Koleksi Resipi Bingka Labu Manis
Koleksi Resipi Bingka Labu Manis kali ini adalah terbaik untuk anda cuba kerana memang mempunyai rasa yang sangat sedap. Apabila siap masak, anda dapati warna kuih pada loyang berwarna kuning keemasan dan aroma labu yang menyenangkan boleh membangkitkan selera yang padu. Satu rumah boleh bau akibat dari bakaran kuih Bingka Labu Manis yang anda buat.
Mari kita dapatkan ramuan-ramuan dan cara memasaknya. Semoga mendapat manfaat dari perkongsian resipi ini.
Ramuan-Ramuan
Ramuan-ramuannya adalah seperti berikut: –
- 2 cawan labu manis (rebus & tos)
- 1 cawan gula pasir (boleh juga guna gula merah)
- 1 cawan santan pekat
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan air
- 3 biji telur ayam
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 sudu kecik garam
- 1 sudu besar margerin (perlu dicairkan terlebih dahulu)
Cara Memasak
Cara penyediaan Koleksi Resipi Bingka Labu Manis adalah mudah. Ikuti langkah demi langkah dibawah.
- Blend semua bahan-bahan seperti diatas.
- Letak 2 cawan tepung gandum dan gaul sebati dengan semua bahan2 yang telah di blend tadi.
- Panaskan periuk yang boleh katup jenama Pemanggang Ajaib dan lurutkan dengan 1 sudu margerin yang telah cair.
- Masukkan bahan-bahan adunan yang sebati.
- Tabur bijan (lebih bijan lebih seadap).
- Bakar dengan api kecil selama 15 minit gunakan setting api atas bawah pada oven.
Anggaran 30 min ~ 40 minit sehingga masak
Ramlah Othman
