Tag: KualaLumpur

  • Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur: Destinasi Pilihan

    Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur: Destinasi Pilihan

    Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur

    Masjid Wilayah Persekutuan is located in Jalan Duta near National Tennis Complex and Income Tax Head Office. An iconic landmark in KL you must visit. Tour available. Read here for more information about the best destinations in Malaysia.

    From Official

    Konsep dan Rekabentuk Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

    Pusat komuniti dan kompleks ilmu dicantumkan untuk menjadi asas kepada konsep rekabentuk masjid ini. Masjid Wilayah Persekutuan adalah salah sebuah masjid yang utama di Kuala Lumpur, Malaysia. Masjid ini terletak berdekatan kompleks Matrade dan pejabat kerajaan di Jalan Duta.Seni bina masjid ini adalah berdasarkan lukisan semula Masjid Othman yang penuh dengan sejarah kegemilangan pada kurun ke-16. Masjid ini mempunyai seni bina Timur Tengah dan seni bina Melayu. Masjid ini juga mempunyai pengaruh seni bina Masjid Biru di Istanbul, Turki.

    Rekabentuk kubah di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah merupakan cantuman beberapa buah kubah yang terdiri daripada sebuah kubah utama, kubah-kubah separuh, (half-domes), sebuah ‘vault’ dan kubah-kubah kecil lain di atas Ruang Solat Utama. Kubah utamanya bergaris pusat 30-meter dengan ketinggianya mencapai sehingga 45-meter dari atas lantai Ruang Solat Utama.

    Secara keseluruhannya terdapat 22 buah kubah di Masjid Wilayah Persekutuan . Sebuah halaman terbuka yang dinamakan Laman Hidayah dibina di tengah-tengah bangunan bagi tujuan limpahan aktiviti solat dan ia juga berfungsi sebagai ruang interkasi terbuka. Dewan solat utama, dewan serbaguna dan asrama dilengkapi dengan sistem hawa dingin. Masjid ini juga dilengkapi dengan sistem pemadam-kebakaran, perkhidmatan lif ke tingkat 4, dan eskalator yang menghubungkan tingkat 1 dan 3.

    Material dan Ukiran

    Material yang digunakan pada hiasan dan tatahias luaran dan dalaman Masjid Wilayah Persekutuan ini berasaskan kayu dan batu. Ukiran-ukiran lebih bertumpu kepada komponen yang diperbuat daripada kayu seperti yang dapat dilihat pada pintu, tingkap dan sebahagian jeriji di dinding masjid. Pemidang di dewan solat wanita dan mimbar juga diperbuat daripada kayu yang telah diukir.

    Ukiran yang halus dan unik boleh dilihat pada dinding kemasan batuan simen, manakala silingnya berturap simen telah dibentuk dan diukir mengikut acuan. Motif kebanyakan ukiran kayu yang menghiasi masjid ini berbentuk awan larat yang diambil daripada bentuk-bentuk lima jenis bunga harum seperti bunga tikam seladang (bunga mas), cempaka, kenanga, tanjung, melur serta daun yang menghijau seperti paku pakis.

    Kayu-kayu hiasan terdiri daripada jenis kayu cengal yang diukir oleh tukang-tukang mahir tempatan yang didatangkan dari Terengganu dan Kelantan. Bahagian dalam Masjid Wilayah Persekutuan dihiasi dengan lampu-lampu yang mengeluarkan cahaya bergemerlapan. Lampu candelier yang digantung pada sebelah dalam kubah utama pula berbentuk moden dan eksklusif. Keindahannya terserlah apabila semua lampu itu dipasang terutama pada waktu malam.

    Ukiran batu Masjid Wilayah Persekutuan pula dibuat pada pintu gerbang utama dan mihrab. Jenis batu yang digunakan terdiri daripada batu marmar Makarana. Pembuatan batu ini diselenggarakan di tiga pusat yang terletak di Agra, Jaipur dan Makarana di Rajestan, India. Batu-batu ini diukir oleh pengukir mahir di India dengan menggunakan konsep in lay daripada jenis batu permata dan dipasang di tapak binaan oleh pekerja-pekerja tempatan dan dikemaskinikan serta dihalusi oleh pekerja India.

    Penggunaan batu permata pelbagai jenis seperti batu lapisan lazuli, black onyx, malachite, red and golden jasper, mother of pearl dan tiger eye menjadikan Masjid Wilayah Persekutuan ini begitu istimewa. Tulisan khat jenis Thuluth turut memainkan peranan penting dan amat bermakna sebagai hiasan kaligrafi kepada Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini. Ia diterapkan di tempat-tempat tertentu supaya mudah dihayati dan difahami terutama di gerbang pintu masuk.

    Lorong siar kaki yang disediakan di sekitar kolam ditaburi dengan batu-batu kecil dari sungai. Kolam air yang dilengkapi dengan tujuh pancutan halus dan air terjun buatan menambahkan lagi kelembutan dan ketenangan di situ. Kolam ini dilengkapi dengan bio-filter bagi menjaga kebersihan sepanjang masa.

    *Source: masjidwilayah.gov.my

    Frequently Asked Questions (FAQs)

    Bilakah Masjid Wilayah Persekutuan ini dibina?

    Pembinaan Masjid Wilayah ini direalisasikan pada 25 Syawal 1416 Hijri bersamaan 15 Mac 1996 Masihi dan siap dibina pada 30 Ogos 2000 Masihi. Upacara serah milik kepada pihak Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) pada September 2000 Masihi. Tapak binaannya berkeluasan kira-kira 13.4 hektar, iaitu di atas tapak bekas mahkamah dan pejabat kerajaan. Cadangan pembangunan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri keempat. Ia merupakan projek Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) dan diiktiraf berstatus Masjid Negeri.

    Berapakah bilangan jemaah di Masjid Wilayah Persekutuan yang boleh ada pada satu-satu masa?

    Masjid ini boleh menampung seramai 17,000 orang jemaah pada satu-satu masa. Keluasan keseluruhan bangunan adalah kira-kira 47,000-meter persegi. Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan,masjid ini merupakan masjid yang termoden di Malaysia pada masa kini.

    Apakah konsep senibina yang ada di Masjid Wilayah Persekutuan?

    Masjid ini dinamakan Masjid Wilayah Persekutuan adalah sebuah masjid berkonsepkan ‘masjid dalam taman’ telah pun dibina. Ia menggunakan konsep tradisi masjid-masjid Othmaniah di Turki, Rekabentuk senibina dan hiasan dalamanya pula adalah merupakan kombinasi rekabentuk tradisi Melayu Malaysia dan Timur Tengah.

    Dimanakah lokasi Masjid Wilayah Persekutuan?

    Masjid Wilayah Persekutuan terletak di sebuah kawasan berbukit Jalan Duta, berhampiran susur masuk ke pusat bandaraya Kuala Lumpur dan dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajudin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalulail pada 18 Februari 2005. Ianya terletak berhampiran dengan Kompleks Kerajaan, Jalan Duta dan kini merupakan satu lagi mercu tanda di ibu negara.

    Adakah disediakan Dewan Nikah di Masjid Wilayah Persekutuan?

    Bagi pasangan yang ingin membuat urusan akad nikah, anda boleh datang ke Masjid Wilayah Persekutuan kerana dewan nikah ini boleh memuatkan tetamu seramai 50 orang pada satu-satu masa. Anda boleh datang ke Aras 3, Anjung C dengan tempoh 1 jam setiap majlis akad nikah. Waktu yang ditetapkan adalah seperti berikut:

    • Hari bekerja bermula 5 petang hingga 10 malam.
    • Hari cuti bermula dari 9 pagi hingga 11 malam.

    Caj penggunaan dewan adalah RM100.

    Contact Information

    Wilayah Mosque,
    Jalan Tuanku Abdul Halim,
    Kompleks Kerajaan,
    50480 Kuala Lumpur.
    Telephone: 03-6201 8791

  • Masjid Negara: Destinasi Pilihan

    Masjid Negara: Destinasi Pilihan

    Masjid Negara, Malaysia

    Masjid Negara is one of famous for tourist all over the world. You can walk from Tasik Perdana and Butterfly Park. You can tour around National Mosque of Malaysia via tourist information. Read here for more information about the best destinations in Malaysia.

    From Official

    Rekabentuk Binaan Masjid Negara, Malaysia

    Reka bentuk dan penyeliaan bangunan ini telah dilakukan oleh para arkitek Bahagian Reka Bentuk dan Penyelidikan, Jabatan Kerja Raya Persekutuan. Mereka mengambil masa selama tiga tahun untuk menyiapkannya. Sebelum memulakan kerja merekabentuk Masjid Negara ini, arkitek utamanya, Baharuddin Abu Kassim mengkaji masjid-masjid di India, Pakistan, Iran, Turki, Arab Saudi, Republik Arab Bersatu dan Sepanyol.

    Sekali pandang, menara Masjid Negara berukuran 245 kaki tinggi kelihatan seperti sebuah roket. Bentuknya seperti sekaki payung yang kuncup manakala bumbungnya kelihatan seperti sekaki payung yang kembang. Bangunan berharga RM10 juta ini meliputi kawasan seluas lima ekar. Ia mengandungi sebuah dewan sembahyang seluas 22,500 kaki persegi, dewan persidangan, permakaman, perpustakaan, pejabat, halaman, menara, bilik diraja dan sebuah bilik imam. Permakaman untuk tujuh pahlawan negara terletak di bahagian barat. Turut disediakan ialah bilik radio dan televisyen berhawa dingin yang terletak di galeri dewan sembahyang.

    Terdapat tiga buah pintu besar dan sebuah pintu khas bagi kegunaan diraja di Masjid Negara. Di tingkat bawah ruang depan terdapat beberapa buah bilik untuk berwuduk, bilik mandi, tempat menyimpan kasut dan bilik berehat bagi mereka yang datang dari luar Kuala Lumpur. Sebelum sampai ke dewan sembahyang di tingkat pertama terdapat sebuah halaman besar. Di bahagian tengah halaman ini terdapat 48 kaki payung konkrit manakala di rusuknya pula terdapat kolam-kolam beserta beberapa buah pancuran.

    Dewan Sembahyang

    Dewan sembahyang itu bertembok konkrit tetulang dan dilekapkan dengan batu marmar Itali. Terdapat sembilan buah pintu lorot aluminium di sepanjang tiga bahagian tembok berkenaan. Beberapa potong ayat al-Quran ditulis melintangi tembok di atas pintu bahagian dalam dewan sembahyang itu. Tulisan berukuran dua kaki tinggi diadun dengan mozek keemasan dan kebiruan yang berkilat. Bumbungnya yang beropol itu menyinarkan cahaya merah mawar, disulami pula di tengah-tengahnya oleh terawang kekisi terrazzo di sepanjang galeri. Bumbung konkritnya berbentuk payung kembang dan dihiasi dengan mozek kaca dan emas putih.

    Bumbung yang berukuran 84 kaki tinggi itu mempunyai garis pusat sepanjang 200 kaki dan disokong oleh 16 buah batang tiang yang ukuran garis pusatnya sepanjang 3 kaki. Tiang-tiang itu diturap dengan terrazzo. Di tengah-tengah bumbung itu terdapat sebuah aluminium yang diukir dengan ayat al-Quran – seperti replika kubah Masjid Biru di Istanbul,Turki. Dahulu bentuk mihrabnya berbentuk bersegi seperti pintu tetapi telah diubah suai melengkung seperti gerbang. Mihrab ini bertatahkan ayat-ayat al-Quran dalam seni khat Morocco. Muka tembok yang mengelilingi mihrab ini diubah suai mengikut seni bina Morocco. Mimbar, tempat imam berkhutbah pula terletak di sebelah kanan mihrab. Mimbar yang berbentuk seperti beranda ini dibina daripada kayu.

    Menganjung dari keempat-empat bahagian tembok itu pula terletak sebuah galeri untuk kaum wanita dan para pelawat yang ingin melihat bahagian dalam dewan sembahyang tersebut. Bahagian dalam galeri itu dihiasi oleh kekisi yang awan laratnya jelas menunjukkan kebudayaan Islam dan menyerupai pula awan larat yang terdapat di Masjid Taj Mahal dan Patehphur Sikri di India. Bahagian luarnya diturap dengan kekisi terrazzo. Kesembilan-sembilan buah pintu dan kekisi galeri membawa cahaya matahari ke dalam dewan sembahyang itu di samping lampu-lampu berhias, lampu-lampu tersembunyi di roset aluminium di bumbung serta 16 buah tepak lampu (chandelier) kurniaan raja-raja, gabenor-gabenor dan bekas Yang Di Pertua Negara Singapura.

    Dewan sembahyang di Masjid Negara Malaysia itu dapat memuatkan 3,000 jemaah dan berupaya menampung 5,000 orang lagi di beranda yang terdapat di ketiga-tiga rusuk bahagian dewan itu. Beranda itu terlindung dari luar oleh tirai kekisi dari aluminium dengan terawangnya berawan larat Islam asli. Lantainya dibina daripada kepingan terrazo manakala bumbungnya pula dibina daripada konkrit serta mempunyai beberapa kubah kubah kecil yang dibina daripada mozek biru. Di sebelah barat komplek itu terdapat dewan persidangan. Perkara yang menarik ialah bumbung konkritnya yang berombak-ombak. Dewan ini bertiraikan kekisi terrazo di luarnya. Dewan yang berhawa dingin ini dapat memuatkan 500 orang wakil persidangan keagamaan. Di sini juga terdapat sebuah perpustakaan.

    Hasrat untuk membina masjid ini timbul sebulan sebelum hari kemerdekaan. Sebuah majlis yang dahulunya dikenali sebagai Majlis Kerja Persekutuan memutuskan untuk mendirikan sebuah masjid sebagai tanda penghargaan kepada bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, terhadap jasa-jasanya kepada rakyat. Selepas mencapai kemerdekaan, Majlis Raja-Raja memperkenankan projek tersebut. Bagaimanapun, Tunku tidak mahu masjid dinamakan sempena namanya, tetapi sebaliknya mencadangkan ia dinamakan “Masjid Negara”.

    *Source: islam.gov.my

    Frequently Asked Questions (FAQs)

    Bilakah Masjid Negara dibina?

    Masjid Negara terletak di Kuala Lumpur. Ia dibina antara 1963 dan 27 Ogos 1965, Ia merupakan lambang keagungan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia.

    Apakah masjid termoden di Asia Tenggara yang perlu anda kunjungi?

    Sebelum terbinanya Masjid Shah Alam, Masjid Negara Malaysia adalah masjid termoden di Asia Tenggara. Ia terletak di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur dan dijaga dengan keadaan yang sangat baik. Pelancong luar negara juga dibenarkan untuk melakukan lawatan. Sila rujuk di pusat maklumat (info center) untuk keterangan lanjut. Pembinaan Masjid Negara ini melambangkan semangat perpaduan dan toleransi. Ia direka bentuk oleh orang berketurunan Melayu, dibina oleh orang berketurunan Cina dan India dan dibiayai oleh sumbangan masyarakat Islam, Kristian, Buddha dan Hindu.

    Dimanakah letaknya Masjid Negara Malaysia, sebuah masjid ikonik yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri?

    Terletak di kawasan strategik Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, Masjid Negara Malaysia terletak bersebelahan Stesen Keretapi Malaysia, Bangunan Daya Bumi, Pos Besar Malaysia, Muzium Kesenian Islam, Taman Burung Kuala Lumpur dan berdekatan Taman Tasik Perdana. Kawasan Masjid Negara seluas 13 ekar dan bangunan utamanya memenuhi lebih kurang 3 ekar. Seluruh kawasan masjid di kelilingi sebahagiannya oleh tembok konkrit dan sebahagiannya lagi oleh pagar berhias.

    Berapakah bilangan kapasiti jemaah Masjid Negara Malaysia?

    Dalam satu-satu masa, Masjid Negara Malaysia boleh menampung seramai 15,000 orang jemaah.

    Apakah kemudahan yang terdapat di Masjid Negara Malaysia?

    Antara kemudahan yang disediakan oleh Masjid Negara Malaysia adalah :

    • Dewan Solat
    • Dewan Syarahan Utama
    • Bilik Mesyuarat Utama
    • Bilik Kuliah (3 Bilik)
    • Bilik Taklimat (1 Bilik)
    • Perpustakaan
    • Bilik Kaunseling
    • Tempat Wuduk
    • Tandas
    • Bilik Jenazah
    • Bilik VIP
    • Foyer
    • Pusat Pungutan Zakat MAIWP
    • Tapak Ekspo
    • Kiosk

    Contact Information

    Jalan Perdana, Tasik Perdana,
    50480 Kuala Lumpur.
    Telephone: 03-2107 3100

  • Restoran Nasi Kukus Daun Pisang, Kuala Lumpur

    Restoran Nasi Kukus Daun Pisang, Kuala Lumpur

    Restoran Nasi Kukus Daun Pisang, Kuala Lumpur

    Restoran Nasi Kukus Daun Pisang adalah salah satu destinasi makanan sedap di Kuala Lumpur. Nikmati hidangan nasi kukus ayam berempah yang menggugah selera, nasi kerabu, dan pelbagai pilihan makanan Kelantan yang autentik. Tempat ini adalah pilihan utama kami untuk restoran Kelantan. Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang pengalaman kuliner di Malaysia dan merancang kunjungan anda hari ini!

    From Blog

    Citarasa Pantai Timur Yang Awesome

    Ada peminat makanan dari pantai timur iaitu Kelantan? Sudah semestinya ada pembaca di sini berasal dari Kelantan dan dari negeri lain peminat tegar makanan dari Kelantan ini. Hari ini, Bro cuba satu menu yang popular di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur iaitu Nasi Kukus Daun Pisang.

    Jika anda datang ke Restoran ini, anda perlu pergi ke kaunter nasi untuk mengambil Nasi Kukus mereka yang di alas dengan daun pisang disamping terdapat kuah gulai yang disiram pada nasi kukus, timun, ikan masin bulu ayam dan sambal belacan. Ayam, anda boleh ambil sendiri sama ada, ingin ambil yang besar atau yang kecil mengikut citarasa anda. Ayam yang disediakan semuanya bahagian peha. Bahagian kepak, Bro tidak perasan pula pada ketika itu. Tempat duduk agak terhad bila pada waktu puncak.

    Rasa Nasi Kukus Yang Padu

    Rasa Nasi Kukus Daun Pisang ini memang cukup padu. Ayam berempah mereka sangat besar dan tidak terlalu kering semasa anda makan. Kuah gulai mereka nampak pekat dan sambal belacan mereka cukup pedas. Memang most recommended nasi kukus di sini. Selain itu, terdapat juga menu lain seperti nasi kerabu, aneka sup dan pelbagai lagi. Harga Nasi Kukus ini adalah RM7.50 sepinggan.

    From Web

    Jika anda datang ke Bandar Sri Permaisuri untuk tujuan perubatan di HUKM atau urusan bank, anda pasti terlihat Restoran Nasi Kukus Daun Pisang Bandar Permaisuri yang berada betul-betul di kawasan strategik. Kami telah datang beberapa kali menikmati nasi kukus ayam dara di restoran ini, dan hasil yang kami dapat beritahu kalian semua adalah seperti kuahnya yang pekat, ayam yang besar dan nasi putih yang banyak. Terdapat juga gulai lain jika anda berhajat untuk mencubanya.

    Kami sangat sarankan kepada anda semua untuk datang ke sini untuk menikmati hidangan Kelantan yang sedap.

    Frequently Asked Questions (FAQs)

    Dimanakah lokasi restoran nasi kukus ayam dara yang sedap di Kuala Lumpur?

    Restoran Nasi Kukus Daun Pisang adalah sebuah restoran yang sedap terletak di Bandar Permaisuri ini mengadap jalan utama dari PPUKM (Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia). Landmark untuk mencari restoran ini, anda perlu cari Bank Islam Cawangan Bandar Sri Permaisuri. Ia bersebelahan blok sahaja restoran ini.

    Apakah sejarah Restoran Nasi Kukus Daun Pisang yang terletak di Bandar Permaisuri ini dibuka?

    Sedikit informasi, Restoran Nasi Kukus Daun Pisang ini telah dibuka 2016 di Bandar Sri Permaisuri dan pemiliknya berasal dari Bachok, Kelantan. Pengusaha ini berkata, mereka bermula berniaga di hadapan stadium Sultan Muhammad IV sejak 30 tahun dahulu. Memang legend Nasi Kukus Daun Pisang ini di Kelantan.

    Reviews

    Restoran Nasi Kukus Daun Pisang Terbaik Boh

    Ini resepi nasi kukus yang terbaik aku pernah try. Nasi putih, 2 ekor ikan kering, timun, sambal belacan dan kuih pajeri beserta ayam goreng yang memang enak. Terbaik boh!

    Pok Neng G Shock Shockers | Pengedar Jam

    Tak banyak makan kalau tempat lain Apa tu ek?

    Maksud saya adalah kalau datang sini memang tak menyesal kerana nasi banyak dan ayam besar. Jadi mesti makan banyak.

    Wak Jeng Siam | Pendendang

    *Source: terowonginformasi.blogspot.com

    Hubungi Kami

    Restoran Nasi Kukus Daun Pisang
    8, Jalan Danau Lumayan 1,
    Bandar Sri Permaisuri,
    56000 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

  • Azie Bistro, Kuala Lumpur: Port Makan Sedap

    Azie Bistro, Kuala Lumpur: Port Makan Sedap

    Azie Bistro, Kuala Lumpur

    Azie Bistro adalah kedai makan bajet 24 jam yang sedap dan terkenal di Cochrane, Cheras Kuala Lumpur. Ia menyajikan menu rakyat Malaysia seperti roti canai, ayam penyet dan goreng Melayu. Sila baca disini untuk info selanjutnya.

    From Blog

    Kedai Azie Bistro ini, buka 24jam. Datang lah bila-bila masa anda lapar. Kecuali sehari Hari Raya Aidilfitri. Kedai ini menjadi tumpuan dari pelbagai kaum dan daerah datang ke sini menikmati juadah. Masakan panas kedai ini terbaik juga bagi saya. Minta sahaja apa jenis masakan anda kehendaki. Tuan Puan boleh cuba sup tulang di kedai ini.

    Jika anda datang pada waktu pagi, juadah Nasi berlauk akan siap terhidang dalam jam 9.00 Pagi. Terdapat perbagai jenis lauk pauk yang dihidangkan di Azie Bistro termasik roti canai, nasi lemak dan goreng melayu. Ini merupakan port lepak saya setiap hari sama ada mahu pergi kerja atau balik kerja. Sebahagian menu waktu bermula pagi. Nampak menyelerakan sekali.

    More Info

    Tidak salah untuk mencuba kedai makan melayu yang sedap. Hampir semua jenis masakan ada. Terkini ialah menu nasi kandar Melayu. Dibuka 24 jam dan jika anda merasa bosan makan nasi kandar di Kuala Lumpur, anda bolehlah datang ke Azie Bistro kerana pelbagai menu Melayu seperti roti canai, nasi lemak dan goreng Melayu terdapat disini.

    *Source: moosangking.blogspot.com, nordiyana.com

    Frequently Asked Questions (FAQs)

    Dimanakah lokasi Restoran Azie Bistro?

    Azie Bistro terletak di Jalan Cochrane, Maluri Cheras bersebelahan stesen pam minyak Petronas. Jika ada ke IKEA cheras datang lah ke kedai ini. Pelbagai menu disediakan. Menu biasa ke menu western semua ada. Macam biasa perkara pertama yang anda pikirkan sebelum datang ke sesuatu kedai makan ialah parking. Anda jangan risau parking disini cukup luas. Anda boleh parking di Petronas atau tepi deretan kedai makan ini. Banyak brader teksi yang datang singgah makan disini dan kedai makan berhampiran.

    Apakah menu terbaik di Azie Bistro selain roti canai, nasi lemak dan goreng Melayu?

    Menu yang tidak pernah saya rasa bosan adalah nasi ayam penyet. Entah kenapa hampir setiap hari saya merasainya. Dengan ayam yang rapuh dan ranggup serta sambalnya yang terasa sosnya. Ayam penyet disini saya bagi kelas A bagi pendapat saya.

    Contact Information

    Azie Bistro,
    Jalan Cochrane, Maluri Kuala Lumpur

  • Restoran Tupai Tupai, Kuala Lumpur: Port Makan Sedap

    Restoran Tupai Tupai, Kuala Lumpur: Port Makan Sedap

    Restoran Tupai Tupai, Kuala Lumpur

    Restoran Tupai Tupai terletak berhampiran dengan Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur menyajikan menu nasi campur makan tengahari dan ikan bakar terbaik serta steamboat sesuai untuk corporate luncheon. Sila dapatkan informasi mengenai makanan sedap di Malaysia.

    From Blog

    Restoran Tupai Tupai is billed as a Malay restaurant. It certainly looks like one with pseudo attap-thatched Minangkabau roof and kampung-style dining in wooden gazebos. Notwithstanding that, the cuisine is actually very cosmopolitan. The menu includes Malay, Western, Japanese, Chinese and steamboat dishes. Prices are reasonable and the food is good (not spectacular). Nevertheless, the attraction of the place, along with uppity Cafe Cafe (F) nearby, is the somewhat unusual dining environment each presents.

    Frequently Asked Questions (FAQs)

    How to get to Restoran Tupai Tupai in Kuala Lumpur?

    From the Loke Yew intersection (formerly Bulatan Edinburgh), take the road where Dewan Bahasa & Pustaka is located. Drive along Jalan Dewan Bahasa and keep right when you see Menara MAA on your left. Take the right-most turning as you go up the ramp to Jalan Istana. Circle Jalan Bukit Petaling and Tupai Tupai is on the right just before re-joining the junction where Menara MAA stands. Nearby Landmarks: Menara MAA (A), Dewan Bahasa Dan Pustaka (B), Menara DBP (C). Nearby Hotels: Mirama Hotel (L), Mandarin Court Hotel (K) (see Hotel Listings). Nearest Train Station: Maharajalela LRT Station (1.3 km by taxi)

    Dimanakah lokasi Restoran Tupai Tupai?

    Jika anda berada di KL anda boleh mendapatkan makanan masakan melayu terbaik seperti nasi campur, ikan bakar dan steamboat yang halal, jangan lupa untuk singgah makan disini ya. Berikut adalah alamatnya. Selamat menjamu selera!

    Tupai-Tupai Restaurant & Cafe
    551A Jalan Bukit Petaling,
    50460 Kuala Lumpur, Malaysia
    Telefon: +603 2143 2525

    Apa yang menariknya di Restoran Tupai Tupai?

    Restoran ini menyajikan menu nasi campur dan ikan bakar yang terbaik di Kuala Lumpur. Terdapat lebih dari 50 jenis lauk pauk disediakan. Tempat parkir juga banyak dan terdapat pekerja yang menjaga tapak parkir. Pada waktu malam, anda boleh menikmati makanan steamboat yang ternyata sedap. Restoran ini sangat dikenali kerana populariti dan dijamin kesedapannya. Waktu puncak adalah sekitar jam 12 tengahari hingga 2 petang dimana ramai pekerja keluar untuk makan tengahari.

    Dimanakah tempat makanan atau restoran yang sesuai untuk perjumpaan ataupun gathering?

    Jika anda sudah lama tidak berjumpa dengan kawan universiti atau ingin merancang satu perjumpaan dengan kawan-kawan sekolah, tempat terbaik adalah di Restoran Tupai-Tupai di Jalan Petaling, Kuala Lumpur. Terdapat banyak kemudahan yang disediakan disini juga anda boleh menempah katering jika ada majilis besar-besaran seperti perkahwinan dan sebagainya.

    Mengenai

    Sudah lama tidak review kedai makan melayu yang best-best di KL. Untuk content kali ini, aku ingin bercerita mengenai Restoran Tupai-Tupai kat Jalan Bukit Petaling, Kuala Lumpur pula. Biasanya aku dengan Encik Hubby pergi makan di cawangan Ampang sejak sebelum kahwin lagi. Dari segi luaran restoran, bahagian entrance cantik dan tempat parking pun luas. Tempat duduk boleh pilih sama ada nak duduk kat pangkin (ada 3 ke 4 pangkin) tetapi harus siap sedia bila menjelang malam kerana segala serangga termasuk nyamuk pun akan menjadi peneman.

    Menu

    Menu sup adalah kegemaran aku. Nasi goreng dan ketam. Ada juga banyak menu disini yang harus anda cuba.

    *Source: sweetypink-leen.blogspot.com, visitkl.gov.my, janggeltrekking2.blogspot.com

    Reviews

    Lunch Time di Restoran Tupai Tupai Kuala Lumpur

    Setiap huhung bulan dapat gaji mesti aku datang ke Tupai-tupai bersama kawan sepejabat untuk menikmati hidangan lunch nasi campur dan ikan bakar. Memang terbaik lah kat sini. Harga pun sesuai dengan bajet rasanya yang memang sedap. Lokasinya pun best dapat lepak-lepak.

    Hafiz Hamat | Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang

    Luncheon Meeting Dengan Customer

    Biasanya Restoran Tupai Tupai adalah tempat syarikat kami membawa potential customer dan kontraktor untuk makan-makan sambil borak-borak pasal business. Suasana yang best kat sini. Jom datang!

    Omar Abdullah Hukum | Peniaga

    Contact Information

    Tupai-Tupai Restaurant & Cafe
    551A Jalan Bukit Petaling,
    50460 Kuala Lumpur, Malaysia
    Telefon: +603 2143 2525

  • Ikan Bakar Bellamy, Jalan Istana, Kuala Lumpur: Port Makan Sedap

    Ikan Bakar Bellamy, Jalan Istana, Kuala Lumpur: Port Makan Sedap

    Ikan Bakar Bellamy, Jalan Istana, Kuala Lumpur

    Ikan Bakar Bellamy terletak di Taman Dusun Bandar iaitu di belakang istana lama Kuala Lumpur dan tempat makan paling best hidangan tengahari. Dapatkan informasi mengenai menu terbaik dan bagaimana untuk ke sini serta review daripada pelanggan-pelanggan yang datang.

    From Blog

    Masa  puncak adalah lunch lebih kurang 12 tengahari. Boleh tahan ramai orang kat sini dengan ada kugiran band klasik nyanyi lagu Saloma P.Ramlee. Mentari pada hari ini agak terik. Maklumlah cuaca di Malaysia lagi-lagi makan dibawah beratapkan zink. Nah rasakan! Belecak-lecak ketiak ini menitik peluh. Nak sejukkan hati aku order barli ais dengan harapan kurang sikit bahang panas dia dan ketiak basah aku ini.

    Ikan-ikan yang dibakar di Medan Ikan Bakar Bellamy ini bersaiz besar-besar termasuk sotong. Untuk pengetahuan semua, aku makan di gerai hujung tetapi ada yang beritahu Gerai no.3 itu sedap. Sederet semuanya gerai makan menjual ikan bakar. Konsep layan diri iaitu pilih ikan dan selepas itu ambil nasi putih dan boleh letak sayur atau menu lain. Pilih tempat duduk dan nanti akan ada orang datang untuk kira berapa harga makanan yang kita ambil. Disini ada dua (2) pencicah iaitu sos kicap pedas dan sambal belacan. Kedua-duanya pun sedap apatah lagi diperah dengan limau memang menambah selera aku.

    Menu Pilihan Ikan Bakar Bellamy Jalan Istana Kuala Lumpur

    Aku pilih makan ikan pari bakar dan boleh dikategorikan sedap! Sos oencicah kicap itu sedap dicampur dengan cili potong memang licin aku ratah ikan pari ni. Pada mulanya aku berhajat untuk makan ikan terubuk, tetapi akhirnya ambil ikan pari sebagai menu makan tengahari aku. Harganya juga tidak terlalu mahal dan berbaloi dengan kualiti serta kesedapannya.

    More Info

    “Ikan bakar” or “grilled fish” is a staple Indo-Malay food, traditionally found in fishing villages along the coast in the region. Typically, fish or other kinds of seafood, are marinated in a mixture of spices blended into a paste; then grilled over a charcoal fire on a banana leaf then eaten sometimes with “sambal belacan” (prawn paste) or “kicap manis” (sweet soy) dipping sauce.

    In Jalan Bellamy (Bellamy Road) behind the old Istana (Palace) of the “Yang Di-Pertuan Agung” (the King of Malaysia) is a row of open-air roadside “gerai” (stalls) selling Malay rice and dishes. These Jalan Bellamy stalls specialize in “ikan bakar” and are popular amongst local Malays especially the lunch-time office crowd. There are three stalls; Gerai Seri Menanti, the second is Gerai Che Yah Seri Melaka and the third is the food bloggers favorite Gerai No.3 “Kedai Kak Jat”.

    Instead of barbecuing the seafood over a charcoal grill at Ikan Bakar Bellamy, here the seafood is wrapped in banana leaf and cooked over large hot plates. Choose your fish from the hot plates, there are various kinds of fish available according to your fancy. Or choose the large squid, prawns or cockles (“kerang bakar”). The Ikan Bakar Bellamy Gerai’s also sell “nasi campur” or malay rice with side dishes. No need to stand on ceremony, just go to the table where all the side dishes are displayed, take a plate and dish out the rice on to your plate as well as a few of the side dishes.

    Try and find a table to sit (if you can find one available!). Someone will come around to take your order for drinks and calculate the bill by looking at what you ordered.

    *Credit: jepunmari2.blogspot.com, jalanja.blogspot.com, asparaguswhite.blogspot.com

    Frequently Asked Questions (FAQs)

    Apakah menu terbaik di Medan Ikan Bakar Bellamy yang terletak di Jalan Istana, Kuala Lumpur?

    Bagi warga kota, Ikan Bakar Bellamy adalah sebuah medan selera terbaik kerana menyajikan pelbagai jenis nasi campur dan menu bakar-bakar seperti ikan kembung, ikan pari dan sotong. Anda juga turut disajikan dengan alunan muzik irama 70an yang dimainkan oleh buskers di gerai Melaka.

    Apakah nama gerai makan yang terdapat di Ikan Bakar Bellamy, Jalan Istana, Kuala Lumpur?

    Semua gerai disini menjual ikan bakar sebagai menu makanan utamanya. Ia halal dan dimiliki oleh orang Melayu Islam. Antara gerai popular adalah Gerai Seri Menanti, Seri Melaka dan Kak Jat Ikan Bakar Bellamy. Anda pasti tidak menyesal kerana masakan disini seperti masakan mak. Memang sedap dan keasliannya dijaga.

    Dimanakah lokasi Ikan Bakar Bellamy?

    Jika anda mencari lokasi ikan bakar di Waze atau Google Maps, Ikan Bakar Bellamy terletak di Taman Dusun Bandar, belakang Istana Negara Kuala Lumpur yang kini dijadikan sebagai muzium diraja. Tidak perlu khuatir kerana terdapat banyak tempat parkir disediakan. Anda boleh juga membeli kerepek pedas, manis, belinjo dan dodol Melaka jika anda sampai disini. Selamat menjamu selera!

    Reviews

    Ikan Bakar Bellamy the Best sejak 2002

    Dah lama kami sekeluarga mengetahui akan tempat makan ikan bakar terbaik kat KL ni. Medan Ikan Bakar Bellamy ini dah kami tahu sejak dari tahun 2002 lagi. Memang terbaik dan anda dapat rasa seperti berada dalam suasana kampung. Jomlah ke Medan Ikan Bakar Bellamy memang kesedapannya tahap dewa.

    Sweet Kismina Maulana | Jururawat

    Ikan Bakar Bellamy Tetap Dihati Masuk Gaji Jom Guys

    Tempat ini memang grandis lah sebab ada banyak pilihan kedai ikan bakar. Anda boleh memulakan dengan mencuba di Gerai Seri Menanti, diikuti Gerai Melaka, Gerai Kat Jat dan Gerai No.4. Bila sudah rasa semua gerai, barulah anda dapat membuat keputusan yang mana kedai makan ikan bakar yang awesome untuk anda. Selamat menjamu selera ya. Boleh juga bawa Riomakan atau JomKitaMy untuk buat review. Pasti terbaik!

