Resepi Rendang Daging Kegemaran Malaysia

Rendang Daging adalah masakan klasik Melayu yang sangat memikat selera. Kaya dengan aroma rempah dan tekstur lembut, hidangan ini sesuai untuk sebarang majlis istimewa atau perayaan. Ikuti langkah-langkah berikut untuk menyediakan rendang daging yang memukau, lengkap dengan cadangan penyediaan, fakta pemakanan, dan tips berguna.

Bahan-Bahan Resepi Rendang Daging

Untuk resepi rendang dagingini, bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut: –

Bahan Utama

  • 2 kg daging lembu pejal (dipotong kiub, dicuci, dan ditoskan)
  • 2 kuntum bunga kunyit (dihiris halus)
  • 2 helai daun kunyit (dihiris halus)
  • 5 helai daun limau purut
  • 2-liter santan (daripada 3 biji kelapa)
  • Air panas (secukupnya)
  • 5 camca besar penuh kerisik
  • 4 camca besar rempah kari daging Baba’s
  • 1 senduk nasi cili kisar
  • 3 keping asam gelugor
  • 2 camca besar hirisan gula Melaka
  • Garam (secukup rasa)

Bahan Dikisar Halus

  • 2 biji bawang besar
  • 18 biji bawang merah
  • 7 ulas bawang putih
  • 10 biji buah keras
  • ½ inci belacan
  • 2 inci kunyit hidup
  • 30 biji cili padi
  • 12 batang serai (dihiris halus)

Bahan Tumisan

  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 8 kuntum bunga cengkih
  • 4 biji buah pelaga
  • 5 biji bawang merah (dihiris halus)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris halus)

Cara Memasak Rendang Daging

Berikut adalah cara memasak rendang daging langkah demi langkah:

  1. Satukan bahan kisar halus bersama rempah kari, kacau rata hingga sebati. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan2 tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing.
  3. Kemudian, masukan rempah kari + bahan kisar halus tadi dan masak hingga terbit minyak dan rempah garing, guna api sederhana dan kacau selalu.
  4. Masukkan daging dan kacau rata. Masak hingga daging kecut. Tuang santan, kacau dan biar mendidih hingga pekat.
  5. Selepas itu, masukkan garam (sedikit dahulu), kerisik, asam gelugor dan daun limau purut. Kacau rata dan terus memasak hingga sedikit kering. Kalau masa ini daging masih agak keras, tuang sedikit air panas dan sambung masak, guna api kecil.
  6. Masukkan gula melaka dan sedikit lagi garam. Kacau rata dan masak hingga rendang kering tapi masih lembap.
  7. Akhir sekali, masukkan hirisan bunga dan daun kunyit, gaul rata dan masak lagi sehingga anda puas hati dengan rasa.
  8. Hidangkan resepi daging masak rendang bersama ketupat, lemang, nasi dan sebagainya.

Tips untuk Rendang Daging yang Sempurna

  • Gunakan santan segar untuk rasa yang lebih kaya dan berlemak.
  • Masak dengan api kecil untuk memastikan rendang dimasak perlahan sehingga kuah benar-benar meresap.
  • Tambahkan daun limau purut untuk aroma yang segar dan menarik.

Cadangan Hidangan

Rendang Daging sangat sesuai dihidangkan bersama nasi putih panas, ketupat, atau lemang. Lengkapkan dengan sambal belacan dan acar timun untuk rasa yang lebih harmoni.

Masa Penyediaan

  • Masa Penyediaan: 30 minit
  • Masa Memasak: 3 jam
  • Jumlah Masa: 3 jam 30 minit

Fakta Pemakanan Per Hidangan

Berikut adalah anggaran kandungan nutrisi Resepi Rendang Daging (untuk 1 keping daging daripada anggaran 20 keping):

Komponen PemakananNilai per Hidangan% Nilai Harian
Kalori300 kcal15%
Karbohidrat10g3%
Protein25g50%
Lemak20g31%
Gula6g12%
Serat2g8%

Nilai Harian adalah berdasarkan diet 2,000 kalori. Keperluan individu mungkin berbeza.

Dengan resepi ini, anda boleh menyediakan Rendang Daging yang tradisional, kaya dengan rasa rempah, dan pasti menggembirakan keluarga serta tetamu. Selamat mencuba!




Resepi Rendang Daging Kegemaran Malaysia

Resepi Rendang Daging: Ringkasan

Resepi Aneka Masakan Berasaskan Daging Terbaik Mesti Anda Cuba

Anda mesti cuba resepi-resepi daging terbaik kerana ianya mudah, sedap dan menyelerakanan. Pelajari sekarang dan mulakan hari anda dengan pelbagai jenis masakan setiap hari!

Web Directories

Explore a wide range of information and resources tailored to your interests. Whether you’re looking for travel inspiration, financial tips, hobby ideas, product reviews, or more, our carefully selected links have something for everyone. Click the links above to start your journey toward discovering new experiences and expanding your horizons. Your next adventure is just a click away!

  1. https://asiaworldtour.com: “Asia World Tour: Your Gateway to Asian and World Adventures”
  2. https://personalfinancingloan.com: “Personal Financing Loan: Your Path to Financial Freedom”
  3. https://hobbyforte.com: “HobbyForte: Discover Your Car Passion, Explore Your Interests”
  4. https://reviewsanything.com: “ReviewsAnything: Your Trusted Source for Honest Gadget Reviews”
  5. https://rumahmampumilik.com: “Rumah Mampu Milik: Your Affordable Homeownership Journey Begins Here”
  6. https://malaysiadigit.com: “MalaysiaDigit: Your Digital Destination for News and Insights”
  7. https://vipmalaysia.com: “VIP Malaysia: Elevate Your Experience in Malaysia”
  8. https://nordiyana.com: “Indulge in Elegance at Nordiyana: Latest Recipe and Culinary Inspirations”
  9. https://e-penyatagaji.com: “E-Penyata Gaji: Simplifying Payroll Management for You”
  10. https://googleasia.org: “Google Asia: Explore the World and Asia’s Wonders with Google Asia”
  11. https://malaysiafit.com: “Malaysia Fit: Your Partner in Health and Wellness”
  12. https://koperasi.info: “Koperasi: Building Communities, Empowering Lives”
  13. https://recipeinside.com: “RecipeInside: Unveiling Culinary Creations, Your Guide to Delicious Dishes”
  14. https://asiahealthcenter.com: “Asia Health Center: Your Source for Holistic Wellness Solutions”
  15. https://nationalhealthcenters.com: “National Health Centers: Your Source for Vital Health Information and Community Care”
  16. https://malaysiabit.com: “MalaysiaBit: Stay Informed, Stay Connected”
  17. https://epenyatagaji.com: “E-Penyata Gaji: Your Digital Payslip Solution”
  18. https://koperasi.work: “Koperasi Work: Collaborate, Innovate, Succeed”
  19. https://koperasi.business: “Koperasi Business: Driving Entrepreneurship, Fostering Growth”

FAQ Resepi Rendang Daging

Dapatkan tips terbaik dan tatacara yang betul supaya anda lebih teruja untuk memasak resepi baru setiap hari!

Kenapa anda mesti membuat resepi rendang daging?

Anda mesti membuat resepi rendang daging kerana ia adalah salah satu makanan yang sangat digemari di Malaysia. Hidanan ini juga sangat terkenal dan biasanya disajikan hampir setiap rumah orang Melayu Malaysia yang menyambut Hari Raya Aidilfitri. Jadi, anda haruslah mendapatkan resepi yang betul-betul tulen supaya masakan anda menjadi sedap dan boleh dinikmati semua.

Adakah mudah untuk membuat resepi rendang daging?

Ya, jawapanya ia tidaklah sesusah mana membuat resepi rendang daging seperti yang kebanyakan orang sangkakan. Anda perlu menyiapkan bahan-bahan seperti daging, cili, bawang merah, bawang putih, kunyit, jintan manis, garam, serbuk kari dan tentu saja minyak masak. Semestinya dalam setiap masakan rendang akan menggunakan santan dan kerisik.

error: