Resepi Daging Masak Kari Kurang Pedas Daging Masak Kari Kurang Pedas adalah pilihan tepat bagi mereka yang ingin menikmati masakan kari dengan rasa yang lebih...
Resepi Kurma Daging Kelantan: Daging Gulai Buku Besar
Resepi Kurma Daging Kelantan adalah salah satu menu kenduri kahwin yang wajib dihidangkan. Keistimewaannya terletak pada ketulan daging yang besar, cukup untuk dimakan oleh 5 orang dewasa. Rasanya yang kaya dan autentik pasti membuatkan sesiapa sahaja teringat kenangan di majlis kenduri.
Masa Penyediaan
Masa Penyediaan: 20 minit
Masa Memasak: 2 jam
Jumlah Masa: 2 jam 20 minit
Cadangan Penyediaan
Hidangan Kurma Daging Kelantan ini sesuai dimasak untuk majlis kenduri, jamuan keluarga, atau sebagai sajian utama pada perayaan. Daging yang lembut bersama kuah yang pekat akan menambat selera semua.
Bahan-Bahan
Resepi Kurma Daging Kelantan juga dikenali sebagai daging gulai buku besar bagi sebahagian masyarakat Kelantan. Seketul besar daging boleh dimakan untuk 5 orang. Memang puas makan. Bahan-bahannya dinyatakan seperti berikut:
Bahan Utama:
- 1 kg daging lembu – potong ikut suka dan direbus
- 6 biji kentang – dipotong
- 2 batang daun ketumbar – ambil akar sekali, potong dan simpan sedikit untuk hiasan
- 2 biji cili merah besar – dibelah dua
- 2 biji cili hijau – dibelah dua
- 2 biji tomato – dibelah empat setiap satu
- 1 batang lobak merah – dipotong memanjang 2 inci
- 2 biji bawang merah besar – dibelah empat
- 1 biji kelapa – diambil 6 cawan santan
- Sedikit air asam jawa
- 2 sudu besar kerisik (optional)
Bahan Tumis
- Bunga lawang*
- Buah pelaga*
- Bunga cengkih*
- Kulit kayu manis*
- 6 sudu besar serbuk kurma – bancuh dengan sedikit air
- 2 biji bawang merah besar*
- 5 ulas bawang putih*
- 1 inci halia*
(Semua bahan tumis bertanda * dimayang halus / dikisar / turbo chopper tupperware)
Cara Memasak atau Menyediakan
Untuk menyediakan Kurma Daging Kelantan, sila gunakan langkah-langkah yang dinyatakan dibawah:
- Panaskan minyak dan masukkan 4 sekawan dan bahan yang mayang tadi hingga naik bau dan kekuningan.
- Masukkan rempah kurma dan kacau sehingga naik minyak.
- Kemudian, masukkan batang dan akar daun ketumbar kacau lagi sehingga agak pekat dan naik minyak.
- Selepas itu, masukkan air rebusan daging sedikit dan kacau bagi kering baru. Masukkan daging dengan kuah selebihnya.
- Biarkan mendidih dan masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
- Bila air dah pekat, masukkan santan dan ubi kentang.
- Bila ubi empuk dan kuah sudah pekat, masukkan pula kerisik dan sayur-sayuran (karet, tomato, cili, dan bawang besar).
- Biar mendidih sehingga kuah gulai pekat dan rasalah kuah gulai kita itu.
- Tambah perasa jika ada yang terkurang rasa.
- Kurma sudah siap dimasak.
- Tabur daun ketumbar sebagai hiasan atas dan makan dengan nasi putih, nasi minyak roti atau apa2 yang kita suka.
Tips dan Cadangan Hidangan
- Gunakan daging bahagian buku besar untuk tekstur yang lebih lembut.
- Untuk santan, gunakan kelapa parut segar agar rasa lebih asli.
- Hidangkan bersama nasi putih atau nasi minyak, disertai acar timun.
- Anda boleh menggunakan turbo chopper tupperware mudah dan tidak berair apabila bahan tumis dipotong.
- Tips untuk daging cepat lembut daging tersebut tumbuk dengan lesung kemudian rebus biar empuk.
Fakta Pemakanan Per Hidangan
Komponen Pemakanan | Nilai per Hidangan (1 ketul dari 12 keseluruhan) | % Nilai Harian |
---|---|---|
Kalori | 350 kcal | 18% |
Protein | 25g | 50% |
Lemak | 15g | 23% |
Karbohidrat | 20g | 7% |
*Nilai Harian adalah berdasarkan diet 2,000 kalori. Keperluan individu mungkin berbeza.
Mengapa Resepi Kurma Daging Kelantan Pilihan Anda?
Resepi Kurma Daging Kelantan adalah lambang tradisi kenduri di Kelantan. Dengan menggunakan daging bahagian buku besar serta santan segar, hidangan ini pasti menambat hati sesiapa sahaja. Jangan lupa masak dengan penuh kasih sayang!
Resepi Aneka Masakan Berasaskan Daging Terbaik Mesti Anda Cuba
Anda mesti cuba resepi-resepi daging terbaik kerana ianya mudah, sedap dan menyelerakanan. Pelajari sekarang dan mulakan hari anda dengan pelbagai jenis masakan setiap hari!
Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Api: Rasa Pekat dan Creamy!
Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Api Malaysia Daging Salai Masak Lemak Cili Api adalah hidangan tradisional yang penuh rasa dan kaya dengan aroma santan...
Resepi Daging Masak Kandar: Rasa Tradisional Paling Sedap
Resepi Daging Masak Kandar Masakan Klasik Melayu Daging Masak Kandar adalah masakan yang kaya dengan rempah dan aroma, menjadikannya sesuai untuk dijadikan hidangan istimewa. Resepi...
Resepi Daging Goreng Berempah: Rasa Asli yang Memikat
Resepi Daging Goreng Berempah Tradisional Melayu Daging Goreng Berempah adalah hidangan yang kaya dengan aroma rempah-rempah tradisional dan pasti memikat selera. Dengan resepi ini, anda...
Resepi Daging Rendang Masak Cili Api: Masakan Mudah
Resepi Daging Rendang Masak Cili Api Rendang Masak Cili Api adalah hidangan klasik yang terkenal dengan rasa pedas berempah dan tekstur lembut daging yang memikat...
Resepi Daging Masak Kurma yang Mudah, Sedap dan Terangkat
Resepi Daging Masak Kurma dengan Rempah Ratus yang Menyelerakan! Resepi Daging Masak Kurma ini enak dan sedap! Gunakan daging lembu bersama rempah-rempah seperti kayu manis,...
Resepi Daging Masak Hitam: Masakan Tradisional yang Sedap
Resepi Daging Masak Hitam Daging Masak Hitam adalah salah satu masakan tradisional yang memukau dengan rasa kicap yang kaya dan rempah yang unik. Hidangan ini...
Resepi Daging Masak Dendeng: Hidangan Memikat Selera
Resepi Daging Masak Dendeng Daging Masak Dendeng merupakan hidangan klasik yang terkenal dengan rasa berempah dan kaya dengan tekstur. Resepi ini menggunakan bahan-bahan segar untuk...
Web Directories
Explore a wide range of information and resources tailored to your interests. Whether you’re looking for travel inspiration, financial tips, hobby ideas, product reviews, or more, our carefully selected links have something for everyone. Click the links above to start your journey toward discovering new experiences and expanding your horizons. Your next adventure is just a click away!
- https://asiaworldtour.com: “Asia World Tour: Your Gateway to Asian and World Adventures”
- https://personalfinancingloan.com: “Personal Financing Loan: Your Path to Financial Freedom”
- https://hobbyforte.com: “HobbyForte: Discover Your Car Passion, Explore Your Interests”
- https://reviewsanything.com: “ReviewsAnything: Your Trusted Source for Honest Gadget Reviews”
- https://rumahmampumilik.com: “Rumah Mampu Milik: Your Affordable Homeownership Journey Begins Here”
- https://malaysiadigit.com: “MalaysiaDigit: Your Digital Destination for News and Insights”
- https://vipmalaysia.com: “VIP Malaysia: Elevate Your Experience in Malaysia”
- https://nordiyana.com: “Indulge in Elegance at Nordiyana: Latest Recipe and Culinary Inspirations”
- https://e-penyatagaji.com: “E-Penyata Gaji: Simplifying Payroll Management for You”
- https://googleasia.org: “Google Asia: Explore the World and Asia’s Wonders with Google Asia”
- https://malaysiafit.com: “Malaysia Fit: Your Partner in Health and Wellness”
- https://koperasi.info: “Koperasi: Building Communities, Empowering Lives”
- https://recipeinside.com: “RecipeInside: Unveiling Culinary Creations, Your Guide to Delicious Dishes”
- https://asiahealthcenter.com: “Asia Health Center: Your Source for Holistic Wellness Solutions”
- https://nationalhealthcenters.com: “National Health Centers: Your Source for Vital Health Information and Community Care”
- https://malaysiabit.com: “MalaysiaBit: Stay Informed, Stay Connected”
- https://epenyatagaji.com: “E-Penyata Gaji: Your Digital Payslip Solution”
- https://koperasi.work: “Koperasi Work: Collaborate, Innovate, Succeed”
- https://koperasi.business: “Koperasi Business: Driving Entrepreneurship, Fostering Growth”