Resepi Daging Masak Kari Kurang Pedas Daging Masak Kari Kurang Pedas adalah pilihan tepat bagi mereka yang ingin menikmati masakan kari dengan rasa yang lebih...
Resepi Original Nasi Mandi Chef Ammar
Nasi Mandi adalah hidangan istimewa dari Timur Tengah yang kini semakin popular di Malaysia. Dengan aroma rempah yang memikat dan kelembutan daging yang sempurna, hidangan ini adalah pilihan terbaik untuk jamuan keluarga atau majlis istimewa. Kini, anda boleh mencuba sendiri resepi asli dari Chef Ammar di rumah!
Masa Penyediaan
Masa Penyediaan: 20 minit
Masa Memasak: 1 jam 30 minit
Jumlah Masa: 1 jam 50 minit
Cadangan Penyediaan
Hidangkan nasi mandi bersama sambal Arab dan sup tulang rusuk untuk pengalaman rasa autentik. Gunakan hidangan ini untuk majlis istimewa atau sebagai hidangan utama keluarga.
Bahan-Bahan Resepi Original Nasi Mandi by Chef Ammar
Resepi Original Nasi Mandi by Chef Ammar adalah menu Nasi Arab terbaik dihasilkan oleh chef kesayangan rakyat Malaysia. Beliau telah memperkenalkan banyak menu timur tengah dari Palestine dan diharap perkongsian resepi ini memberi manfaat kepada semua yang ingin cuba membuat Nasi Arab sendiri dirumah. Jom kita saksikan bersama-sama! Memasak dengan hati memasak dengan Iman. Berikut adalah bahan-bahan utama iaitu untuk membuat nasi mandi dan sup tulang rusuk mandi.
Resepi Nasi Mandi
- 500-gram Beras Nasi Mandi Chef Ammar
- ½ sudu besar Rempah Nasi Mandi Chef Ammar
- 1½ sudu besar Smoke Flavour Chef Ammar
- 3 sudu besar Minyak Sapi Ghee
- ½ sudu kecil Serbuk Saffron
- 80 ml Minyak Masak
- 2 biji Cili Hijau
- ½ biji Bawang Besar
- 8 ulas Bawang Putih
- 1 sudu kecil Garam Secukup Rasa
Resepi Sambal Arab
- 8 biji Buah Tomato
- 8 ulas Bawang Putih
- 2 sudu besar Tomato Tin
- 4 sudu besar Minyak Zaitun
- 1 biji Lemon
- 1 sudu kecil Garam
- 3 biji Cili Padi
- 150 ml Air
- Sos Pedas Secukup Rasa
Resepi Tulang Rusuk Mandi
- 3½ sudu besar Rempah Nasi Mandi
- 2 sudu besar Smoke Flavour Chef Ammar
- 2-kilogram Tulang Rusuk Lembu
- ½ sudu kecil Serbuk Saffron
- ½ cawan Minyak Masak
- 2 biji Bawang Besar
- 16 ulas Bawang Putih
- 3 batang Cili Hijau
- 3 batang Cili Api
- 1 sudu kecil Garam
Cara Memasak Resepi Original Nasi Mandi Chef Ammar
Cara memasak resepi Original Nasi Mandi Chef Ammar dapat dibahagikan kepada tiga (3) bahagian iaitu:
Cara Memasak Sambal Arab Chef Ammar
- Mula-mula, masukkan semua bahan-bahan ke dalam mesin pengisar.
- Kemudian, masukkan pes tomato untuk mencantikkan warna.
- Letakkan minyak zaitun diikuti dengan air masak.
- Kisar semua bahan-bahan hingga lumat.
- Keluarkan semua bahan-bahan yang telah dikisar ke dalam mangkuk.
- Letakkan minyak zaitun di atas permukaan dan juga hot sauce.
Cara Memasak Resepi Tulang Rusuk Mandi
- Masukkan semua bahan-bahan Tulang Rusuk Nasi Mandi ke dalam pressure cooker.
- Gunakan pressure cooker untuk merebus tulang rusuk dengan semua bahan tadi selama 10-15 minit.
- Apabila sudah siap, letakkan di atak mangkuk.
Cara Memasak Nasi Mandi
- Masukkan semua bahan ke dalam periuk nasi.
- Buat lapisan demi lapisan iaitu tulang rusuk dan diikuti dengan nasi.
- Ulang cara nombor 2 hingga dibuat beberapa lapisan nasi.
- Panaskan dan seterusnya apabila siap, terbalikkan periuk nasi untuk mengeluarkan nasi mandi secara up side down.
- Siap!
Petua Memasak Nordiyana: Jangan terus membuka pressure cooker yang masih panas kerana ia akan mengakibatkan letupan dan boleh mencederakan anda. Tarik wisel yang terdapat pada penutup pressure cooker dan tunggu sehingga tiada gas yang keluar dari lubang wisel pressure cooker.
Tips & Cadangan Hidangan
- Gunakan beras berkualiti tinggi untuk memastikan nasi berbutir sempurna.
- Saffron memberikan warna keemasan yang cantik dan aroma eksklusif pada nasi.
- Hidangkan bersama acar Arab dan roti pita untuk pengalaman Timur Tengah lengkap.
Fakta Pemakanan Per Hidangan
Komponen Pemakanan | Nilai per Hidangan (1 cawan) | % Nilai Harian* |
---|---|---|
Kalori | 520 kcal | 26% |
Protein | 25g | 50% |
Lemak | 18g | 28% |
Karbohidrat | 65g | 22% |
Garam | 2.1g | 35% |
Gula | 5g | 10% |
Serat | 4g | 16% |
*Nilai Harian adalah berdasarkan diet 2,000 kalori. Keperluan individu mungkin berbeza.
Resepi Original Nasi Mandi: Ringkasan
- Nama Resepi: Resepi Original Nasi Mandi
- Kategori Hidangan: #Makanan #Daging
- Jenis Masakan: #TimurTengah
- Sumber: Chef Ammar YouTube
Resepi Aneka Masakan Berasaskan Daging Terbaik Mesti Anda Cuba
Anda mesti cuba resepi-resepi daging terbaik kerana ianya mudah, sedap dan menyelerakanan. Pelajari sekarang dan mulakan hari anda dengan pelbagai jenis masakan setiap hari!
Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Api: Rasa Pekat dan Creamy!
Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Api Malaysia Daging Salai Masak Lemak Cili Api adalah hidangan tradisional yang penuh rasa dan kaya dengan aroma santan...
Resepi Daging Masak Kandar: Rasa Tradisional Paling Sedap
Resepi Daging Masak Kandar Masakan Klasik Melayu Daging Masak Kandar adalah masakan yang kaya dengan rempah dan aroma, menjadikannya sesuai untuk dijadikan hidangan istimewa. Resepi...
Resepi Daging Goreng Berempah: Rasa Asli yang Memikat
Resepi Daging Goreng Berempah Tradisional Melayu Daging Goreng Berempah adalah hidangan yang kaya dengan aroma rempah-rempah tradisional dan pasti memikat selera. Dengan resepi ini, anda...
Resepi Daging Rendang Masak Cili Api: Masakan Mudah
Resepi Daging Rendang Masak Cili Api Rendang Masak Cili Api adalah hidangan klasik yang terkenal dengan rasa pedas berempah dan tekstur lembut daging yang memikat...
Resepi Daging Masak Kurma yang Mudah, Sedap dan Terangkat
Resepi Daging Masak Kurma dengan Rempah Ratus yang Menyelerakan! Resepi Daging Masak Kurma ini enak dan sedap! Gunakan daging lembu bersama rempah-rempah seperti kayu manis,...
Resepi Daging Masak Hitam: Masakan Tradisional yang Sedap
Resepi Daging Masak Hitam Daging Masak Hitam adalah salah satu masakan tradisional yang memukau dengan rasa kicap yang kaya dan rempah yang unik. Hidangan ini...
Resepi Daging Masak Dendeng: Hidangan Memikat Selera
Resepi Daging Masak Dendeng Daging Masak Dendeng merupakan hidangan klasik yang terkenal dengan rasa berempah dan kaya dengan tekstur. Resepi ini menggunakan bahan-bahan segar untuk...
Web Directories
Explore a wide range of information and resources tailored to your interests. Whether you’re looking for travel inspiration, financial tips, hobby ideas, product reviews, or more, our carefully selected links have something for everyone. Click the links above to start your journey toward discovering new experiences and expanding your horizons. Your next adventure is just a click away!
- https://asiaworldtour.com: “Asia World Tour: Your Gateway to Asian and World Adventures”
- https://personalfinancingloan.com: “Personal Financing Loan: Your Path to Financial Freedom”
- https://hobbyforte.com: “HobbyForte: Discover Your Car Passion, Explore Your Interests”
- https://reviewsanything.com: “ReviewsAnything: Your Trusted Source for Honest Gadget Reviews”
- https://rumahmampumilik.com: “Rumah Mampu Milik: Your Affordable Homeownership Journey Begins Here”
- https://malaysiadigit.com: “MalaysiaDigit: Your Digital Destination for News and Insights”
- https://vipmalaysia.com: “VIP Malaysia: Elevate Your Experience in Malaysia”
- https://nordiyana.com: “Indulge in Elegance at Nordiyana: Latest Recipe and Culinary Inspirations”
- https://e-penyatagaji.com: “E-Penyata Gaji: Simplifying Payroll Management for You”
- https://googleasia.org: “Google Asia: Explore the World and Asia’s Wonders with Google Asia”
- https://malaysiafit.com: “Malaysia Fit: Your Partner in Health and Wellness”
- https://koperasi.info: “Koperasi: Building Communities, Empowering Lives”
- https://recipeinside.com: “RecipeInside: Unveiling Culinary Creations, Your Guide to Delicious Dishes”
- https://asiahealthcenter.com: “Asia Health Center: Your Source for Holistic Wellness Solutions”
- https://nationalhealthcenters.com: “National Health Centers: Your Source for Vital Health Information and Community Care”
- https://malaysiabit.com: “MalaysiaBit: Stay Informed, Stay Connected”
- https://epenyatagaji.com: “E-Penyata Gaji: Your Digital Payslip Solution”
- https://koperasi.work: “Koperasi Work: Collaborate, Innovate, Succeed”
- https://koperasi.business: “Koperasi Business: Driving Entrepreneurship, Fostering Growth”