Resepi Nasi Goreng Isi Ikan dan Telur Mata | Kombinasi Memikat

Nasi Goreng Isi Ikan dan Telur Mata adalah hidangan yang sempurna untuk seisi keluarga. Gabungan nasi goreng beraroma tradisi kampung dengan isi ikan yang lembut, ditambah telur mata, menjadikannya pilihan yang sedap dan mudah disediakan. Resepi ini sesuai untuk sarapan, makan tengahari, atau makan malam yang ringkas tetapi menyelerakan!

Bahan-Bahan Resepi Nasi Goreng Isi Ikan dan Telur Mata

Untuk resepi nasi goreng isi ikan dan telur mataini, bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut: –

Bahan-bahan Utama (Nasi dan Ikan)

  • Minyak masak
  • 1 ekor ikan goreng – diambil isi dan dibuang tulang
  • 3 biji telur ayam – digoreng hancur
  • 2 biji bawang merah*
  • 3 biji cili merah besar*
  • 6-8 biji cili padi*
  • ¼ genggam ikan bilis* – ditumbuk kasar
  • Sedikit sayur sawi atau kacang buncis
  • Sedikit garam
  • Ajinomoto dan bahan perasa lain
  • 1 pinggan nasi putih
  • Sedikit kicap lemak manis
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit belacan (optional)

Bahan-bahan Hiasan

  • 1 biji telur rebus – dipotong 2
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Sos cili
  • 3 potong timun – yang dihiris

Note: * bermakna bahan tumis

Cara Memasak Nasi Goreng Isi Ikan dan Telur Mata

Berikut adalah cara membuat nasi goreng isi ikan dan telur matayang ditunjukkan langkah demi langkah.

Cara Penyediaan

Masak Isi Ikan:

  1. Mula-mula, goreng ikan (samada ikan kembung, ikan merah, ikan senangin, isi pari dan lain-lain). Ambil isi dan buang tulang. Asingkan menggunakan bekas.
  2. Kemudian, goreng telur hancur dan ketepikan.
  3. Potong bawang merah, cili merah besar dan cili padi diketuk. Ikan bilis pula ditumbuk kasar,
  4. Panaskan minyak, tumis bahan tadi.
  5. Masukkan sayur dan kacau rata-rata.
  6. Masukkan Maggi Cukup Rasa atau garam ataupun Ajinomoto

Masak Nasi Goreng:

  1. Masukkan nasi sejuk ke dalam kuali dan gaul hingga sekata.
  2. Jika inginkan warna cantik, anda boleh letak sedikit kicap lemak manis dan serbuk kunyit.
  3. Akhir sekali, masukkan telur yang di goreng hancur tadi.
  4. Apabila hampir masak, masukkan isi ikan dan gaul rata semuanya.
  5. Untuk bahan sampingan telur mata atau telur rebus pun boleh dihidangkan.
  6. Hiaskan dengan tabur daun sup dan bawang goreng.
  7. Nasi goreng isi ikan dan telur mata siap untuk dimakan!

Penyediaan Telur Mata:

  1. Goreng telur mata lembut atau masak mengikut citarasa.
  2. Letakkan telur mata di atas nasi goreng semasa menghidang.

Tips

Untuk Rasa yang Lebih Sedap:

  • Gunakan isi ikan segar untuk rasa yang lebih manis dan lembut.
  • Tambahkan sedikit perahan limau kasturi sebelum makan untuk rasa segar.

Serving Suggestions

  • Hidangkan nasi goreng ini panas-panas bersama hirisan timun atau salad segar.
  • Lengkapkan dengan sambal belacan atau cili potong untuk rasa pedas tambahan.

Nutrition Breakdown (Approximate Per Serving):

(Based on standard serving size)

  • Kalori: 460
  • Protein: 24g
  • Lemak: 13g
  • Karbohidrat: 58g
  • Serat: 3g
  • Sodium: 680mg




Resepi Nasi Goreng Isi Ikan dan Telur Mata yang Best

Resepi Nasi Goreng Isi Ikan dan Telur Mata: Ringkasan

  • Nama Resepi: Resepi Nasi Goreng Isi Ikan dan Telur Mata
  • Kategori Hidangan: #Makanan #NasiGoreng
  • Jenis Masakan: #Melayu
  • Sumber: Nur Delisha

Resepi Aneka Masakan Berasaskan Nasi Goreng Terbaik Mesti Anda Cuba

Anda mesti cuba resepi-resepi nasi goreng terbaik kerana ianya mudah, sedap dan menyelerakan. Pelajari sekarang dan mulakan hari anda dengan pelbagai jenis masakan setiap hari!

Web Directories

Explore a wide range of information and resources tailored to your interests. Whether you’re looking for travel inspiration, financial tips, hobby ideas, product reviews, or more, our carefully selected links have something for everyone. Click the links above to start your journey toward discovering new experiences and expanding your horizons. Your next adventure is just a click away!

  1. https://asiaworldtour.com: “Asia World Tour: Your Gateway to Asian and World Adventures”
  2. https://personalfinancingloan.com: “Personal Financing Loan: Your Path to Financial Freedom”
  3. https://hobbyforte.com: “HobbyForte: Discover Your Car Passion, Explore Your Interests”
  4. https://reviewsanything.com: “ReviewsAnything: Your Trusted Source for Honest Gadget Reviews”
  5. https://rumahmampumilik.com: “Rumah Mampu Milik: Your Affordable Homeownership Journey Begins Here”
  6. https://malaysiadigit.com: “MalaysiaDigit: Your Digital Destination for News and Insights”
  7. https://vipmalaysia.com: “VIP Malaysia: Elevate Your Experience in Malaysia”
  8. https://nordiyana.com: “Indulge in Elegance at Nordiyana: Latest Recipe and Culinary Inspirations”
  9. https://e-penyatagaji.com: “E-Penyata Gaji: Simplifying Payroll Management for You”
  10. https://googleasia.org: “Google Asia: Explore the World and Asia’s Wonders with Google Asia”
  11. https://malaysiafit.com: “Malaysia Fit: Your Partner in Health and Wellness”
  12. https://koperasi.info: “Koperasi: Building Communities, Empowering Lives”
  13. https://recipeinside.com: “RecipeInside: Unveiling Culinary Creations, Your Guide to Delicious Dishes”
  14. https://asiahealthcenter.com: “Asia Health Center: Your Source for Holistic Wellness Solutions”
  15. https://nationalhealthcenters.com: “National Health Centers: Your Source for Vital Health Information and Community Care”
  16. https://malaysiabit.com: “MalaysiaBit: Stay Informed, Stay Connected”
  17. https://epenyatagaji.com: “E-Penyata Gaji: Your Digital Payslip Solution”
  18. https://koperasi.work: “Koperasi Work: Collaborate, Innovate, Succeed”
  19. https://koperasi.business: “Koperasi Business: Driving Entrepreneurship, Fostering Growth”

FAQ Resepi Nasi Goreng Isi Ikan dan Telur Mata

Dapatkan tips terbaik dan tatacara yang betul supaya anda lebih teruja untuk memasak resepi baru setiap hari!

Kenapa anda mesti membuat resepi nasi goreng isi ikan dan telur mata?

Resepi nasi goreng isi ikan dan telur mata merupakan masakan nusantara yang lazat, mudah dan sangat popular bagi orang melayu di Malaysia. Resepi ini juga mampu menghadirkan tekstur yang unik dan rasa yang padat kerana terdapat isi ikan dalam nasi yang bermanfaat.

Adakah mudah untuk membuat resepi nasi goreng isi ikan dan telur mata?

Ya, mudah untuk membuat resepi nasi goreng isi ikan dan telur mata. Anda hanya perlu menyiapkan bahan-bahan berikut: ikan yang sudah dimasak, 2 biji telur, secubit garam, 2 ulas bawang putih cincang, ½ biji bawang merah cincang, 2 sudu makan minyak masak, ½ cawan air, dan secubit gali lada. Setelah anda menyiapkan bahan-bahan tersebut, ikut langkah-langkah berikut:

  1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
  2. Masukkan ikan yang telah dimasak ke dalam kuali. Gaulkan dengan bawang putih dan bawang merah bersama garam dan lada.
  3. Setelah ikan cukup masak, masukkan bancuhan telur ke atasnya. Biarkan selama 4-5 minit.
  4. Masukkan nasi ke dalam kuali dan gaul rata.
  5. Tutup api dan angkat. Nasi goreng isi ikan dan telur mata anda siap dihidangkan.
error: