Resipi Apam Nasi Gebu: Mudah Disediakan untuk Santapan Petang
Jika anda ingin membuat kuih pada hujung minggu, Resipi Apam Nasi gebu adalah salah satu menu yang ringkas dan disukai. Dengan pelbagai warna yang anda boleh hasilkan seperti warna merah, hijau, kuning, coklat keemasan atau apa sahaja warna menjadikan apam nasi adalah santapan untuk minum petang bersama keluarga. Mari kita dapatkan resipi ini.
Dengan menggunakan nasi sejuk yakni baki nasi yang tinggal pada semalam, anda boleh menghasilkan sesuatu dari hanya membuat nasi goreng bukan? Diharap resipi ini mendapat manfaat kepada puan-puan sekalian.
Bahan-Bahan
Bahan utama yang diperlukan adalah nasi putih. Berikut adalah bahan-bahan yang digunakan: –
Bahan-Bahan
- 1 1/2 Cawan Air
- 1 Cawan Nasi
- 3/4 Cawan Gula
- 1 Cawan Tepung Beras
- 1 Cawan Tepung Gandum
- 1 Sudu Kecil Yis
- Pewarna Makanan
- Kelapa Parut
- Garam
Cara Memasak
Cara penyediaan Apam Nasi Gebu tidak sesukar mana seperti kuih tradisional melayu yang lain. Tetapi apa yang penting disini adalah anda perlu mengetahui teknik yang betul supaya kuih ini kembang dan gebu. Langkah-langkah untuk memasak seperti dibawah: –
- Masukkan air dalam blender.
- Kemudian masukkan nasi sejuk dan kisar hingga hancur.
- Masukkan pula gula. Kisar lagi sehingga hancur dan biarkan adunan seketika.
- Ayak tepung beras dan tepung gandum juga yis.
- Kemudian, masukkan bahan-bahan yang telah diayak tadi ke dalam blender. Masukkan sedikit demi sedikit supaya senang nak blend. Kalau blender anda tersekat, jangan masukkan air tapi gunakan sudu untuk kacau dan blend lagi sehingga sebati.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian untuk diletakkan pewarna. Ataupun tidak perlu letakkan pewarna pun boleh supaya apam nasi anda nampak seperti apam ori.
- Seterusnya perap adunan 3-4 jam atau sehingga adunan naik dan kembang supaya apam nasi kita menjadi gebu.
- Setelah kembang elok, bolehlah sediakan acuan. Gunakan loyang atau jika ada acuan untuk membuat nona manis/lompang boleh lah gunakan. Saya guna acuan lompang.
- Sapu acuan dengan sedikit minyak supaya kuih tidak melekat apabila msak nanti.
- Masukkan adunan ke dalam acuan sebanyak 3/4 acuan.
- Kukus menggunakan alat pengukus yang telah panas selama lebih kurang 15 minit atau sehingga masak. Jika guna loyang, boleh kukus lebih kurang 20-30 minit atau sehingga masak.
- Sementara menunggu apam nasi masak, sediakan kelapa parut. masukkan secubit garam dan gaulkan.
- Kukus kelapa parut lebih kurang 5 min supaya lambat basi.
- Apabila apam nasi sudah siap, bolehlah hidangkan bersama-sama dengan kelapa parut. Sedia untuk di makan.
Selamat mencuba!
Kredit: Maiza Azlyn
Reviews
Anda boleh menghasilkan sendiri Apam Nasi yang gebu dan enak dimakan seisi keluarga. Resipi ini tidak memerlukan modal yang besar untuk menyediakannya. Dan kuih ini juga tahan selama beberapa hari jika disimpan dalam peti sejuk.
Apam Nasi Gebu adalah sajian minum petang yang sangat digemari oleh semua golongan masyarakat. Biasanya menu minum petang disediakan dengan bahan-bahan yang mudah dan cara penyediaan yang ringkas. Menu minum petang biasanya terdiri daripada kuih muih yang manis-manis atau masakan bergoreng dan perlukan sos pencicah. Anda boleh dapatkan banyak koleksi menu minum petang atau apa sahaja resipi di laman web kami.
