HobbyForte: Discover Your Car Passion, Explore Your Interests”
- https://reviewsanything.com: “ReviewsAnything: Your Trusted Source for Honest Gadget Reviews”
- https://rumahmampumilik.com: “Rumah Mampu Milik: Your Affordable Homeownership Journey Begins Here”
- https://malaysiadigit.com: “MalaysiaDigit: Your Digital Destination for News and Insights”
- https://vipmalaysia.com: “VIP Malaysia: Elevate Your Experience in Malaysia”
- https://nordiyana.com: “Indulge in Elegance at Nordiyana: Latest Recipe and Culinary Inspirations”
- https://e-penyatagaji.com: “E-Penyata Gaji: Simplifying Payroll Management for You”
- https://googleasia.org: “Google Asia: Explore the World and Asia’s Wonders with Google Asia”
- https://malaysiafit.com: “Malaysia Fit: Your Partner in Health and Wellness”
- https://koperasi.info: “Koperasi: Building Communities, Empowering Lives”
- https://recipeinside.com: “RecipeInside: Unveiling Culinary Creations, Your Guide to Delicious Dishes”
- https://asiahealthcenter.com: “Asia Health Center: Your Source for Holistic Wellness Solutions”
- https://nationalhealthcenters.com: “National Health Centers: Your Source for Vital Health Information and Community Care”
- https://malaysiabit.com: “MalaysiaBit: Stay Informed, Stay Connected”
- https://epenyatagaji.com: “E-Penyata Gaji: Your Digital Payslip Solution”
- https://koperasi.work: “Koperasi Work: Collaborate, Innovate, Succeed”
- https://koperasi.business: “Koperasi Business: Driving Entrepreneurship, Fostering Growth”