    Nurul Sheeda Yahya | Student

    Contact Us

    Ikan Bakar Bellamy Gerai Seri Menanti
    Lorong Bellamy & Jalan Istana, Bukit Petaling,
    50460 Kuala Lumpur
    Telephone: 018-472 4085

  • Warung Pak Hassan, Kampung Baru, Kuala Lumpur: Port Makan Sedap

    Warung Pak Hassan, Kampung Baru, Kuala Lumpur: Port Makan Sedap

    Warung Pak Hassan, Kampung Baru, Kuala Lumpur

    Cubalah roti canai kaki ayam di Warung Pak Hassan yang terletak di Kampung Baru dan nasi lemak kukus daun pisang yang ternyata sedap waktu sarapan pagi anda bersama segelas teh tarik. Dapatkan info lengkap mengenai makanan sedap di Kuala Lumpur, Malaysia sekarang.

    Citarasa Terbaik

    Nasi lemak dan roti canai merupakan makanan kegemaran seluruh rakyat Malaysia dan biasanya diminum bersama air teh tarik melambangkan identiti Malaysia walaupun berlainan bangsa dan agama, tetapi mempunyai citarasa makanan yang sama. Salah satu kedai makan di Kuala Lumpur yang menyajikan menu makanan rakyat Malaysia yang sangat ikonik adalah Warung Pak Hassan yang terletak di Kampung Baru. Dengan harga makanan yang sangat mampu milik membuatkan gerai ini sering dikunjungi oleh warga kota mahupun mereka yang berdekatan dengan pejabat.

    Mari kita dapatkan menu terbaik serta mengapa Warung Pak Hassan di Kampung Baru menjadi pilihan kebanyakan orang.

    Menu Istimewa

    Menu istimewa yang ditawarkan adalah roti canai kaki ayam dan nasi lemak. Tempahan disediakan bagi menu bubur lambuk untuk majlis keraian di pejabat.

    Frequently Asked Questions (FAQs)

    What is Warung Pak Hassan’s operation hours?

    If you like to eat nasi lemak or soft tender roti canai with dhal barefoot, you can eat Malaysian foods every day because Warung Pak Hassan is open daily from 7am to 12pm. You also can order Teh Tarik which is the best Malaysian drink with very reasonable price.

    Mengapa nasi lemak Warung Pak Hassan yang terletak di Kampung Baru dianggap menu sarapan terbaik di Kuala Lumpur?

    Selain dari harganya yang murah, ia juga memang sedap. Nasi lemak di Warung Pak Hassan dilapik dengan daun pisang dan nasinya dikukus terlebih dahulu supaya nasinya tidak relai. Dihiasi dengan sayur kangkung celur, hirisan timun, telur rebus separuh, ikan bilis kering, kacang tanah serta sambal yang enak dan tidak pedas. Anda boleh memilih lauk pauk seperti ayam goreng berempah, sambal sotong, ayam rendang, daging rendang dan telur goreng. Anda perlu beratur untuk mendapatkan roti canai kerana ini adalah menu terbaik dimakan bersama kuah kaki ayam.

    Dimanakah lokasi Warung Pak Hassan yang sangat popular dengan menu roti canai kuah kaki ayam?

    Hanya ada satu warung yang menyajikan kuah kaki ayam yang dimakan bersama roti canai iaitu di Warung Pak Hassan. Ia terletak di Kampung Baru Kuala Lumpur bertentangan dengan UniKL dan Bangunan 2 DBKL. Dari Jalan Sultan Ismail, belok kiri dan selepas itu anda akan nampak UniKL di sebelah kiri anda. Warung ini terletak di sebelah kanan. Jika anda dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), anda akan berjumpa dengan LC Restaurant aka Nasi Kandar Line Clear. Jalan ke depan sedikit selepas Masjid Kg. Baru barulah sampai.

    Mengapa ramai orang beratur membeli roti canai di Warung Pak Hassan, Kampung Baru?

    Menu yang disediakan yang menjadi favorite ramai di Warung Pak Hassan sehingga ramai yang sanggup beratur untuk mendapatkan roti canai, roti telur bawang, roti telur dan roti sardin. Terdapat 2 orang penebar roti canai untuk percepatkan pesanan yang diambil. Apa yang menarik tentang roti canai ini ialah kuah dhal kari kaki ayam. Ia disediakan dalam satu periuk besar dan pelanggan bebas untuk menceduk sendiri kuantiti kuah kari yang dikehendaki.

    Selain menu rakyat Malaysia yang sedap, Warung Pak Hassan juga dikunjungi oleh ramai pekerja yang bekerja di bangunan berdekatan. Menurut sumber, ada juga yang sanggup datang dari negeri lain seperti Negeri Sembilan, Melaka dan Perak untuk menikmati sarapan pagi sedap dan murah. Siapa kata makan di Kuala Lumpur mahal? Jika anda pandai mencari tempat makan dan banyak bertanya kepada warga kota, anda pasti dapat menikmati makanan yang murah dan sedap.

    Reviews

    Nasi Lemak Paling Sedap di KL, Teh Tarik Berkrim

    Dari pejabat ke Warung Pak Hassan mengambil masa tidak sampai 5 minit berjalan kaki. Tiap-tiap hari aku datang sini untuk menikmati sarapan pagi. Nasi Lemak sotong memang sangat awesome dan boleh dikatakan yang terbaik di KL. Minum pula teh tarik ori memang terlalu enak dan melazatkan.

    Syadil Ahmad | Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Komputer UniKL

    Roti Canai Kaki Ayam Warung Pak Hassan Terbaik! Self Service

    Sekarang ini kalau datang ke Warung Pak Hassan untuk makan sarapan pagi, ada buskers yang bermain di depan gerai makan. Sambil meratah kaki ayam boleh menikmati lagu dari buskers dan juga menderma. Makan dulu lepas tu bayar kemudian. Harga berbaloi-baloi. Pemilik warung ini juga peramah, lemah lembut dan mudah didekati pelanggan. Saya memberikan 5 bintang untuk makanan, layanan, kebersihan dan lokasi.

    Nina Ahmad | Executive SalesTaman

    Contact Information

    31, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru,
    50300 Kuala Lumpur
    Telephone: 017-223 7871

  • Lembah Kiara Recreational Park, Kuala Lumpur: Must-Visit Destination

    Lembah Kiara Recreational Park, Kuala Lumpur: Must-Visit Destination

    Lembah Kiara Recreational Park, Kuala Lumpur, Malaysia

    Lembah Kiara Recreational Park is one of best nature in KL. 10-15 drive minutes away from 1 Utama and Ikano Power Centre. From brisk walk to mountain bikers, runners, hikers are encouraged to come here.

    From Blog

    If you are in the vicinity of Taman Tun Dr. Ismail in Petaling Jaya, you may want to consider going to Lembah Kiara Park. This park is popular with locals especially in the early morning and more so in the evening. This is the place to enjoy the natural beauty of nature after a long day’s work or simply to escape the routine of daily chores.

    There is a ‘hanging bridge’ but you need to climb up a to the forest near the parking bay. Don’t forget to bring your hiking pole to avoid slippery surface especially during raining season. There are enough parking bays, or you can park your vehicle on the roadside. This recreational park is maintained by Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). People also refer as Bukit Kiara Park and suitable for mountain bikers and hikers.

    Bukit Kiara is a famous place for TTDI and Bandar Utama residents to have garden walk, hiking or bicycle trails. It’s like Bukit Gasing for PJ residents. As I was searching for some light hiking venue in Kuala Lumpur, Bukit Kiara come into the picture. However, I was actually always at Bukit Kiara all this while. After searching information about the place, i decided to give it a try on one fine Saturday. As there are actually 2 venues to go for hiking or walking, I choose the one infront of the school at Jalan Abang Haji Openg.

    More Attractions

    First time sampai di Taman Rekreasi Lembah Kiara, macam teruja sikit. Keluar dari kereta, rasa macam tenang je area situ. Mungkin sebab dekat kawasan kediaman Elite juga. Maksudnya orang berada, jadi ketenangan disini pun lain macam sikit. Kawasan taman rekreasi ini berpagar. Dekat luar-luar pagar bersusun orang meniaga makanan pagi-pagi. Elok lah sangat. Sesuai lepas riadah, boleh tapau makanan.

    Masuk dalam Taman Rekreasi Lembah Kiara ini  walaupon ramai, tetapi tidaklah sesak macam di Taman Tasik Titiwangsa itu. Banyak aktiviti keluarga dan kelas-kelas fitness dibuat dan begitu juga untuk perkelahan ataupun perjumpaan (gathering). Kawasan ini ada dua dalam satu. Hutan macam FRIM dan macam Tasik Titiwangsa dimana orang santai-santai berkelah bersama keluarga dan melakukan outdoor activity.

    Sepanjang perjalanan dekat kawasan di Taman Rekreasi Lembah Kiara ini, kalau kita just follow je laluan, memang boleh nampak banyak spot-spot yang cantik untuk ambil gambar. Nature memang cantik, suasana redup, walaupon matahari sudah mencanak atas kepala.

    Banyak keluarga memilih duduk di tepi-tepi anak sungai untuk berkelah. Air mengalir siap ada mini air terjun. Huhuhu. Seronok budak-budak mandi. Sebab air sungai pun tidak cecah paras pinggang walaupun anda dalam posisi duduk. Airnya jernih dan cetek sesuai untuk semua orang dan tidak membahayakan.

    Last sekali, sebelum balik, aku singgah dekat Jenny Hong Soya Bean Milk ni. Korang kalau tetiba muncul dekat Taman Rekreasi Lembah Kiara di TTDI ni, jangan lepaskan peluang untuk merasa air soya bean milk ini ye. Sangat sedap. Boleh pilih nak gula putih atau gula melaka.

    *Credit: visitkl.gov.my, ismahasmi.blogspot.com, sungaisiput.blogspot.com

    Frequently Asked Questions (FAQs)

    What are the best recreational parks in Kuala Lumpur?

    Lembah Kiara Park is one of the top recreational parks and a prime spot for nature in KL. It is located at Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) and adjacent to the KL Golf & Country Club. This popular urban park attracts families, hikers, bikers, and runners. It features a large lake surrounded by jogging tracks, exercise stations, children’s playgrounds, and picnic spots. You can also enjoy trail running on the Pakis and Keladi Trails.

    Dimanakah terletaknya Pusat Rekreasi Lembah Kiara?

    Taman Rekreasi Lembah Kiara terletak di Jalan Abang Haji Openg, Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Kuala Lumpur. Perjalanan dari Wangsa Maju mengambil masa selama 28 minit dengan menggunakan lebuhraya DUKE.

    How to get to Lembah Kiara Recreational Park?

    This park is about 10-15 drive minutes away from 1 Utama and Ikano Power Centre shopping malls. It is located opposite Sekolah Kebangsaan Tmn Tun Dr. Ismail (2), not too far away from VADS building which used to be IBM office.

    Apakah aktiviti berkumpulan yang sering dilakukan di Taman Rekreasi Lembah Kiara Kuala Lumpur?

    Dekat area tanah lapang, berdekatan dengan pintu masuk, ramai orang pilih kawasan sini untuk buat aktiviti berkumpulan, yang ni ada kelas self-defense. Sekarang ni memang kena ada skill-skill macam ni. Bagus untuk keselamatan diri kita kan. Ada jugak dekat area hujung-hujung sebelah kiri di Taman Rekreasi Lembah Kiara TTDI KL, kelas kickboxing tengah buat latihan. Syok je tengok. Variety jenis sukan ada dekat sini. Semua warna kulit ada. Rakyat Malaysia, atau pon orang dari luar negara semua enjoy dengan aktiviti masing-masing.

    Adakah terdapat jambatan gantung di Taman Rekreasi Lembah Kiara?

    Ya jika anda melalui kawasan berhutan, anda pasti akan melalui jambatan gantung yang menjadi tarikan setiap pengunjung yang datang  ke sini untuk melakukan aktiviti fizikal seperti berbasikal, hiking, running ataupun menikmati keindahan alam semulajadi.

    Reviews

    Taman Rekreasi Lembah Kiara Terbaik

    Pergi ke Lembah Kiara Recreation Park ini memang best. Best kerana apa ya? Kerana di Taman Rekrasi Lembah Kiara ini anda boleh berjoging, hiking, memberi makan monyet-monyet dan berkelah (picnic). Ini yang menyebabkan Taman Rekreasi Lembah Kiara ini pilihan kami untuk beriadah. Selepas covid-19 coronavirus kami rasa seronok untuk berjoging di Taman Rimbah Lembah Kiara.

    Cikgu Siti Hasnah | Guru di Precint Putrajaya

    Lembah Kiara Pusat Rekreasi Dalam Bandar Terbaik di Kuala Lumpur

    Lembah Pantai tidak sama dengan Lembah Kiara. Ini kerana Lembah Kiara adalah kawasan yang dijaga dengan baik untuk mandi-manda di tasik, berkelah, berjoging manakala di Lembah Pantai adalah sebuah perbandaran tersusun.

    Mohammad Ryzal Abi Rayman | SME Entepreneur

    Contact Information

    Jalan Abang Haji Openg,
    Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur

  • Taman Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur: Destinasi Menarik

    Taman Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur: Destinasi Menarik

    Taman Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur

    Taman Tasik Permaisuri adalah taman rekreasi yang mengandungi empat (4) buah pulau-pulau kecil ditanam pokok renek sesuai untuk aktiviti joging, berlari, berkelah serta melakukan aktiviti berkumpulan seperti zumba dan kelas kecergasan. Dapatkan info lengkap mengenai tempat menarik di Kuala Lumpur Malaysia.

    Mengenai

    Taman Tasik Permaisuri yang terletak di Bandar Sri Permaisuri Cheras mempunyai keluasan kawasan ialah 49.4 hektar atau 122 ekar. Ia telah dibuka dengan rasminya oleh D.Y.M.M Sultanah Zanariah, D.K Raja Permaisuri Agong ke-8 pada 2 April 1989. Taman tasik seluas 49.4 hektar ini dibangunkan pada tahun 1984 dan terletak di antara Jalan Budiman dan Jalan Tenteram, Cheras iaitu kira-kira 15 km dari pusat bandar.

    Taman Tasik Permaisuri ini terdiri daripada sebuah tasik seluas 14 ekar dengan empat buah pulau-pulau kecil di dalamnya. Kawasan sekitarnya ditanam dengan pokok-pokok rendah dan renek yang bukan sahaja mengindahkan taman ini tetapi juga sebagai tempat untuk berlindung dari terik matahari.

    Tarikan utama Laman Iskandar Puteri

    Tarikan utama di taman ini adalah Laman Iskandar Puteri yang terletak di sudut seluas 2 hektar. Ia bercirikan Taman Diraja Melayu Tradisi, ditanam dengan bunga-bungaan dan dilengkapi dengan pancutan air berirama dan pancutan air berbentuk sireh junjung. Bagi mereka yang berminat untuk menganjurkan aktiviti secara ’outdoor’ seperti aktiviti Hari Keluarga, Penggambaran dan lain-lain, bolehlah membuat tempahan melalui Jabatan Pembangunan Landskap dan Rekreasi di talian 03-2617 6396 /6402.

    Waktu taman dibuka adalah bermula dari jam 5.30 pagi hingga 10.00 malam setiap hari. Para pengunjung diharap dapat mematuhi Undang-Undang Kecil Taman 2012 untuk memastikan keselesaan semua.

    Wedding of The Year

    Untuk pengetahuan semua, wedding of the year di Malaysia telah dibuat di Taman Tasik Permaisuri bagi persandingan artis popular tanahair iaitu Yusri KRU dan Erra Fazira. Acara perkahwinan ‘wedding in the garden’ ini dibuat pada tahun 2003. Mesti ramai BBNU (budak-budak baru nak up) tidak mengetahui mengenai cerita ini. Ramai sekali peminat Yusri KRU dan Erra Fazira yang hadir dari setiap pelusuk negara. Ada juga yang sanggup datang dari Singapura, Indonesia dan Brunei semata-mata untuk melihat majlis persandingan kedua mempelai ini.

    Majlis menjadi sangat meriah kerana dilakukan di kawasan rekreasi kerana para hadirin yang datang tidak putus-putus.

    *Credit: dbkl.gov.my, blogspot

    Frequently Asked Questions (FAQs)

    Dimanakah lokasi Taman Tasik Permaisuri?

    Lokasinya yang berhampiran dengan Kompleks Renang Kuala Lumpur, Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Kompleks Sukan DBKL, Pusat Belia Antarabangsa, Unit Berkuda DBKL, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Masjid Bandar Tun Razak telah menjadikannya sebagai tempat tumpuaan yang popular bagi para pengunjung dari dalam dan luar negeri.

    What activities you can do at Taman Tasik Permaisuri?

    Like many recreational parks managed by DBKL, this recreational park is not just for jogging, running, kids’ playground or gathering. Taman Tasik Permaisuri Cheras Kuala Lumpur also include a football pitch, a futsal court and some jungle trail. This park is bigger than Taman Pudu Ulu and Taman Tasik Ampang and ample parking bays.

    Reviews

    Joging dan Main Badminton Aktiviti Riadah Terbaik di KL

    Taman Tasik Permaisuri Cheras KL menawarkan kawasan rekreasi percuma dan terbaik di KL. Joging memang best sedap anda dapat jog hingga ke penghujung menuju ke Kompleks Sukan Bandar Tun Razak.

    Amri Bin Abdul Rahman | Petugas Kerajaan

    Berkelah Terbaik Bawa Famili ke Taman Tasik Permaisuri

    Boring juga asyik ke tempat sama sahaja. Kali ini memandu dari Selangor ke Taman Tasik Permaisuri Cheras KL. Banyak kemudahan di sini dan semuanya dekat-dekat. Nak sewa rumah kat sini pun bagus juga. Boleh juga menginap di Hotel Kommune yang sangat berdekatan dengan tasik.

    Nor Saadah Binti Nordin | Penyelia Sekolah

    Visitor Information

    Jalan Tasik Permaisuri 2, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur
    Telephone: 03-2617 6396 /6402

  • Taman Tugu Forest, Kuala Lumpur, Malaysia

    Taman Tugu Forest, Kuala Lumpur, Malaysia

    Taman Tugu Forest, Kuala Lumpur

    Taman Tugu Forest adalah salah satu taman rekreasi menarik di Kuala Lumpur, ideal untuk aktiviti larian denai dan bersantai di alam semula jadi. Terletak di tengah-tengah pusat bandar, taman ini menawarkan pemandangan alam yang menakjubkan dan suasana yang menyegarkan. Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai tarikan menarik yang boleh anda temui di sini dan rancang kunjungan anda ke taman hijau ini hari ini!

    Mengenai

    Tahukah anda bahawa Taman Tugu ini sebenarnya pernah menjadi tapak kediaman pegawai kolonial Inggeris dan juga pernah dijadikan sebagai kuarters kakitangan kerajaan tidak lama dulu? Masih terdapat sisa peninggalan seperti tapak rumah sehingga kini.

    Aktiviti

    Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di Taman Tugu adalah seperti berjalan kaki, joging, berlari, lari denai dan banyak lagi. Tempat letak kenderaan juga disediakan tetapi dengan kuantiti yang agak terhad. Taman Tugu merupakan hutan dalam Kuala Lumpur yang mesti anda kunjungi. Ramai warga kota yang belum menyedari terdapat kawasan hutan disini yang sesuai untuk aktiviti trail running. Ia adalah sebuah taman hutan ditengah bandaraya.

    Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti senaman di Tasik Perdana yang dikenali sebaga Lake Garden yang terletak diseberang jalan. Selain itu, anda boleh melawat Taman Botani KL, Taman Rama-rama dan boleh juga makan nasi lemak Tang Ling yang sangat terkenal kesedapan sejak era 80an lagi. Inilah bandaraya KL yang pesatt membangun tetapi masih mengekalkan kehijauan tumbuh-tumbuhan dan hutan semulajadi untuk dirasai oleh anak-anak dan generasi akan datang.

    Setelah itu, anda boleh membeli belah di Sogo yang terletak tidak jauh dari taman ini iaitu di Jalan Tuanku Abdul Rahman, mengambil gambar di Dataran Merdeka dan terus ke KLCC.

    Frequently Asked Questions (FAQs)

    Why should you visit Taman Tugu Forest, Kuala Lumpur?

    Taman Tugu offers serene forest and beautiful forest trails. And guess what, there are over 5,000 trees including palm oil trees. For hikers, there is also a forest trail to explore. The trail distance is about 4km, and it takes about 1 hour to finish the trail’s loop. There is enough signboard, direction and tree nametag. This park is also suitable for trail running. So, bring your Adidas Terrex or all terrain shoes for trail running’s maximum experience.

    How to get to Taman Tugu Forest, Malaysia?

    Taman Tugu Forest is located in the heart of Kuala Lumpur.  This park is very near to Bank Negara Malaysia and government’s office at Persiaran Sultan Salahuddin. If you are from Cheras, you are advised to use Jalan Loke Yew or Jalan Sg. Besi and heading to the city center. You can park your car nearby the park, Padang Merbok bays or at Restoran Rebung’s parking complex.

    Where is Taman Tugu located?

    Taman Tugu is located just across Jalan Parlimen from the Lake Gardens (Taman Tasik Perdana), Bukit Aman head office. It super easy to find the place.

    Reviews

    One of the best Kuala Lumpur Recreational Park Serene Environment

    This is one of the forest parks in city center of Kuala Lumpur. You are in different world.

    Saifa Izzura | IT Director

    Taman Tugu Forest Park Suatu Kelainan Bro

    Memang tidak disangka yang dalam celah-celah kesibukan kota Kuala Lumpur kota metropolitan ini tersimpan khazanah yang berharga dan terpelihara. Taman Tugu terbaik!

    Mohd Azmeer Rayqal | Jebon

    Visitor Information

    Taman Tugu Malaysia
    Pesiaran Sultan Salahuddin,
    50480 Kuala Lumpur

error: