Resepi Mee Wantan Sup Adam Corrie Memang Surr

Resepi Mee Wantan Sup Adam Corrie

Resepi Mee Wantan Sup Adam Corrie memang mempunyai rasa terbaik kerana ia dihasilkan bukan calang-calang orangnya iaitu pelakan Adam Corrie sendiri dan menurut pengalaman beliau semasa remaja pun pernah menjual mee kicap wantan untuk menampung kos hidup.

Mari kita dapatkan Resepi Mee Wantan Sup Adam Corrie yang memang sedap ini dibawah.

Resepi Mee Wantan Sup Adam Corrie Summary

  • Nama Resipi: Resepi Mee Wantan Sup Adam Corrie
  • Kategori Hidangan: Makanan
  • Jenis Masakan: Cina

Bahan-Bahan Resepi Mee Wantan Sup Adam Corrie

Bahan-bahan Resepi Mee Wantan Sup Adam Corrie

  • 1 sudu besar minyak masak
  • Mee wantan . Kalau guna mee lain, maka tidak jadilah mee wantan sebab rasa mee wantan dengan mee kuning tidak sama. Anda boleh dapati mee wantan di supermarket.
  • Minyak bijan
  • Kicap pekat
  • Kicap cair (brand apa-apa pon ok)
  • Sos tiram
  • Sayur sawi / siew pak choi
  • Tepung gandum
  • Sedikit tepung ubi atau tepung jagung
  • Air panas mendidih
  • Garam secukup rasa

Bahan-Bahan Isi / Inti Wantan

  • Udang (dicelur) atau ayam ( di cincang halus).
  • Daun bawang di ptg halus.
  • Karot di potong halus.
  • Sedikit tepung gandum.
  • Lada sulah
  • Garam.
  • Sos tiram

Bahan-bahan Sup Ringkas Adam Corrie

  • Air
  • Lada sulah
  • Kiub ayam
  • Daun ketumbar
  • Bawang goreng

Cara Memasak Resepi Mee Wantan Sup Adam Corrie

Cara memasak Resepi Mee Wantan Sup Adam Corrie

  1. Leraikan mee dahulu.
  2. Kemudian dicelur bukan rebus.
  3. Selepas itu, masukkan ke dalam air sejuk pula.
    (Ulangi langkah 1-3 berulang kali supaya mee tidak melekat).
  4. Kemudian, campur semua minyak dan kicap tu dalam pingan.
  5. Masukkan mee wantan dan gaul rata. Mee wantan tidak perlu dimasak.
  6. Tabur bawang goreng kalau suka.
  7. Letak sayur sawi / siew pak choi yang telah di celur di atas mee.

Cara Membuat Kulit Wantan

  1. Satukan tepung gandum dan tepung ubi atau tepung jagung serta garam serta minyak masak.
  2. Kemudian masukkan air panas tadi sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak melekat di tangan.
  3. Uli hingga sebati kemudian biarkan seketika dalam 20 minit dalam bekas tertutup supaya adunan tidak keras.
    *Jika susah untuk buat, anda boleh beli yang sudah siap dijual kat kedai berharga RM3.

Cara Membuat Isi / Inti Wantan

  1. Gaul semua bahan isi/inti wantan. Boleh tambah bawang besar dan cendawan untuk rasa yang lebih meriah. Saya buat yang ringkas supaya inti wantan tidak basah. Jika terlalu basah, kulit wantan mudah koyak.
  2. Bila sudah siap boleh di goreng atau masukkan ke dalam sup.

Cara Memasak Sup Ringkas Adam Corrie

  1. Didihkan air.
  2. Masuk lada sulah, kiub ayam, masukkan wantan yang sudah siap ke dalam sup. Masakkan sekali bersama sup.
  3. Dah nak siap, tabur daun ketumbar dan bawang goreng.
  4. Siap!

Did you know?

Resepi Mee Wantan Sup Adam Corrie saya ringkas. Resipi sejak remaja. Lain org lain caranya. Saya doakan anda berjaya buat mee wantan ni . Dan doakan saya sekeluarga ditetapkan iman dan sentiasa berada di landasan yang betul. Nak yang lebih grand boleh menuntut ilmu pada yang bertauliah. Sekian Resepi Mee Wantan Sup Adam Corrie dari saya, Wassallam.

Hashtag / Keywords

Resepi Mee Wantan Sup Adam Corrie Reviews

Customer Reviews about Resepi Mee Wantan Sup Adam Corrie

Resepi Mee Wantan Sup Adam Corrie adalah sebuah resepi ringkas yang telah dihasilkan oleh beliau sejak kecil lagi. Diharap perkongsian resepi ini dapat sedikit sebanyak memberi anda gambaran bagaimana membuat mee kicap wantan yang ringkas tetapi menyelerakan dan terbaik.

Yana

https://nordiyana.com

Kongsi Resipi Anda

Tekan Butang Share Facebook, Twitter dan Kongsi Resipi di Whatsapp dan Telegram

Jangan lupa untuk tekan butang share pada ikon Twitter, Facebook dan berkongsi Resepi Mee Wantan Sup Adam Corrie di Whatsapp Group atau melalui Telegram dibawah.

Nordiyana.com adalah semua mengenai memasak dan berjalan-jalan. 1 hari 1 resipi baru, jadi dalam masa satu tahun sahaja anda sudah dapat menguasai 365 resipi. Terima kasih kerana menyukai dan mengunjungi laman web kami. Jika anda ingin berkongsi resipi dan gambar masakan anda diketengahkan dalam laman web kami, sila e-melkan gambar dan resepi ke [email protected].

Ingin Resepi Anda Diketengahkan?

  1. Ambil gambar masakan yang anda ingin ketengahkan. Hantar sekeping foto masakan yang sudah siap sepenuhnya dalam bentuk .jpeg atau dalam bentuk yang mudah.
  2. Tulis bahan-bahan yang diperlukan serta cara memasak/ cara membuat. Menu atau hidangan yang boleh anda kirimkan merangkumi apa sahaja masakan, kuih muih, kek, biskut, minuman gulai dan sebagainya.
  3. Anda juga boleh tujukan resipi ini kepada insan yang istimewa dalam hidup anda sebagai menghargai perkongsian resepi yang anda sumbangkan. Tulis dengan ringkas, padat dan membawa erti sangat mendalam dan bermakna dalam hidup anda untuk resipi tersebut.
  4. Contohnya, anda boleh menulis seperti dibawah ini:-

Resepi Mee Wantan Sup Adam Corrie ini didedikasikan buat suami tersayang iaitu Shamsul Iskandar bin Kahar iaitu suamiku yang tercinta yang sedang menjalankan tugas di sempadan Malaysia-Thailand. Apabila selesai bertugas dan pulang ke rumah, beliau sering menyuruhku untuk membuat menu ini. Menu kegemaran katanya.”

“Semoga suamiku sihat sejahtera dan dilindungi dari bahaya musuh. Jangan risaukan adinda dan anak-anak di sini. Kami menunggu kepulanganmu wahai Suamiku. Ikhlas dari isterimu yang sedia menanti- Mariani binti Mamat dan anak-anak Luqman Daniel bin Shamsul Iskandar, 12 tahun dan Intan Norazura binti Shamsul Iskandar, 9 tahun”.

Anda juga boleh menghantar gambar anda dan gambar keluarga untuk kami ketengahkan sebagai sumber resipi (anda juga mempunyai pilihan untuk tidak menghantar gambar anda). Dengan mengenali diri orang yang mencipta atau berkongsi Resepi Mee Wantan Sup Adam Corrie ini, diharapkan pengunjung laman web ini dapat mengenali empunya resipi dan seterusnya mendoakan empunya resipi diberikan kesihatan, kesejahteraan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

error: