Chef Kamarul

 

Chef Kamarul adalah seorang selebriti chef yang lahir di Malaysia dan kini menetap di Australia. Beliau adalah seorang chef yang sangat dikenali kerana kepakaran beliau dalam masakan yang tiada tolok tandingnya. Sering keluar dalam pelbagai program masakan di stesen TV Malaysia iaitu TV3 dan TV1, Chef Kamarul kini sedang mengusahakan sebuah restoran yang diberinama Kopitalk Coffee yang terletak di Gold Coast, Queensland Australia.

Jika dilihat dari Facebook Chef Kamarul Selebrity Chef Malaysia di https://www.facebook.com/chefkamarulfanpage, Chef Kamarul menjadi duta kepada produk Aurasia iaitu “Inspired by SouthEast Asia’s melting pot of multi-cultures, traditions, and its unique yet exquisite culinary delights, Aurasia embodies the Asian essence with its blend of Asian influences fused into its repertoire of innovative kitchenware”.

Biodata

Idola

Menurut Chef Kamarul, ramai chef yang menjadi inspirasi beliau untuk terus berjaya dan menempatkan diri di luar negara. Chef Kamarul juga tidak lokek berkongsi pengalaman panis manis menjalankan perniagaan berasaskan masakan warisan Melayu di luar negara.

Pasti ramai kenal Tok Din yg sangat popular di kota London. Tok Din juga antara inspirasi saya sebelum saya memulakan Kopitalk di Gold Coast selain Dato Khatijah Ibrahim (Auckland) dan Allahyarham Abdullah Chik (Sydney) yg lebih awal bertapak semasa saya masih dibangku sekolah.

Chef Kamarul juga mendapat jemputan untuk membuat demostrasi masakan dan menyampaikan talk sempena Symposium Makanan Warisan anjuran Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan UiTM dan Jabatan Warisan Negara dan anda boleh turut serta dalam program ini.

Signature Recipes

Berikut adalah resipi yang dihasilkan oleh Chef Kamarul. Semoga anda mendapat manfaat dari perkongsian ini.

Sizzling Yee Mee oleh Chef Kamarul: Resepi Mudah

Chef Kamarul Celebrity Chef in Malaysia

More posts

error: