Resepi Kuih Telur Kobis Canai
Kuih Telur Kobis Canai yang lembut dan enak ini adalah hidangan tradisional dengan inti yang kaya rasa. Dapatkan resepi lengkap termasuk panduan penyediaan, fakta pemakanan, dan tips sajian terbaik untuk dinikmati seisi keluarga. Jom kita belajar resepi ini bersama-sama.
Bahan-Bahan
Resepi Kuih Telur Kobis mengandungi empat (4) jenis bahan-bahan iaitu kulit kuih, inti ikan, sayur dan telur.
Bahan A (Kulit kuih)
- 500-gram tepung gandum
- 2 sudu besar marjerin
- 1 biji telur ayam
- garam dan gula secukup rasa
- sedikit perasa
- air secukupnya
Bahan B (Inti Ikan)
- 9 ekor Ikan selayang (dibersihkan,direbus dan ambil isinya)
- 1 kotak kecil santan
- 3 biji bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 1 inci Halia
- Garam dan gula secukup rasa
Bahan C (Sayur)
- ½ biji kobis – dimayang dan hiris nipis
- 1 biji bawang holland – dimayang dan hiris nipis
- 3 biji cili padi merah (nak pedas letak lebih) – dimayang dan hiris nipis
- 10 biji cili hijau (nak pedas letak lebih) – dimayang dan hiris nipis
Bahan D (Telur)
- 4 biji telur (dipukul dan letak garam sedikit)
Cara Memasak
Kuih Telur Kobis boleh dimasak dengan cara-cara seperti di bawah.
Cara-Cara Membuat Bahan A (Doh)
- Masukkan tepung, marjerin, garam, gula, telur ayam, perasa dalam satu bekas.
- Gaulkan adunan bagi sebati.
- Masukkan air sedikit demi sedikit sambil uli sehingga menjadi doh.
- Uli smpai doh tidak melekat pada jari. Tepung tidak terlalu keras dan tidak lembik.
- Biarkan doh rehat selama 1 ke 2 jam.
- Bentukkan adunan bulat-bulat macam nak buat roti canai.
- Sapukan marjerin pada doh dan biarkan dalam bekas selama 3 jam sehingga satu malam.
- Ketepikan bahan untuk kulit.
Cara Membuat Bahan B (Sambal Ikan)
- Ikan direbus dan diasingkan isi.
- Tumbuk isi ikan dan masukkan bawang dan halia yang dihiris nipis.
- Masukkan dalam kuali dan kacau sehingga sambal kering atau lembap.
- Sambal ikan sudah siap.
Cara Memasak Kuih Telur Kobis Canai
- Mula-mula, ambil doh dan canai jadi nipis.
- Kemudian letak inti ikan, sayur, cili dan telur.
- Selepas itu lipat doh yang dicanai, digoreng hingga kekuningan dan angkat.
- Ambil doh seterusnya, uli dan canai nipis.
- Letak doh yang sudah digoreng tadi ke atas doh yang baru dicanai.
- Ulang proses yang pertama tadi dan goreng kali kedua.
- Untuk kali ketiga, ulang proses yang sama.
- Telur kobis akan jadi 3 lapis.
- Siap untuk dimakan.
Tips Berguna
- Gunakan Tepung Gandum Berkualiti: Pilihan tepung yang baik memastikan tekstur kulit kuih lebih lembut.
- Tambahkan Cili Mengikut Selera: Ubah jumlah cili hijau dan cili padi untuk menyesuaikan tahap kepedasan.
Cadangan Penyajian
- Hidangan Terbaik: Kuih ini sesuai dihidangkan panas bersama sos cili atau sambal tumis.
- Penyimpanan: Simpan kuih mentah dalam peti sejuk beku dan goreng hanya apabila diperlukan untuk mengekalkan kesegaran.
Fakta Pemakanan per Hidangan
Berikut adalah anggaran fakta pemakanan untuk 1 hidangan (saiz hidangan: 1 biji kuih, jika resepi menghasilkan 12 biji):
| Komponen Pemakanan | Nilai per Hidangan | % Nilai Harian |
|---|---|---|
| Kalori | 150 kcal | 7.5% |
| Karbohidrat | 22g | 8% |
| Protein | 8g | 16% |
| Jumlah Lemak | 5g | 8% |
| Lemak Tepu | 3g | 15% |
| Serat | 2g | 8% |
| Gula | 2g | 4% |
| Natrium | 150mg | 6% |
Nilai Harian adalah berdasarkan diet 2,000 kalori. Keperluan individu mungkin berbeza.
Kesimpulan
Kuih Telur Kobis Canai adalah satu hidangan tradisional yang kaya dengan rasa dan nilai pemakanan. Gabungan kulit kuih yang lembut, inti ikan yang berlemak, dan sayur segar menjadikannya pilihan yang sempurna untuk sebarang majlis atau makan malam santai bersama keluarga.
Apa tunggu lagi? Jom cuba resepi ini hari ini dan nikmati keenakan Kuih Telur Kobis Canai bersama orang tersayang. Selamat mencuba!
Sumber: muliadi ramli
