,

Resepi Nasi Goreng Isi Ikan dan Telur Mata

Nasi Goreng Isi Ikan dan Telur Mata adalah hidangan yang sempurna untuk seisi keluarga. Gabungan nasi goreng beraroma tradisi kampung dengan isi ikan yang lembut, ditambah telur mata, menjadikannya pilihan yang sedap dan mudah disediakan. Resepi ini sesuai untuk sarapan, makan tengahari, atau makan malam yang ringkas tetapi menyelerakan!

Bahan-Bahan

Untuk resepi nasi goreng isi ikan dan telur mata ini, bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut: –

Bahan-Bahan Utama (Nasi dan Ikan)

Bahan-Bahan Hiasan

Note: * bermakna bahan tumis

Cara Memasak

Berikut adalah cara membuat nasi goreng isi ikan dan telur mata yang ditunjukkan langkah demi langkah.

Masak Isi Ikan

  1. Mula-mula, goreng ikan (samada ikan kembung, ikan merah, ikan senangin, isi pari dan lain-lain). Ambil isi dan buang tulang. Asingkan menggunakan bekas.
  2. Kemudian, goreng telur hancur dan ketepikan.
  3. Potong bawang merah, cili merah besar dan cili padi diketuk. Ikan bilis pula ditumbuk kasar,
  4. Panaskan minyak, tumis bahan tadi.
  5. Masukkan sayur dan kacau rata-rata.
  6. Masukkan Maggi Cukup Rasa atau garam ataupun Ajinomoto

Masak Nasi Goreng

  1. Masukkan nasi sejuk ke dalam kuali dan gaul hingga sekata.
  2. Jika inginkan warna cantik, anda boleh letak sedikit kicap lemak manis dan serbuk kunyit.
  3. Akhir sekali, masukkan telur yang di goreng hancur tadi.
  4. Apabila hampir masak, masukkan isi ikan dan gaul rata semuanya.
  5. Untuk bahan sampingan telur mata atau telur rebus pun boleh dihidangkan.
  6. Hiaskan dengan tabur daun sup dan bawang goreng.
  7. Nasi goreng isi ikan dan telur mata siap untuk dimakan!

Penyediaan Telur Mata

  1. Goreng telur mata lembut atau masak mengikut citarasa.
  2. Letakkan telur mata di atas nasi goreng semasa menghidang.

Tips Berguna

Cadangan Hidangan

Fakta Pemakanan Per Hidangan

(Based on standard serving size)

Komponen PemakananNilai per Hidangan (1 Pinggan)% Nilai Harian
Kalori460 kcal23%
Protein24 g48%
Lemak13 g20%
Karbohidrat58 g19%
Gula9 g18%
Serat3 g12%
Sodium680 mg28%

Sumber: Nur Delisha

FAQ

Kenapa anda mesti membuat resepi nasi goreng isi ikan dan telur mata?

Resepi nasi goreng isi ikan dan telur mata merupakan masakan nusantara yang lazat, mudah dan sangat popular bagi orang melayu di Malaysia. Resepi ini juga mampu menghadirkan tekstur yang unik dan rasa yang padat kerana terdapat isi ikan dalam nasi yang bermanfaat.

Resepi Nasi Goreng Isi Ikan dan Telur Mata yang Best

More posts

error: