Resepi Kuih Koci Labu Bersantan: Nikmati Citarasa Juadah Melayu

Pelajari resepi kuih koci labu bersantan tradisional yang mudah, lazat, dan sesuai untuk seisi keluarga anda. Rahsia keunikan kuih tradisional ini terletak pada rasa lemak manis labu bersantan yang memikat. Dapatkan resepi penuh, tips, dan cara penyediaan yang sempurna!

Apa Itu Kuih Koci Labu Bersantan?

Kuih koci labu bersantan ialah pencuci mulut tradisional Malaysia yang memikat hati ramai dengan tekstur lembutnya yang diperbuat daripada tepung beras pulut dan rasa lemak labu manis.

Bahan-Bahan Resepi Kuih Koci Labu Bersantan

Resepi kuih koci labu bersantansedap dibuat dan boleh dimakan petang ini bersama keluarga tersayang. Jangan lupa buat air teh tarik atau Nescafe tarik tentu sedap dan semua orang gembira. Bahan-bahan untuk resepi ini dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti ditunjukkan dibawah.

Bahan Utama

Bahan-bahan utama yang diperlukan adalah:

  • 3 cawan tepung pulut
  • ½ biji buah labu
  • 1 sudu kecil garam
  • Air secukupnya

Bahan Inti

Bahan-bahan membuat inti:

  • 1½ cawan kelapa parut – ambil kelapa berwarna putih sahaja
  • 1½ biji gula Melaka atau gula merah ataupun gula kabong
  • 2 sudu besar gula pasir
  • ½ cawan air masak – untuk melarutkan gula
  • 1 sudu besar tepung gandum – dicampur dengan sedikit air untuk pekatkan inti

Bahan Membuat Santan Cair

Bahan-bahan membuat santan cair adalah seperti berikut:

  • 2 cawan santan kelapa – ditambah sedikit air supaya tidak terlalu pekat @ boleh menggunakan santan kotak
  • 3 sudu besar tepung beras
  • Sedikit garam

Cara Memasak Resepi Kuih Koci Labu Bersantan

Berikut adalah cara membuat resepi kuih koci labu bersantanyang ditunjukkan langkah demi langkah.

Cara Rebus Labu

Cara merebus labu dan memasukkan inti kelapa:

  1. Kukus labu sehingga empuk dan sejukkan seketika.
  2. Satukan labu yang disejukkan bersama tepung pulut dan garam. Uli seketika untuk sebatikan saja.
  3. Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi adunan @ doh. Doh yang dihasilkan mestilah tidak terlalu keras atau lembik.
  4. Akhir sekali, masukkan inti kelapa dan bulat-bulatkan.

Cara Mengadun

Cara memasak adunan @ doh:

  1. Mula-mula, panaskan air hingga mendidih.
  2. Kemudian, masukkan doh yang telah dibulatkan tadi dan masak.
  3. Apabila doh sudah terapung bermakna doh sudah cukup masak. Cara ini adalah sama seperti memasak kuih onde-onde gula Melaka.

Cara Masak Inti

Cara masak inti kelapa ditunjukkan dengan teliti seperti dibawah:

  1. Masukkan air dan gula merah @gula kabong kemudian masukkan gula pasir.
  2. Biarkan gula mendidih bersama air sehingga larut, kemudian masukkan kelapa parut.
  3. Akhir sekali, masukkan tepung yang telah dilarutkan dengan sedikit air tadi.
  4. Biarkan kering sekejap, kemudian sejukkan seketika.

Cara Masak Santan Cair

Cara memasak santan cair:

  1. Langkah pertama, satukan semua bahan. Kena sentiasa kacau.
  2. Masakkan dengan api perlahan hingga pekat.
  3. Kemudian boleh masukkan koci yang telah direbus tadi ke dalam adunan santan.
  4. Seterusnya, anda boleh mula membungkus koci.

Cara Membungkus

Bagi yang pertama kali mencuba resepi kuih koci labu bersantan, cara membungkus dapat diterangkan dibawah:

  1. Semasa membungkus kuih koci labu bersantan, sapukan sedikit minyak pada daun pisang yang telah dlayurkan atas api terlebih dahulu.
  2. Kemudian, ambil doh yang sudah dimasukkan ke dalam santan menggunakan sudu dan letakkan ditengah-tengah daun pisang.
  3. Lipatkan daun pisang seperti yang anda lihat dalam gambar.
  4. Apabila sudah siap lipat, panaskan air dalam kukusan.
  5. Pastikan air betul-betul mendidih dengan api perlahan.
  6. Kukus kuih koci labu bersantan selama 7 minit supaya aroma daun pisang naik. Siap utk dihidangkan! Selamat mencuba.

Maklumat Pemakanan

NutrisiKuantiti Per Hidangan (Anggaran)
Kalori120 kcal
Lemak6g
Karbohidrat14g
Protein2g
  • Kalori: Setiap hidangan kuih tradisional ini mengandungi sekitar 120 kcal, memberikan tenaga yang seimbang.
  • Lemak: Kandungan lemak sebanyak 6g menambah rasa lemak berkrim tanpa berlebihan.
  • Karbohidrat: Sebanyak 14g karbohidrat memastikan kuih ini menjadi sumber tenaga pantas.
  • Protein: Dengan 2g protein, ia memberikan sedikit nilai tambahan untuk pertumbuhan tubuh.

Nota: Anggaran bergantung kepada bahan yang digunakan.

Tips untuk Penyediaan yang Sempurna

  • Gunakan santan segar untuk rasa yang lebih pekat dan kaya.
  • Pastikan adunan tepung tidak terlalu cair agar kuih mudah dibentuk.
  • Kukus dengan api sederhana untuk tekstur yang lebih halus.

Cara Hidangan

  1. Kuih koci labu bersantan paling enak dinikmati ketika suam.
  2. Hidangkan bersama teh panas untuk pengalaman tradisional yang sempurna.

Mengapa Resepi Kuih Koci Labu Bersantan Pilihan Anda?

Kuih koci labu bersantan bukan sekadar pencuci mulut; ia adalah warisan budaya yang memikat rasa dan mencipta memori indah. Cubalah resepi ini hari ini dan nikmati keunikan rasa kuih tradisional ini bersama keluarga tercinta!

Sudah bersedia untuk mencuba? Jangan lupa kongsi resepi ini dengan rakan dan keluarga!




Resepi Kuih Koci Labu Bersantan Tradisional Malaysia

Resepi Kuih Koci Labu Bersantan: Ringkasan

  • Nama Resepi: Resepi Kuih Koci Labu Bersantan
  • Kategori Hidangan: #Makanan #Kuih
  • Jenis Masakan: #Melayu
  • Sumber: wirawati negara

Resepi Aneka Juadah Berasaskan Kuih Terbaik Mesti Anda Cuba

Anda mesti cuba resepi-resepi kuih terbaik kerana ianya mudah, sedap dan menyelerakan. Pelajari sekarang dan mulakan hari anda dengan pelbagai jenis masakan setiap hari!

Web Directories

Explore a wide range of information and resources tailored to your interests. Whether you’re looking for travel inspiration, financial tips, hobby ideas, product reviews, or more, our carefully selected links have something for everyone. Click the links above to start your journey toward discovering new experiences and expanding your horizons. Your next adventure is just a click away!

  1. https://asiaworldtour.com: “Asia World Tour: Your Gateway to Asian and World Adventures”
  2. https://personalfinancingloan.com: “Personal Financing Loan: Your Path to Financial Freedom”
  3. https://hobbyforte.com: “HobbyForte: Discover Your Car Passion, Explore Your Interests”
  4. https://reviewsanything.com: “ReviewsAnything: Your Trusted Source for Honest Gadget Reviews”
  5. https://rumahmampumilik.com: “Rumah Mampu Milik: Your Affordable Homeownership Journey Begins Here”
  6. https://malaysiadigit.com: “MalaysiaDigit: Your Digital Destination for News and Insights”
  7. https://vipmalaysia.com: “VIP Malaysia: Elevate Your Experience in Malaysia”
  8. https://nordiyana.com: “Indulge in Elegance at Nordiyana: Latest Recipe and Culinary Inspirations”
  9. https://e-penyatagaji.com: “E-Penyata Gaji: Simplifying Payroll Management for You”
  10. https://googleasia.org: “Google Asia: Explore the World and Asia’s Wonders with Google Asia”
  11. https://malaysiafit.com: “Malaysia Fit: Your Partner in Health and Wellness”
  12. https://koperasi.info: “Koperasi: Building Communities, Empowering Lives”
  13. https://recipeinside.com: “RecipeInside: Unveiling Culinary Creations, Your Guide to Delicious Dishes”
  14. https://asiahealthcenter.com: “Asia Health Center: Your Source for Holistic Wellness Solutions”
  15. https://nationalhealthcenters.com: “National Health Centers: Your Source for Vital Health Information and Community Care”
  16. https://malaysiabit.com: “MalaysiaBit: Stay Informed, Stay Connected”
  17. https://epenyatagaji.com: “E-Penyata Gaji: Your Digital Payslip Solution”
  18. https://koperasi.work: “Koperasi Work: Collaborate, Innovate, Succeed”
  19. https://koperasi.business: “Koperasi Business: Driving Entrepreneurship, Fostering Growth”

FAQ Resepi Kuih Koci Labu Bersantan

Dapatkan tips terbaik dan tatacara yang betul supaya anda lebih teruja untuk memasak resepi baru setiap hari!

Kenapa anda mesti membuat resepi kuih koci labu bersantan?

Anda mesti mencuba resepi kuih koci labu bersantan kerana ia merupakan salah satu hidangan yang digemari di Malaysia. Ia adalah sejenis kuih tradisional yang manis dengan labu dan santan sebagai punca rasa. Ia juga merupakan makanan yang mudah disediakan dan merupakan hidangan yang lazat untuk seisi keluarga.

Adakah mudah untuk membuat resepi kuih koci labu bersantan?

Ya, ia mudah untuk membuat resepi kuih koci labu bersantan. Anda hanya perlu menyediakan bahan-bahan yang diperlukan seperti tepung pulut, santan, gula Melaka, garam dan labu. Kemudian, anda boleh mengikut arahan penyediaannya seperti dalam dipaparkan dalam laman web ini.

error: