Sizzling Yee Mee oleh Chef Kamarul: Hidangan Klasik Penuh Keenakan

Ketahui rahsia di sebalik resepi Sizzling Yee Mee oleh Chef Kamarul, gabungan rasa yang hebat dan tekstur yang memuaskan. Ikuti langkah mudah ini untuk mencipta hidangan ikonik Malaysia yang pasti memukau keluarga anda!

Apa yang Membuatkan Sizzling Yee Mee oleh Chef Kamarul Istimewa

Sizzling Yee Mee adalah hidangan yang digemari di Malaysia, terkenal dengan sosnya yang aromatik, mi yang kenyal, dan persembahan yang menyelerakan. Chef Kamarul menambah sentuhan istimewa yang menjadikan resepi ini lebih lazat dan menarik.

Keistimewaan Hidangan Ini

  • Aroma Memikat: Sos sizzling memenuhi dapur anda dengan bau yang menyelerakan.
  • Tekstur Mi yang Sempurna: Yee mee menyerap kuah berperisa dengan sempurna.
  • Tip daripada Chef: Teknik dan petua khas memastikan rasa yang terbaik.

Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 10 minit
Jumlah hidangan: 4 orang

Bahan-Bahan Resepi Sizzling Yee Mee Chef Kamarul

Bahan-bahan Sizzling Yee Mee Chef Kamarul dipecahkan kepada tiga (3) bahagian iaitu bahan ayam, bahan kuah dan bahan-bahan lain.

Bahan Ayam

Untuk Resepi Sizzling Yee Mee Ala Foodcourt by Chef Kamarul, bahan ayamnya adalah seperti dibawah:

  • 500 gram ayam – dipotong kecil
  • 2 ulas bawang putih – dicincang)
  • 1 cm halia – dicincang)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • ½ sudu kecil lada Hitam

Bahan Kuah

Bagi bahan kuah Resepi Sizzling Yee Mee Ala Foodcourt by Chef Kamarul pula disenaraikan seperti berikut:

  • 3 ulas bawang putih – dicincang
  • 3 cm halia – dicincang
  • 6 tangkai cili Kering – gunting kecil dan rendam air panas
  • 10 ketul cendawan Kering Shitake – hiris dan rendam air panas
  • 1.5-liter stok ayam/air
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap lemak masin
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • ½ sudu kecil minyak bijan
  • Lada putih secukup rasa
  • Lada hitam secukup rasa
  • 4 sudu besar Minyak masak – untuk menumis
  • 2 sudu besar Tepung jagung – dicampur sedikit air

Bahan-bahan Lain

Bagi bahan-bahan lain untuk Resepi Sizzling Yee Mee Ala Foodcourt by Chef Kamarul dapat diterangkan seperti dibawah:

  • 1 bungkus yee mee (kering)
  • 1 ikat sayur sawi
  • 4 biji telur
  • 3 helai daun bawang – dihiris halus
  • 2 sudu besar bawang goreng

Cara Memasak Sizzling Yee Mee Chef Kamarul

Cara-cara penyediaan Sizzling Yee Mee Chef Kamarul:

  1. Mula-mula perapkan ayam bersama bahan perapan selama 30 minit.
  2. Panaskan kuali bersama minyak dan tumis bawang putih dan halia sehingga wangi (boleh masukkan sedikit minyak bijan jika suka)
  3. Masukkan ayam tadi dan kacau sehingga ayam separuh masak.
  4. Masukkan pula cili kering bersama dengan kicap pekat, kicap lemak masin dan seterusnya tuangkan stok ayam atau air.
  5. Biarkan mengelegak, kemudian perlahankan api dan biarkan sehingga ayam masak sempurna. Tuangkan campuran tepung jagung secukupnya untuk memekatkan kuah. (jangan terlalu pekat)
  6. Untuk menghidang, panaskan kuali leper ‘sizzling’ dan masukkan yee mee. Tuangkan kuah, susun sayur sawi dan pecahkan telur. Biarkan masak mengikut kesukaan masing-masing. Sedia untuk dihidang.

Tip untuk Sizzling Yee Mee yang Sempurna

  1. Gunakan Bahan Segar: Pastikan sayur-sayuran rangup dan protein segar untuk rasa terbaik.
  2. Panaskan Hotplate Terlebih Dahulu: Ini penting untuk mendapatkan kesan sizzling yang ikonik.
  3. Perasakan Perlahan-Lahan: Rasa kuah secara berperingkat untuk mendapatkan keseimbangan rasa yang ideal.
  4. *Jika tidak ada kuali leper ‘sizzling’, terus masukkan yee mee, telur dan sayur sawi ke dalam kuali bersama kuah dan biarkan yee mee lembut dan bolehlah dihidangkan.

Bawa Sentuhan Chef Kamarul ke Dapur Anda

Sizzling Yee Mee oleh Chef Kamarul bukan sekadar hidangan—ia adalah pengalaman! Dengan rasa yang kaya, persembahan yang menarik, dan keselesaan yang ditawarkan, resepi ini pasti menjadi kegemaran keluarga anda.

Bersediakah anda mencuba Resepi Sizzling Yee Mee Chef Kamarul ini dirumah? Sediakan untuk orang tersayang sekarang dan mereka dengan hidangan ala restoran! Kongsikan hasil masakan anda di media sosial dan tag kami untuk menunjukkan bakat kulinari anda. Selamat mencuba!




Resepi Sizzling Yee Mee Ala Foodcourt by Chef Kamarul

Sizzling Yee Mee oleh Chef Kamarul: Ringkasan

Resepi Aneka Masakan Berasaskan Mee Terbaik Mesti Anda Cuba

Anda mesti cuba resepi-resepi mee terbaik kerana ianya mudah, sedap dan menyelerakan. Pelajari sekarang dan mulakan hari anda dengan pelbagai jenis masakan setiap hari!

Web Directories

Explore a wide range of information and resources tailored to your interests. Whether you’re looking for travel inspiration, financial tips, hobby ideas, product reviews, or more, our carefully selected links have something for everyone. Click the links above to start your journey toward discovering new experiences and expanding your horizons. Your next adventure is just a click away!

  1. https://asiaworldtour.com: “Asia World Tour: Your Gateway to Asian and World Adventures”
  2. https://personalfinancingloan.com: “Personal Financing Loan: Your Path to Financial Freedom”
  3. https://hobbyforte.com: “HobbyForte: Discover Your Car Passion, Explore Your Interests”
  4. https://reviewsanything.com: “ReviewsAnything: Your Trusted Source for Honest Gadget Reviews”
  5. https://rumahmampumilik.com: “Rumah Mampu Milik: Your Affordable Homeownership Journey Begins Here”
  6. https://malaysiadigit.com: “MalaysiaDigit: Your Digital Destination for News and Insights”
  7. https://vipmalaysia.com: “VIP Malaysia: Elevate Your Experience in Malaysia”
  8. https://nordiyana.com: “Indulge in Elegance at Nordiyana: Latest Recipe and Culinary Inspirations”
  9. https://e-penyatagaji.com: “E-Penyata Gaji: Simplifying Payroll Management for You”
  10. https://googleasia.org: “Google Asia: Explore the World and Asia’s Wonders with Google Asia”
  11. https://malaysiafit.com: “Malaysia Fit: Your Partner in Health and Wellness”
  12. https://koperasi.info: “Koperasi: Building Communities, Empowering Lives”
  13. https://recipeinside.com: “RecipeInside: Unveiling Culinary Creations, Your Guide to Delicious Dishes”
  14. https://asiahealthcenter.com: “Asia Health Center: Your Source for Holistic Wellness Solutions”
  15. https://nationalhealthcenters.com: “National Health Centers: Your Source for Vital Health Information and Community Care”
  16. https://malaysiabit.com: “MalaysiaBit: Stay Informed, Stay Connected”
  17. https://epenyatagaji.com: “E-Penyata Gaji: Your Digital Payslip Solution”
  18. https://koperasi.work: “Koperasi Work: Collaborate, Innovate, Succeed”
  19. https://koperasi.business: “Koperasi Business: Driving Entrepreneurship, Fostering Growth”
error: