Taman Pudu Ulu Recreation Park Kuala Lumpur

Taman Pudu Ulu adalah taman rekreasi yang terletak di Kuala Lumpur, di belakang Bangunan PGRM. Terdapat pentas untuk zumba, trek joginglatihan kecergasan dan kolam mandi kanak-kanak dalam taman yang diselenggara oleh DBKL. Dapatkan informasi mengenari tempat menarik di Malaysia.

Taman Pudu Ulu Recreation Park Kuala Lumpur Summary Summary

  • Attraction: Taman Pudu Ulu Recreation Park Kuala Lumpur
  • Location: KL Malaysia
  • Attraction Type: Recreational Park in Malaysia

Taman Pudu Ulu Recreation Park Kuala Lumpur from Official

Taman Pudu Ulu mempunyai keluasan sebanyak 25.9 hektar atau 64 ekar yang terletak di kawasan Cheras berdekatan Taman Shamelin Perkasa di sebelah timur dan bangunan PGRM di sebelah baratnya. Taman Pudu Ulu Fasa 1 telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Zulhasnan Rafique, Menteri Wilayah Persekutuan pada 15 Disember 2007. Pada 26 Oktober 2013, Majlis Pelancaran SAHABAT Taman Pudu Ulu telah dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Loga Bala Mohan, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan. Penubuhan persatuan SAHABAT ini telahpun diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

Pada 29 Oktober 2015 pula adanya Majlis Pecah Tanah bagi Pembinaan Taman Pudu Ulu Fasa 2 telah dilancarkan oleh YB. Datuk Seri Utama Tengku Adnan bin Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan. Pembangunan Fasa 2 taman ini pula telah dirasmikan pada 10 April 2017 dan dirasmikan oleh YB. Datuk Seri Utama Tengku Adnan bin Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan.

Taman Pudu Ulu ini telah mula dicadangkan pada tahun 1997 tetapi tergendala disebabkan oleh kegawatan ekonomi yang melanda pada waktu tersebut. Disebabkan masalah tersebut, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur terpaksa mengurangkan kos perbelanjaan dalam projek pembangunan ini. Pada tahun 1998 DBKL telah mengusahakan sedikit demi sedikit projek ini iaitu meratakan kawasan tapak projek dan menanam pokok-pokok sebagai kawasan pokok / treebank.

Akhir tahun 1999 Millennium Planting sebanyak 700 batang pokok yang dianjurkan oleh Jabatan Landskap Negara. Majlis Pengurusan Tertinggi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah mengarahkan supaya projek taman ini dikaji semula dari segi keadaan tapak serta konsep pembangunan untuk ditender semula pada tahun 2000. Penghujung tahun 2000 DBKL telah melaksanakan pembinaan padang ragbi di kawasan taman tersebut.

Taman Pudu Ulu mempunyai keluasan sebanyak 25.9 hektar atau 64 ekar yang terletak di kawasan Cheras berdekatan Taman Shamelin Perkasa di sebelah timur dan bangunan PGRM di sebelah baratnya. Tanah yang luas dapat menampung pelbagai aktiviti fizikal dan riadah warga kota.

Konsep pembangunan Taman Pudu Ulu adalah berasaskan keperluan rekreasi air dan beriadah di masa lapang. Taman ini juga memiliki ‘wading pool’ pertama yang dibina oleh DBKL di taman awam dan dibuka secara percuma kepada wargakota.

More Taman Pudu Ulu Recreation Park Kuala Lumpur

Pembangunan Taman Pudu Ulu Cheras ini diwujudkan dengan kemudahan bercirikan Taman Metropolitan bahkan juga direkabentuk untuk semua peringkat umur dari kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga tua. Kemudahan untuk warga tua dan orang kelainan upaya ‘OKU’ juga diberi perhatian serius dalam konsep pembangunan bagi taman ini. Pembangunan taman ini juga adalah selaras dengan hasrat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk menyediakan lebih banyak kemudahan dan kawasan rekreasi bagi penduduk setempat dan memperbanyakkan kawasan hijau di Kuala Lumpur

Bagi mereka yang berminat untuk menganjurkan aktiviti secara ‘outdoor’ seperti Hari Keluarga, Penggambaran dan lain-lain, bolehlah membuat tempahan melalui Jabatan Pembangunan Landskap dan rekreasi di talian 03-26176396 / 6402. Waktu taman dibuka bermula dari jam 6.00 pagi hingga 8.00 setiap hari. Para pengunjung diharap dapat mematuhi Undang-Undang Kecil Taman 2012 untuk memastikan keselesaan semua.

Taman Pudu Ulu Recreation Park ni dibuka pada 10 April 2017 dan terdapat banyak kemudahan untuk pengunjung seperti taman permainan kanak-kanak, trek joging, kawasan lapang untuk ‘gathering’ keluarga, tandas dan surau. Dan kemudahan paling hebat adalah boleh kolam mandi-mandi kanak-kanak dalam kawasan taman kerana ia seperti taman tema air. Terdapat juga kawasan berbumbung dan pentas untuk melakukan aktiviti senaman seperti aerobic, zumba dan aktiviti lain. Anda boleh menyertai Parkrun sejauh 5km bagi kekal aktif.

Waktu operasi kolam Taman Rekreasi Pudu Ulu Cheras Kuala Lumpur adalah seperti berikut:

Selasa, Rabu, Jumaat: 4.00 petang – 7.00 petang
Isnin dan Khamis: Tutup untuk cuci kolam termasuk cuti umum
Sabtu dan Ahad: 9.00 pagi – 12.00 tengahari, 4.00 petang – 7.00 malam

Anda dinasihatkan untuk tidak membawa sebarang makanan semasa mandi bagi menjaga kebersihan kolam mandi.

*Credit: dbkl.gov.my, lensapijut.blogspot.com/

Hashtag / Keywords

Taman Pudu Ulu Recreation Park Kuala Lumpur Reviews

Customer Reviews

Best Boleh Mandi Manda Semuanya Percuma di Taman Pudu Ulu

Ini adalah tempat rekreasi terbaik di KL. Kerana apa? Kerana semuanya percuma. Masuk larian pun percuma. Parking percuma. Mandi kat sini pun percuma. Apa lagi nak gi jauh-jauh. Malaysia tempat terbaik lah bro. Jangan pergi tempat lain. Ibu bapa boleh berkelah dan berjoging dan kakak pula boleh senam robik dan zumba. Memang terbaik tempat ini bro!

Mohd Adzli Izhar

Pegawai Polis

Taman Pudu Ulu Segalanya di sini Memang Gempak

Ini bukan luar negara tau. Ini Cheras. Tempat yang antara paling sibuk di KL pun boleh ada kolam mandi percuma dan kemudahan berjoging yg best. Sekali lagi saya ulang ini bukan luar negara tau. Ini Cheras. Terbaik sangat-sangat tempat ini.

Mamat Kassim

Penyair

Contact Taman Pudu Ulu Recreation Park Kuala Lumpur

Taman Pudu Ulu,
Cheras Kuala Lumpur
Telephone: 03-26176396 / 6402

error: