Resepi Brownies Chocolate Coin
Brownies Chocolate Coin adalah gabungan sempurna antara rasa coklat pekat dan tekstur moist. Dengan tahap kemanisan sederhana, resepi ini pasti menjadi kegemaran ramai. Cubalah resepi ini hari ini untuk menghasilkan brownies buatan sendiri yang sempurna!
Bahan-Bahan
Resepi Brownies Chocolate Coin mudah dibuat dan semua orang boleh makan kerana rasanya yang kurang manis. Bahan-bahannya dibahagikan kepada tiga (3) iaitu Bahan A, Bahan B dan Bahan C. Resepi Brownies Chocolate Coin menggunakan loyang 8 inci x 8 inci.
Bahan A
- 50-gram butter (boleh guna Anchor Salted Butter)
- 50-gram minyak masak
- 150-gram dark chocolate coin / bar
Bahan B
- 2 biji telur gred A atau B
- ½ sudu kecil esen vanila
- 140-gram brown sugar halus atau dark molases sugar
- ½ sudu teh garam
Bahan C
- 100-gram tepung gandum
- ½ sudu teh baking powder
- 25-gram serbuk koko Van Houtten
- ½ cawan chocolate bar (optional)
Cara Membuat
Resepi Brownies Chocolate Coin mempunyai tiga (3) cara membuat seperti berikut:
Cara Membuat Bahan A
- Cairkan Bahan A guna microwave selama 1 minit atau double boil.
- Apabila semua bahan telah cair, kacau hingga sebati dan ketepikan.
Cara Membuat Bahan B
- Masukkan semua Bahan B ke dalam basin.
- Kacau rata dan sebati.
- Apabila gula sudah larut, anda boleh berhenti mengacau.
- Kemudian, masukkan Bahan A ke dalam Bahan B.
- Gaul rata hingga sebati.
Cara Menyediakan Bahan C
- Ayakkan semua Bahan C di atas.
- Masukkan Bahan C yang telah diayak ke dalam adunan Bahan A dan Bahan B. Gaul sebati. Anda dapat lihat hasil adunan akan jadi likat. Kelikatan adunan itulah yang kita mahukan.
- Jika inginkan rasa yang diperkaya, cincang chocolate bar dan gaulkan dalam adunan. Masa makan nanti, chocolate bar akan melting dalam mulut kita.
- Sediakan loyang 8 inci x 8 inci yang disapu butter and kertas pembakar.
- Masukkan adunan dan bakar ke dalam oven dengan suhu 170⁰C selama 30-35 minit (mengikut oven masing-masing). Jangan overcook nanti brownies jadi kering.
- Ambil lidi dan cucuk pada brownies. Jika brownies kita tidak melekat, itu tandanya brownies kita sudah masak. Selamat mencuba!
Masa Penyediaan
- Masa Penyediaan: 15 minit
- Masa Memasak: 35 minit
- Jumlah Masa: 50 minit
Tips Berguna
Gunakan Coklat Berkualiti Tinggi
Dark chocolate premium memberikan rasa yang lebih kaya dan tekstur brownies yang moist.
Jangan Overbake
Untuk mendapatkan tekstur lembut dan moist, pastikan brownies tidak terlalu lama dalam oven.
Tambahkan Chocolate Bar untuk Tekstur Menarik
Potongan chocolate bar memberikan gigitan yang lebih menarik dan rasa coklat tambahan.
Gunakan Gula Molases
Selain menggunakan brown sugar halus untuk Bahan B, anda boleh menggunakan dark molases sugar kerana ia lebih sedap dan rasa lemak manisnya yang padu selain rasanya yang kurang manis.
Untuk Hasil yang Padat dan Padu
Kalau nak hasil yang fudge, jangan letak baking powder pada Bahan C
Fakta Pemakanan per Hidangan
Saiz Hidangan: 1 potongan brownies (daripada 12 potongan keseluruhan)
| Komponen Pemakanan | Nilai per Potongan | % Nilai Harian |
|---|---|---|
| Kalori | 210 kcal | 10.5% |
| Lemak | 12g | 18% |
| Karbohidrat | 24g | 8% |
| Protein | 3g | 6% |
Nilai Harian adalah berdasarkan diet 2,000 kalori. Keperluan individu mungkin berbeza.
Cadangan Hidangan
Brownies Chocolate Coin ini sesuai dihidangkan ketika masih hangat, bersama aiskrim vanila atau secawan kopi. Juga ideal sebagai snek untuk majlis santai atau hadiah istimewa.
Cubalah Resepi Brownies Chocolate Coin Hari Ini! Dengan rasa coklat yang kaya dan kemudahan penyediaan, brownies ini pasti menjadi kegemaran semua. Selamat mencuba dan nikmati hidangan istimewa ini bersama keluarga atau rakan-rakan!
Sumber: KC kacak
