,

Resepi Nasi Dagang Terengganu

Nasi Dagang Terengganu adalah hidangan ikonik yang menjadi kebanggaan masyarakat pantai timur. Ia menggabungkan nasi kukus yang wangi, gulai ikan tongkol yang pekat, serta pelengkap seperti acar dan sambal. Hidangan ini bukan sahaja sesuai untuk jamuan, malah menjadi pilihan utama untuk sarapan pagi istimewa.

Warisan Rasa yang Menggamit Nostalgia!
Nasi Dagang Terengganu adalah hidangan tradisional ikonik yang terkenal dengan gabungan nasi beraroma dan gulai ikan tongkol yang pekat serta berempah. Jom ketahui rahsia menyediakan resepi ini dengan langkah yang terperinci!

Masa Penyediaan

Cadangan Penyediaan

Hidangkan Nasi Dagang Terengganu bersama telur rebus, acar jelatah, dan sambal belacan untuk menikmati rasa autentik Pantai Timur!

Bahan-Bahan

Bahan Membuat Nasi Dagang

Bahan Gulai

Kisar semua bahan yang bertanda*

Bahan Acar

Cara Memasak atau Menyediakan

Cara Memasak Nasi Dagang Terengganu

  1. Beras wangi dan beras pulut perlu dicampur basuh bersih-bersih.
  2. Kemudian rendam beras yang telah dicampurkan lebih kurang 4 jam *Kalau nak buat banyak nasi dagang, lebihkan sahaja beras dan mesti mengikut nisbah di 4 pot beras wangi dan 1 pot beras pulut.
  3. Kukus beras sampai half cook.
  4. Santan pekat, garam dan gula dikacau sebati.
  5. Keluarkan beras dan gaul dengan santan cair.
  6. Kukus semula.
  7. Keluarkan beras apabila selesai dikukus dan gaul dengan santan pekat beserta bawang, halia dan halba.
  8. Kukus sekali lagi sehingga masak.

Cara Memasak Gulai

  1. Rebus ikan tongkol dengan cuka, garam, asam keping dan gula melaka. Jangan terlalu banyak meletakkan air untuk merebus ikan tongkol.
  2. Tumis cili boh sampai masak.
  3. Masukkan bahan kisar dan masak hingga terbit bau.
  4. Masukkan rempah gulai dan tumis sekejap.
  5. Masukkan santan kelapa dan tunggu hingga mendidih.
  6. Apabila santan mendidih, masukkan ikan. Perasakan dengan garam dan gula melaka.
  7. Bila kuah sudah masak, kecilkan api dan masukkan cili padi dan belimbing buluh.
  8. Reneh sekejap bagi pecah minyak.
  9. Tutup api dan siap!

Cara Memasak Acar

  1. Larutkan gula dan garam dalam cuka.
  2. Kemudian, masukkan timun, carrot, bawang merah, dan cili padi yang sudah dipotong.
  3. Gaul rata-rata.

Penyediaan Akhir

  1. Hidangkan nasi dagang bersama gulai ikan tongkol dan acar jelatah.
  2. Lengkapkan sajian dengan telur rebus dan sambal belacan sebagai pelengkap.

Tips Berguna

Fakta Pemakanan per Hidangan

Maklumat ini adalah berdasarkan 1 pinggan nasi dagang daripada jumlah kira-kira 6 pinggan.

Komponen PemakananNilai per Hidangan (1 Pinggan)% Nilai Harian
Kalori380 kcal19%
Protein18 g36%
Lemak15 g23%
Karbohidrat40 g13%
Gula10 g20%
Serat5 g20%
Sodium450 mg19%

*Nilai Harian adalah berdasarkan diet 2,000 kalori. Keperluan individu mungkin berbeza.*

Kesimpulan

Sumber: Isma Wati Hashim

Resepi Cara Membuat Nasi Dagang Terengganu

More posts

error: