Resepi Nasi Kerabu Kelantan: Memang Sedap Kalau Tahu Caranya

Resepi Nasi Kerabu Kelantan
Cubalah Resepi Nasi Kerabu Kelantan yang mempunyai rasa original Pantai Timur. Dapatkan 1001 resipi terhebat disini. Hanya resipi pasti jadi yang dipaparkan di laman web ini. Jom kita cuba masak!

Bukan sahaja sangat menyelerakan malah jika anda belajar Resepi Nasi Kerabu Kelantan ini anda pasti teruja kerana yang pertama nasinya yang berwarna biru dan kedua banyak sayur-sayuran mentah yang ditaburkan di atas nasi.

Resepi Nasi Kerabu Kelantan Summary

  • Nama Resipi: Resepi Nasi Kerabu Kelantan
  • Kategori Hidangan: Makanan
  • Jenis Masakan: Melayu

Bahan-Bahan Resepi Nasi Kerabu Kelantan

Bahan-bahan untuk nasi:(sukatan & olahan cara rohaisha)

Bagi Resepi Nasi Kerabu Kelantan, bahan-bahan yang anda perlu sedikan untuk membuat nasi ada ditunjukkan dibawah.

  • 1 genggam penuh bunga telang | rendam dalam air secukupnya
  • 2 1/2 cawan beras
  • 3 1/2 cawan air rendaman bunga telang (sukatan ikut jenis beras)

Resepi nasi kerabu

  • 5 helai daun limau purut | koyak2 sedikit
  • 1 batang serai | titik

Bahan Kuah Tumis

Resepi Nasi Kerabu Kelantan untuk bahan kuah tumis pula seperti berikut: –

  • Santan pekat (saya guna 1 cawan)
  • 7 ulas bawang merah* | (*) kisar
  • 1/2 labu bawang putih*
  • 3 labu bawang besar*
  • 15 tangkai cili kering*
  • 1 cm halia*
  • 1 batang serai | ketuk
  • 1 keping asam keping
  • 2 sudu besar gula
  • Sedikit gula melaka
  • 2 sudu besar budu
  • Garam (kena rasa masin dulu)

Bahan-bahan Sambal kelapa

  • 1 ekor ikan kembung | yang telah direbus dan diambil isinya
  • 1/2 biji kelapa | goreng (sangai)
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 batang serai
  • Garam
  • Gula

Bahan-bahan Ulam-ulaman

  • Kacang panjang
  • Kubis
  • Timun (tak letak)
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • Bawang besar (tak letak)
  • Kacang botol (tak letak)
  • Taugeh

Bahan-bahan Sambal Cili

  • Cili padi | tumbuk
  • Cuka
  • Garam
  • Gula

Bahan-bahan Lain: (pilihan)

  • Telur masin
  • Ikan rebus goreng celup tepung
  • Daging bakar
  • daging goreng @ ayam goreng
  • Keropok @ keropok lekor
  • Solok lada
  • Bawang putih jeruk
  • Atau apa2 aja yang disukai

Cara Memasak Resepi Nasi Kerabu Kelantan

Terdapat 5 kategori cara menyediakan Resepi Nasi Kerabu Kelantan dan dimulakan dengan cara menyiapkan beras hinggalah kepada cara menghidang.

Cara Menyiapkan Beras

  1. Ramas dan rendamkan bunga telang dalam air secukupnya. Ketepikan.
  2. Cuci beras dan rendam seketika.
  3. Toskan beras dan masak nasi seperti biasa dengan memasukkan air bunga telang bersama serai dan daun limau purut dalam periuk. Kacau rata.
  4. Tanak hingga nasi masak.

**Boleh juga titikkan pewarna biru jika tidak menggunakan bunga telang.

Cara Memasak Kuah Tumis

  1. Blend semua bahan bertanda (*) kecuali serai diketuk.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi.
  3. Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.
  5. Masukkan asam keping, budu dan gula. Jika menggunakan budu dirasakan dulu sebelum dimasukkan garam. Masak sehingga pecah minyak.

Cara Membuat Sambal Kelapa

  1. Goreng kelapa dan kacau sentiasa supaya tidak hangit.
  2. Tumbuk semua bahan dan gaul dengan kelapa goreng.
  3. Tumbuk lagi sekali. Kemudian, masukkan garam dan gula.

Cara Menyediakan Ulam-ulaman

  • Hiris halus kesemua ulaman.

Cara menghidang

  1. Letakkan nasi dalam pinggan. Masukkan ulam-ulaman diikuti sambal kelapa.
  2. Kemudian sendukkan sedikit kuah tumis, budu dan sambal.
  3. Akhir sekali letakkan keropok dan lauk pauk seperti telur masin, daging bakar, ikan celup tepung, daging goreng dll.
  4. Jika suka letakkan pula sayuran seprti solok lada, bawang putih jeruk dll.

Did you know?

Nota: Kuah tumis biar ada rasa masin sedikit. Kuah tumis sedap disediakan lebih awal dan mesti agak pekat.Kalau makan pagi disediakan sebelah malamnya.

Hashtag / Keywords

Resepi Nasi Kerabu Kelantan Reviews

Customer Reviews about Resepi Nasi Kerabu Kelantan

Resepi Nasi Kerabu Kelantan adalah sajian sarapan pagi yang sangat istimewa di Malaysia. Kini dengan adanya Resepi Nasi Kerabu Kelantan, anda boleh memasak sendiri di rumah. Selamat mencuba!

Yana

https://nordiyana.com

Kongsi Resipi Anda

Tekan Butang Share Facebook, Twitter dan Kongsi Resipi di Whatsapp dan Telegram

Jangan lupa untuk tekan butang share pada ikon Twitter, Facebook dan berkongsi Resepi Nasi Kerabu Kelantan di Whatsapp Group atau melalui Telegram dibawah.

Nordiyana.com adalah semua mengenai memasak dan berjalan-jalan. 1 hari 1 resipi baru, jadi dalam masa satu tahun sahaja anda sudah dapat menguasai 365 resipi. Terima kasih kerana menyukai dan mengunjungi laman web kami. Jika anda ingin berkongsi resipi dan gambar masakan anda diketengahkan dalam laman web kami, sila e-melkan gambar dan resepi ke [email protected].

Ingin Resepi Anda Diketengahkan?

  1. Ambil gambar masakan yang anda ingin ketengahkan. Hantar sekeping foto masakan yang sudah siap sepenuhnya dalam bentuk .jpeg atau dalam bentuk yang mudah.
  2. Tulis bahan-bahan yang diperlukan serta cara memasak/ cara membuat. Menu atau hidangan yang boleh anda kirimkan merangkumi apa sahaja masakan, kuih muih, kek, biskut, minuman gulai dan sebagainya.
  3. Anda juga boleh tujukan resipi ini kepada insan yang istimewa dalam hidup anda sebagai menghargai perkongsian resepi yang anda sumbangkan. Tulis dengan ringkas, padat dan membawa erti sangat mendalam dan bermakna dalam hidup anda untuk resipi tersebut.
  4. Contohnya, anda boleh menulis seperti dibawah ini:-

“Resepi Nasi Kerabu Kelantan ini didedikasikan buat suami tersayang iaitu Shamsul Iskandar bin Kahar iaitu suamiku yang tercinta yang sedang menjalankan tugas di sempadan Malaysia-Thailand. Apabila selesai bertugas dan pulang ke rumah, beliau sering menyuruhku untuk membuat menu ini. Menu kegemaran katanya.”

“Semoga suamiku sihat sejahtera dan dilindungi dari bahaya musuh. Jangan risaukan adinda dan anak-anak di sini. Kami menunggu kepulanganmu wahai Suamiku. Ikhlas dari isterimu yang sedia menanti- Mariani binti Mamat dan anak-anak Luqman Daniel bin Shamsul Iskandar, 12 tahun dan Intan Norazura binti Shamsul Iskandar, 9 tahun”.

Anda juga boleh menghantar gambar anda dan gambar keluarga untuk kami ketengahkan sebagai sumber resipi (anda juga mempunyai pilihan untuk tidak menghantar gambar anda). Dengan mengenali diri orang yang mencipta atau berkongsi Resepi Nasi Kerabu Kelantan ini, diharapkan pengunjung laman web ini dapat mengenali empunya resipi dan seterusnya mendoakan empunya resipi diberikan kesihatan, kesejahteraan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

error: