Taman Negara Jerantut, Pahang, Malaysia
Taman Negara Jerantut adalah destinasi terbaik di Malaysia yang anda mesti pergi. Aktiviti seperti perkhemahan, jungle trekking, night safari, meninjau burung, berakit, Kelah Sanctuary dan panjat Gunung Tahan adalah kegeramaran semua yang datang ke sini. Baca lanjut mengenai destinasi di Malaysia seperti gua, pantai yang cantik, keindahan alam semulajadi, kepelbagaian budaya dan makanan pilihan dan lain-lain.
Taman Negara Jerantut, Pahang, Malaysia: Summary
- Attraction: Taman Negara Jerantut
- Location: Pahang, Malaysia
- Attraction Type: Forest in Malaysia
Taman Negara Jerantut, Pahang, Malaysia
Para pelancong juga boleh melihat pelbagi jenis dan spesis binatang dan tumbuhan melalui Bumbum Tebing dan Bumbum Blau. Bagi memenuhi keselesaan pengunjung yang mengunjungi kawasan ini, pihak Taman Negara telah menyediakan beberapa kemudahan dan antaranya ialah chalet, tapak perkhemahan, bangku rehat, tandas awam, restoran, kedai cenderamata dan sebagainya. Selain itu bekalan air, elektrik dan telekomunikasi juga disediakan.
Keindahan dan Keunikan Taman Negara Kuala Tahan
Taman Negara Kuala Tahan merupakan taman yang terbesar di negara kita dengan keluasan 4,343 km persegi yang menyimpan khazanah negara yang kaya dengan fauna dan flora. Semua hidupan liar dan tumbuhan tidak boleh diganggu bagi memastikan keindahan alam semulajadi yang asli dapat dikekalkan agar tidak pupus dan tidak musnah.
Para pengunjung juga boleh melihat keindahan alam semulajadi melalui ‘Canopy Walkway’ iaitu sebuah jambatan yang dibina daripada tali, jaring, kayu dan kabel setinggi 25-meter dari paras tanah dan panjang lebih kurang 400 meter. Pengunjung-pengunjung ke Taman Negara ini biasanya akan tinggal dua hingga empat hari bergantung kepada aktiviti yang dipilih.
Bagaimana untuk ke Taman Negara Jerantut?
Pekan Kuala Tembeling adalah pintu masuk ke Taman Negara Kuala Tahan bagi pelancong yang memilih perjalanan melalui sungai. Di Pekan Kuala Tembelinglah, Sungai Jelai dan Sungai Tembeling bercantum membentuk sebuah kuala dan bermulanya Sungai Pahang. Kuala Tembeling terletak sejauh 16 km dari bandar Jerantut. Sebuah terminal baru sedang dibina bagi menggantikan jeti yang sedia ada.
Melalui jeti ini pengunjung-pengunjung ke Taman Negara akan melalui jalan sungai sejauh 59 km dengan menaiki bot yang memakan masa selama lebih kurang tiga jam perjalanan. Pengunjung-pengunjung juga boleh menggunakan jalan darat melalui Felda Padang Piol dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda terus ke Kuala Tahan dengan perjalanan lebih kurang satu jam.
Frequently Asked Questions (FAQs) About Taman Negara Jerantut, Pahang, Malaysia
Apakah hutan hujan tropika yang terbesar dan tertua didunia?
Taman Negara Malaysia di Jerantut Pahang merupakan hutan hujan tropika yang terbesar dan tertua di dunia merupakan salah satu tumpuan utama pelancong di dalam mahupun pelancong dari luar negara. Di sini turut kaya dengan pelbagai bentuk gua-gua batu kapur. Antaranya ialah Gua Telinga dan Gua Kepayang Besar.
Bagaimana caranya untuk ke Taman Negara Malaysia menggunakan pengangkutan air?
Ya apabila anda sampai, anda boleh menggunakan jalan air iaitu dengan menaiki bot. Jarak perjalanan mengambil masa 3 jam. Tetapi sebelum itu, pengunjung boleh menaiki bas atau teksi menuju ke Jeti Kuala Tembeling. Dari sini pengunjung boleh menaiki bot terus sampai ke Kuala Tahan memudik / melawan arus Sg. Tembeling dan akan melalui beberapa perkampungan seperi Pasir Tambang, Pasir Durian, Jeram Ampai, Kg. Chebong, Kg. Labu, Kg. Merting, Kg. Gol, Kg. Sg. Tiang, Kg. Padang, Kg. Tekah dan Kg. Belebar
Berikan senarai hotel dan resort di Taman Negara Jerantut, Malaysia?
Anda boleh menginap di banyak resort, hotel, motel, chalet, asrama atau rumah tetamu tatkala kunjungan anda ke Taman Negara Jerantut Pahang Malaysia. Berikut adalah senarai tempat kediaman yang boleh anda pilih lengkap dengan alamat dan nombor telefon.
Mutiara Taman Negara Kuala Tahan, 27000 Jerantut Pahang Darul Makmur Tel:09-2663500 / Faks:09-2661500 E-mail:[email protected] http://www.mutiarahotels.com/ |
Pesona Village Resort Taman Negara 27000 Jerantut Pahang Darul Makmur Tel:09-2669696 / 2662622 / 2662622 Faks:09-2671196 |
Teresek View Motel Taman Negara Kuala Tahan, 27000 Jerantut Pahang Darul Makmur Tel:09-2602720 / 09- 2602721 Faks:09-2602722 |
Rainforest Resort Taman Negara P.O.Box 76 27000 Jerantut Pahang Tel:09-2667888 / 7241/ 7637 Faks:09-2672352 http://www.rainforest-tamannegara.com email: [email protected] |
Woodland Resort Tel:09-2661111 |
Agoh Chalet Tel:09-2663500 |
Ekoton Chalet Tel:09-2669897 |
Homestay Sg. Tekah (House) Tel:09-2666387 |
Liana Hostel Tel:09-2669322 |
Nusa Camp Tel:09-2662369 |
Tahan Guest House Tel:09-2667752 |
Apakah keunikan apabila anda mendaki Gunung Tahan, Pahang?
Bagi aktiviti mendaki Gunung Tahan, perjalanan turun/naik memakan masa selama sembilan hari. Manakala bagi peminat aktiviti memancing ikan, Sungai Keniam adalah tempat yang paling digemari. Terdapat dua buah gua dalam kawasan taman ini iaitu Gua Daun Menari di Kuala Keniam dan Gua Telinga (gua batu kapur yang terbentuk oleh aliran sungai). Pengurusan Taman Negara, iaitu Taman Negara Resort turut menyediakan kemudahan penginapan kepada para pengunjung.
Aktiviti Mendaki Gunung Tahan, Pahang
Terdapat 117 buah bilik (termasuk challet), sebuah asrama yang memuatkan 64 pengunjung dalam satu masa dan ‘visitor lodge’ di Kuala Terenggan dan Kuala Kenyam. Disamping itu, terdapat juga kawasan perkemahan, iaitu di KualaTahan dan Kuala Keniam. Khemah dan kelengkapan boleh disewa dari pengurusan taman.
Web Directories
Welcome to our comprehensive web directories! Explore a world of information and resources tailored to your interests and needs. From travel adventures to financial solutions, hobbies, reviews, and more, our curated collection of links offers something for everyone. Click on the above links to start your journey towards discovering new experiences and expanding your horizons. Your next destination awaits!
- https://asiaworldtour.com: “Asia World Tour: Your Gateway to Asian and World Adventures”
- https://personalfinancingloan.com: “Personal Financing Loan: Your Path to Financial Freedom”
- https://hobbyforte.com: “HobbyForte: Discover Your Car Passion, Explore Your Interests”
- https://reviewsanything.com: “ReviewsAnything: Your Trusted Source for Honest Gadget Reviews”
- https://rumahmampumilik.com: “Rumah Mampu Milik: Your Affordable Homeownership Journey Begins Here”
- https://malaysiadigit.com: “MalaysiaDigit: Your Digital Destination for News and Insights”
- https://vipmalaysia.com: “VIP Malaysia: Elevate Your Experience in Malaysia”
- https://nordiyana.com: “Indulge in Elegance at Nordiyana: Latest Recipe and Culinary Inspirations”
- https://e-penyatagaji.com: “E-Penyata Gaji: Simplifying Payroll Management for You”
- https://googleasia.org: “Google Asia: Explore the World and Asia’s Wonders with Google Asia”
- https://malaysiafit.com: “Malaysia Fit: Your Partner in Health and Wellness”
- https://koperasi.info: “Koperasi: Building Communities, Empowering Lives”
- https://recipeinside.com: “RecipeInside: Unveiling Culinary Creations, Your Guide to Delicious Dishes”
- https://asiahealthcenter.com: “Asia Health Center: Your Source for Holistic Wellness Solutions”
- https://nationalhealthcenters.com: “National Health Centers: Your Source for Vital Health Information and Community Care”
- https://malaysiabit.com: “MalaysiaBit: Stay Informed, Stay Connected”
- https://epenyatagaji.com: “E-Penyata Gaji: Your Digital Payslip Solution”
- https://koperasi.work: “Koperasi Work: Collaborate, Innovate, Succeed”
- https://koperasi.business: “Koperasi Business: Driving Entrepreneurship, Fostering Growth
*Source: pahangtourism.org.my, mdjerantut.gov.my
Aktiviti Mendaki Gunung Tahan, Pahang: Reviews
The Best Rainforest Experience in Taman Negara Pahang
This is the best and most memorable Malaysia experience in my lifetime. This might be even better than Amazon. Beautiful place you could enjoy without making a big hole in your pocket. Danz Eco Resort is by far the best yet the most accommodative place for nature lover. Trans Malaya trip enjoyed this experience. Guys, we have a beautiful country. Please take care of the nature, keep your rubbish with you. If you can’t help to clean the river and the jungle, please do not add more rubbish into it.
Saiful Nang
youtube.com
Contact Taman Negara Jerantut, Pahang, Malaysia
27000 Kuala Tahan, Pahang Malaysia