Masjid Abu Bakar, Tanah Rata, Cameron Highlands
Panduan lengkap Masjid Abu Bakar, Tanah Rata. Lokasi strategik, kemudahan solat selesa, waktu operasi, dan tips parkir mudah untuk pelancong Muslim di Cameron Highlands.
Pengenalan
Mencari tempat solat yang selesa semasa bercuti? Masjid Abu Bakar, Tanah Rata adalah pilihan utama untuk pelancong Muslim di Cameron Highlands. Sebagai masjid terbesar di kawasan ini, ia menawarkan ruang solat yang luas, bersih, dan berudara sejuk semula jadi. Terletak strategik di tengah bandar Tanah Rata, masjid ini sangat mudah diakses berdekatan dengan hotel dan kedai makan popular. Reka bentuk seni bina yang indah dan persekitaran yang tenang menjadikannya lokasi terbaik untuk beribadah dengan khusyuk. Sama ada anda ingin menunaikan solat fardhu atau solat Jumaat, masjid ini sedia menyambut kedatangan anda dengan kemudahan yang lengkap.
Pelancong Mengimarahkan Masjid
Inilah masjid, dan pengunjung yang baru sampai naik bas ekspress. Saya nampak ada juga pengunjung non-Muslim masuk ke masjid dan tidak dihalang. Alhamdulillah sekiranya jaga adab, dan kemudahan tandas serta kawasan berehat disediakan dengan baik, tiada masalah mereka menikmati rahmat Islam di dalam kawasan masjid.
Ada beberapa gerai sarapan pagi yang dibuka sejak sebelum subuh lagi. Saya recommend makan di arked sebelah Agro Bank Tanah Rata. Masakannya fresh, dimasak di premis. Harganya, tidaklah mahal sangat. Bihun kosong, RM2. Nasi lemak telur mata, RM3.
Bukan mudah untuk bercuti dengan anak-anak kecil. Nak melayan ragam masing-masing, kena banyak bersabar. Setiap hari kononnya nak gerak keluar jam 7 pagi, sarapan di luar, tetapi realitinya untuk kami, agak sukar. Tiada pilihan lain, melainkan sarapan di rumah sahaja. Paling awal kami dapat gerak keluar rumah ialah pada jam 8:30 pagi.
Hari ini ialah hari Jumaat. Bagi beberapa buah negeri, cuti sekolah telah bermula. Kami jangka mungkin CH semakin sibuk. Lalu destinasi pertama kami pada pagi hari ketiga ini, ialah membeli barang cenderahati. Destinasi pilihan kami, ialah di Central Market Brinchang. Harga barangan cenderahati seperti keychain, fridge magnet dan tshirt agak murah di sini. Baju kanak-kanak ada yang semurah RM10.
Visitor Information and Details
Masjid Daerah Cameron (Masjid Abu Bakar)
Cameron Highland, Pahang,
39000 Tanah Rata
