,

Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur

Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, mungkin mirip dengan Central Park di New York, tetapi ia boleh dibandingkan dengan Hyde Park di London dan Carlton Gardens di Melbourne. Taman bandar ini meliputi kawasan seluas 46.14 hektar dengan keindahan hijau dan sebuah tasik, serta diuruskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Taman ini adalah sebahagian daripada projek pemulihan River of Life, dengan tasik yang dihubungkan ke Sungai Bunus. Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai destinasi terbaik di Malaysia.

Maklumat Rasmi

Taman Tasik Titiwangsa adalah sebuah taman rekreasi yang mengandungi pelbagai kemudahan asas seperti sukan, riadah, berkelah dan melihat tarikan yang ada disini. Terletak di kawasan strategik di Kuala Lumpur, anda mesti terpesona dengan landskap taman ini yang telah dinaiktaraf.

Kemudahan Pengunjung

Terdapat juga canopy bridge yang berkonsepkan hutan dalam bandar yang anda mesti cuba. Taman Tasik Titiwangsa juga adalah taman mesra OKU kerana banyak kemudahan disediakan untuk orang kurang upaya. Jadi setiap orang mempunyai inklusif untuk datang ke sini melakukan aktiviti yang digemari. Diharap agar pengunjung dapat menjaga adab, tingkah laku serta tidak melakukan vandalisme iaitu merosakkan harta benda awam.

Frequently Asked Questions (FAQs)

After upgrading, what are the newly added features for Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur?

The park has a few added features, including the Maze Garden, the Banjaran Canopy Walkway, Children’s Waterplay Park and two playgrounds catering to toddlers and children aged six to 12. Other attractions are 100-meter shoot water called High Fountain Jet in the air, newly jogging trek with baby-stroller friendly and is a home of tropical forest trees and plants.

Dimanakah letaknya Taman Tasik Titiwangsa?

Taman Tasik Titiwangsa yang terletak di Bandaraya Kuala Lumpur yakni di Jalan Tun Razak. Ia berdekatan dengan Perpustakaan Negara Malaysia, Hospital Tawakkal dan berhadapan dengan Institut Jantung Negara (IJN KL). Anda boleh menaiki pengangkutan awam atau mengguakan kenderaan persendirian kereta terdapat banyak kemudahan tempat letak kereta disediakan.

Apakah kemudahan yang boleh didapati di Taman Tasik Titiwangsa?

Banyak kemudahan sukan dan riadah yang boleh didapati disini antaranya kompleks sukan untuk aktiviti dalam dewan, latihan taekwondo dan permainan badminton. Selain dari berjoging dan berbasikal, pengunjung juga boleh bermain tenis kerana terdapat 10 buah gelanggang tenis yang dikendalikan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Anda boleh menunggang kuda, bermain kereta kawalan jauh (RC), menikmati pemandangan cantik tasik dan sebagainya. Anda boleh menikmati Char Kuey Tiow dan restoran yang menyajikan makanan yang sedap-sedap.

*Credit: FB

*Credit: nordiyana.com

Reviews

Awesome Recreational Park in Kuala Lumpur Gua Caya Sama Lu

Taman Tasik Titiwangsa adalah tempat riadah bagi kami setiap hujung minggu untuk berjoging dan merehatkan minda. Ada court tennis disini juga untuk practice ataupun belajar. Ada gerai cendol dan rojak juga gerai sate dan char koy teow yang sedap yang boleh anda cuba.

Suhaimi Abdul Rahman | Penari Istana Budaya

Taman Tasik Titiwangsa untuk Abang Kakak Semua Macam Kat Central Park London lah

Tak perlu perabis duit ke luar negara atau bagai-bagai. Malaysia sudah cukup cantik dah abang kakak. Abang kakak boleh ambil gambar kenangan dan boleh hantar gambar ke kampung. Ibu bapa pasti gembira melihat gambar abang kakak di Kuala Lumpur. Mereka bukan tahu abang kakak ada mana. KL sudah banyak cantik.

Abdul Hamim Abdul Hameed | Pekerja Asing di bumi Malaysia

Visitor Information

Taman Tasik Titiwangsa,
53200 Kuala Lumpur
Telephone: 03-2617 6273

Taman Tasik Titiwangsa Recreational Park Kuala Lumpur

More posts

error: