Ibrahim Cendol Air Putih di Kuantan Pahang

Resepi Cendol Gula Melaka

Ketahui rahsia Resepi Cendol Gula Melaka yang anda boleh lakukan sendiri penyediaannya dan menikmati di rumah. Terdapat juga terjemahan dalam Bahasa Inggeris disamping Bahssa Melayu. Selamat mencuba!

Resepi Cendol Gula Melaka Summary

  • Attraction: Resepi Cendol Gula Melaka
  • Location: Pahang Malaysia
  • Attraction Type: Food in Malaysia

Resepi Cendol Gula Melaka from Malay Kitchen Youtube

Resepi Cendol Gula Melaka

Cara buat cendol gula melaka ini menggunakan sukatan cawan mudah dan sedap. cendol gula melaka sesuai untuk minuman petang anda. Hidangkan cendol gula melaka bersama dengan kuih tradisional. Cara buat cendol gula melaka :

Resepi Cendol Gula Melaka sebenarnya sangat mudah dan rasanya yang sangat asli. Cendol seperti yang kita semua tahu ia dihidangkan sejuk dengan rasa lemak santan dan aroma gula merah yang sangat menyelerakan. Boleh buat sendiri di rumah dan makan berulang kali.

Resepi Cendol Gula Melaka

Enjoy the Cendol Gula Melaka recipe in English version so that you can make this lovely cendol at home.

*Source: naza-atai.blogspot.com, says.com

Hashtag / Keywords

Disenaraikan dibawah adalah Resepi Cendol Gula Melaka yang anda boleh cuba sendiri di rumah.

Bahan – Bahan Cendol GulaMelaka:

  • Bahan cendol
  • 3 cawan air pandan
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar air kapur
  • Pewarna makanan – hijau

Bahan santan Cendol Gula Melaka

  • ½ cawan santan pekat
  • 1/3 cawan air panas
  • Sedikit garam

Bahan air gula Cendol Gula Melaka

  • 1 keping gula melaka
  • 1 cawan gula merah
  • Sehelai daun pandan

Cara – cara Membuat Cendol GulaMelaka:

  1. Kisar daun pandan bersama 3 cawan air, tapiskan untuk dapatkan 3 cawan air pandan.
  2. Di dalam periuk, masukan tepung beras dan tepung jagung. Jangan buka api dahulu.
  3. Tuangkan air pandan yang dikisar tadi ke dalam periuk yang mengandungi tepung. Kacau rata.
  4. Kemudian masukan air kapur, dan sedikit pewarna makanan hijau. Kacau rata. Kemudian buka api.
  5. Masak bancuhan cendol ini dengan api yang sederhana. Sentiasa kacau untuk pastikan ia tidak berketul dan masak sehingga ia betul likat dan kental. Jika ia tidak betul masak, semasa proses membentuk cendol nanti, cendol akan lembik dan hancur.
  6. Kemudian, isikan bancuhan cendol yang kental ini ke dalam acuan untuk membentuk cendol. Video ini menggunakan acuan roti jala.
  7. Sediakan sebuah bekas yang mengandungi ais batu dan sejuk.
  8. Mula membentuk cendol menggunakan acuan anda, dan pastikan bancuhan cendol masuk ke dalam bekas yang berisi air sejuk.Cendol akan terus keras apabila ia masuk ke dalam air sejuk. Biarkan ia seketika.
  9. Masak air gula dengan bahan air gula di atas. Masak sehingga gula larut dan pekat.
  10. Masukan air panas ke dalam santan pekat bersama sedikit garam. Kacau sebati.
  11. Di dalam sebuah mangkuk atau cawan, masukan ais batu, air gula merah dan juga cendol. Kemudian tuangkan santan. Ia sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

The simple recipe is really simple, and it tastes very real. As far as we all know it is served cold with a rich coconut milk flavor and a very sweet red aroma. You can make it at home and eat it over and over again.

Ingredients:

  • 3 cups of pandan water
  • 1 cup rice flour
  • 1 tablespoon cornstarch
  • 1 tbsp of lime juice
  • Food coloring – green

How to Make a Coconut milk

  • ½ cup thick coconut milk
  • 1/3 cup hot water
  • a little bit of salt

How to Make Cendol Gula Mekala Sugar Water ingredients

  • 1 slice of sugar
  • 1 cup red sugar
  • A pandan leaf

Instructions:

  1. Blend pandan leaves together with 3 cups of water, strain to get 3 cups of pandan water.
  2. In a saucepan, add rice flour and corn flour. Don’t open the fire first.
  3. Pour pandan water into the pot containing flour. Stir well.
  4. Then add the lime juice, and a little green food coloring. Stir well. Then open fire.
  5. Cook this short mix over medium heat. Stir constantly to make sure it does not fry and cook until it is firm and thick. If it is not properly cooked, during the process of making the mushrooms, the mushrooms will soften and break down.
  6. Then, fill this thick mix of mushrooms into a mold to form a mush. This video uses mesh bread molding.
  7. Prepare a container containing ice and cold ice.
  8. Start shaping the mold using your mold and be sure to mix it into a container that contains cold water. Leave it for a while.
  9. Cook the sugar water with the sugar syrup on top. Cook until sugar is dissolved and concentrated.
  10. Put hot water into concentrated coconut milk with a little salt. Stir well.
  11. In a bowl or cup, put ice cubes, red sugar water and even chopped. Then pour the coconut milk. It’s ready to be served.
    Good luck!
error: