Empang Jaleh, Pahang, Malaysia

Best Activity in Empang Jaleh Kuala Lipis Pahang

Looking for things to do in Empang Jaleh, Pahang? Enjoy a range of activities including kayaking, golfing, nature and bird watching, fishing, and camping. Click here to explore all the exciting options.

Empang Jaleh, Pahang, Malaysia: Summary

  • Attraction: Empang Jaleh, Kuala Lipis
  • Location: Pahang, Malaysia
  • Attraction Type: Waterfall in Malaysia

Empang Jaleh, Pahang, Malaysia

About Empang Jaleh Kuala Lipis, Pahang

Empang Jaleh is a recreational lake that is located 14km west of Kuala Lipis and 115km from Kuala Lumpur. It is more than 184.35 acres big. It is a perfect place to relax and wind down with your family. Empang Jaleh Golf Field was taken over by majlis Daerah Lipis on 1st of July 2001 and is still active nowadays. At Empang Jaleh Golf Field, there is an 18-hole golf course with short but challenging fairways and rolling greens.

Service Charges and Fee

The service for buggy and turf mate at Empang Jaleh Gold Field will be charged as below:

  • Monthly fees (Members) – RM 31.50 per month
  • Buggy – 18 holes RM 42.00, 9 holes RM 21.00
  • Turf mate – 18 holes RM 25.20, 9 holes RM 12.60
  • Green Fees – 18 holes RM 31.50, 9 holes RM 15.75

Sejarah Empang Jaleh, Pahang, Malaysia

Penulis :
Mohd Rosli bin Awang Besar
(Guru – SMK Padang Tengku)
Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Lipis

Pengenalan Mengenai Lombong Emas Empang Jaleh

Semenanjung Tanah Melayu merupakan negeri pengeluar “emas” yang utama di dunia pada zaman dahulu. Hakikat ini bukan dongengan kerana seorang ahli geografi Yunani telah menggelarkan semenanjung ini sebagai “Golden Chersonese”, manakala para pedagang India pula menamakan Semenanjung Tanah Melayu sebagai ‘Survarnabbumi’ (Semenanjung Emas) kerana tempat ini ternyata amat kaya dengan “emas”.

Di Ulu Pahang, beberapa kawasan telah dikenal pasti banyak mengandungi emas seperti Selinsing (Ulu Jelai), Sg. Serau (Ulu Jelai), Sg. Tanum (Tanum), Tersang (Semantan), Kechau Tui (Kecau), Kampung Melaka (Kecau), Penjom (Kuala Lipis), Budu, dan Raub. Kegiatan awal melombong emas ini dipercayai diusahakan oleh orang Siam, orang Melayu Patani, orang Melayu Melaka, orang Asli, dan kemudiannya disusuli oleh orang-orang Minangkabau, dan orang Cina.

Sejarah Lombong Emas Empang Jaleh Bahagian 1

Sebenarnya, emas yang dihasilkan di Ulu Pahang pernah diniagakan di Melaka zaman kolonial Portugis.[1] Pada akhir abad ke-19M, emas mula dilombong secara komersil di Raub oleh Australian Gold Mining Company (1889). Dalam tempoh 50 tahun, syarikat Australia ini telah berjaya mengeluarkan sejumlah 24,700-gram emas. Namun begitu, pada tahun 1960-an, bekalan emas di Raub semakin berkurangan, dan akhirnya syarikat berkenaan membuat keputusan untuk menghentikan operasinya kerana khuatir mengalami kerugian yang lebih besar.[2]

Di Lipis, lokasi “lombong emas” yang penting terletak di hulu Sungai Periu dalam Mukim Penjom. Perusahaan lombong emas ini dipercayai mula-mula diusahakan oleh orang Siam sejak abad ke-15M lagi. Setelah orang-orang Siam berundur dari bumi Pahang selepas ketewasan Maharaja Dewa Sura (1454M) ditangan Seri Bija Diraja Tun Hamzah (Pembesar Melaka), [3] maka lombong emas ini dipercayai terus beroperasi dengan usaha oleh orang-orang Melayu Pahang keturunan Melaka, orang Minangkabau, dan juga orang Asli secara skala kecil sehingga meletusnya Perang Saudara (1857-1863M) di seluruh Pahang.

Namun begitu, “Lombong Emas Penjom” dibuka semula apabila Kapitan Cina Lipis melabur wang sebanyak $30,000 dan mengupah pekerja-pekerja Cina dan Melayu (1883),[4]. Kemudian, lombong tersebut bertukar tangan diambil alih oleh syarikat orang Eropah, iaitu : “Penjom Gold Mine” di mana sewaktu Sir Hugh Charles Clifford (Pegawai British – Jurubahasa) melawat lombong tersebut pada 4 Mac 1887M, Encik Stuart berkhidmat sebagai Pengurus Syarikat.

Sejarah Lombong Emas Empang Jaleh Bahagian 2

Pada tahap awal operasi, usaha melombong ini tidak begitu berjaya kerana empang yang dibina sentiasa pecah.[5] Sejauh mana teguh pun empang yang dibina, ia tetap juga pecah. Kejadian yang amat luar biasa ini amat menyusahkan fikiran pemaju lombong. Jika hal ini berterusan sudah tentu syarikat pemaju akan mengalami kerugian besar. Sebagai jalan keluar, pekerja-pekerja lombong meminta khidmat seorang pawang bernama Pawang Jaleh.

Dengan izin Allah swt melalui bantuan Pawang Jaleh dan pekerja-pekerja lombong, empangan yang pecah itu dapat dibina semula, dan tidak lagi pecah seperti sebelumnya. Berikutan dengan kejadian ini, lalu empangan di Penjom itu dinamakan Empang Jaleh mengambil sempena nama pawang tersebut. Sekarang projek “Lombong Emas Empang Jaleh” diberi nama Projek Emas Penjom (Penjom Gold Project) di bawah pengurusan Syarikat Specific Resources Sdn. Bhd. yang dimiliki sepenuhnya oleh Avocet Ventures Inc.[6] Rekod Syarikat Avocet Inc. menunjukkan bahawa Projek Emas Penjom ini merupakan projek yang paling berjaya. setelah “emas” banyak ditemui di Empang Jalih.

Sejarah Lombong Emas Empang Jaleh Bahagian 3

Bagi meningkatkan keupayaan projek, syarikat berkenaan kemudiannya telah bekerjasama dengan Syarikat Perunding Jurutera Melombong Yeow yang cukup berpengalaman untuk menyediakan pelan strategik pembangunan lombong, termasuk kajiannya terhadap alam sekitar. Kajian penilaian Jabatan Alam Sekitar menunjukkan keputusan positif bahawa tidak akan wujud kesan buruk ke atas alam sekitar dengan pelaksanaan projek ini.[7]

Pelaksanaan Projek Emas Penjom banyak memberi pelbagai manfaat kepada masyarakat tempatan seperti : menyediakan pekerjaan am (165 orang), pakar carigali (60 orang), pakej latihan, dan kemudahan infrastruktur.[8] Justeru, Lombong Emas Empang Jaleh, bukan sahaja merupakan sumber ekonomi Pahang yang penting, tetapi lombong tertua ini terus menempa sejarahnya yang panjang merentasi zaman.

  • [1] Lihat Anggota Persatuan Penerbit Buku Malaysia, 2002.
  • [2] Norizan Yusof (2003), Sejarah Malaysia, Shah Alam : Federal Pub., hlm. 43
  • [3] Zakaria Hitam, Dato’ (1991), Asal Usul Nama Tempat Bersejarah, Pekan: Lembaga Muzium Negeri Pahang., hlm. 81.
  • [4] Buyong Adil (1972), Sejarah Pahang, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka., ms. 191 Tarikh ini diambil kerana Sultan Ahmad Al-Muazzam Syah mula memajakkan beberapa kawasan tanah untuk lombong dan pertanian di Pahang (1883) dengan mempelawa pemodal-pemodal Cina seperti Goh Swee Sui (hartawanm Singapura).
  • [5] Ibid.
  • [6] Projek ini merupakan usahasama Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) dan Luckfrost Limited (anak Sarikat Avocet). Projek ini adalah perancangan Kerajaan Negeri Pahang semasa Tan Sri Dato’ Haji Mohd Khalil Yaakob menjadi Menteri Besar Pahang.
  • [7] Kajian ini telah diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar (1994), dan Sijil Pelombongan telah dikeluarkan pada tahun 1995 selepas proses permohonan diluluskan oleh Pejabat Daerah Lipis.
  • [8] Kemudahan infrastruktur ini nanti akan diserahkan kepada Pejabat Daerah Lipis apabila tempoh pelaksanaan projek ini selesai.

Sumber Rujukan:

  • Anggota Persatuan Penerbit Buku Malaysia (2002), Malaysia Kita. Kuala Lumpur: Direct Art Company.
  • Avocet Ventures Inc. dan Specific Resources Sdn. Bhd,, Penjom Gold Project. England: Royle Print Limited.
  • Buyong adil (1972), Sejarah Pahang, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Majlis Daerah Lipis, Tempat-tempat Bersejarah Lipis, Kuala Lipis : MDL.
  • Norizan Yusof, 2003. Sejarah Malaysia. Shah Alam: Federal Publications Sdn. Bhd.
  • Zakaria Hitam, Dato’ (1991), Asal Usul Nama Tempat Bersejarah, Pekan: Lembaga Muzium Negeri Pahang.

Web Directories

Welcome to our comprehensive web directories! Explore a world of information and resources tailored to your interests and needs. From travel adventures to financial solutions, hobbies, reviews, and more, our curated collection of links offers something for everyone. Click on the above links to start your journey towards discovering new experiences and expanding your horizons. Your next destination awaits!

  1. https://asiaworldtour.com: “Asia World Tour: Your Gateway to Asian and World Adventures”
  2. https://personalfinancingloan.com: “Personal Financing Loan: Your Path to Financial Freedom”
  3. https://hobbyforte.com: “HobbyForte: Discover Your Car Passion, Explore Your Interests”
  4. https://reviewsanything.com: “ReviewsAnything: Your Trusted Source for Honest Gadget Reviews”
  5. https://rumahmampumilik.com: “Rumah Mampu Milik: Your Affordable Homeownership Journey Begins Here”
  6. https://malaysiadigit.com: “MalaysiaDigit: Your Digital Destination for News and Insights”
  7. https://vipmalaysia.com: “VIP Malaysia: Elevate Your Experience in Malaysia”
  8. https://nordiyana.com: “Indulge in Elegance at Nordiyana: Latest Recipe and Culinary Inspirations”
  9. https://e-penyatagaji.com: “E-Penyata Gaji: Simplifying Payroll Management for You”
  10. https://googleasia.org: “Google Asia: Explore the World and Asia’s Wonders with Google Asia”
  11. https://malaysiafit.com: “Malaysia Fit: Your Partner in Health and Wellness”
  12. https://koperasi.info: “Koperasi: Building Communities, Empowering Lives”
  13. https://recipeinside.com: “RecipeInside: Unveiling Culinary Creations, Your Guide to Delicious Dishes”
  14. https://asiahealthcenter.com: “Asia Health Center: Your Source for Holistic Wellness Solutions”
  15. https://nationalhealthcenters.com: “National Health Centers: Your Source for Vital Health Information and Community Care”
  16. https://malaysiabit.com: “MalaysiaBit: Stay Informed, Stay Connected”
  17. https://epenyatagaji.com: “E-Penyata Gaji: Your Digital Payslip Solution”
  18. https://koperasi.work: “Koperasi Work: Collaborate, Innovate, Succeed”
  19. https://koperasi.business: “Koperasi Business: Driving Entrepreneurship, Fostering Growth

*Souce: pahangtourism.org.my, psmkawasanlipis.blogspot.com

Frequently Asked Questions (FAQs) About Empang Jaleh, Pahang, Malaysia

What are the best activities in Empang Jaleh, Kuala Lipis you can do?

Activities are:

  • Bird watching
  • Kayaking
  • Golfing
  • Nature Appreciation
  • Walking & Jogging
  • Fishing
  • Camping

Bagaimana nama Empang Jaleh tercipta?

Dengan izin Allah swt melalui bantuan Pawang Jaleh dan pekerja-pekerja lombong, empangan yang pecah itu dapat dibina semula, dan tidak lagi pecah seperti sebelumnya. Berikutan dengan kejadian ini, lalu empangan di Penjom itu dinamakan Empang Jaleh mengambil sempena nama padfdfasfsaadsadsadsfd

Hashtag / Keywords

Empang Jaleh, Pahang, Malaysia

Empang Jaleh, P.O.Box 49,
27200, Kuala Lipis, Pahang, Malaysia,
Telephone: + 609-3121 253 / 3121 433
Fax: + 609-3123 953

error: