Pelancong Mengimarahkan Masjid Abu Bakar Tanah Rata
Inilah masjid, dan pengunjung yang baru sampai naik bas ekspress. Saya nampak ada juga pengunjung non-Muslim masuk ke masjid dan tidak dihalang. Alhamdulillah sekiranya jaga adab, dan kemudahan tandas serta kawasan berehat disediakan dengan baik, tiada masalah mereka menikmati rahmat Islam di dalam kawasan masjid.
Ada beberapa gerai sarapan pagi yang dibuka sejak sebelum subuh lagi. Saya recommend makan di arked sebelah Agro Bank Tanah Rata. Masakannya fresh, dimasak di premis. Harganya, tidaklah mahal sangat. Bihun kosong, RM2. Nasi lemak telur mata, RM3.
Bukan mudah untuk bercuti dengan anak-anak kecil. Nak melayan ragam masing-masing, kena banyak bersabar. Setiap hari kononnya nak gerak keluar jam 7 pagi, sarapan di luar, tetapi realitinya untuk kami, agak sukar. Tiada pilihan lain, melainkan sarapan di rumah sahaja. Paling awal kami dapat gerak keluar rumah ialah pada jam 8:30 pagi.
Hari ini ialah hari Jumaat. Bagi beberapa buah negeri, cuti sekolah telah bermula. Kami jangka mungkin CH semakin sibuk. Lalu destinasi pertama kami pada pagi hari ketiga ini, ialah membeli barang cenderahati. Destinasi pilihan kami, ialah di Central Market Brinchang. Harga barangan cenderahati seperti keychain, fridge magnet dan tshirt agak murah di sini. Baju kanak-kanak ada yang semurah RM10.