Resepi Daging Masak Kari Kurang Pedas

Daging Masak Kari Kurang Pedas adalah pilihan tepat bagi mereka yang ingin menikmati masakan kari dengan rasa yang lebih ringan tetapi tetap lazat. Dalam resepi ini, bahan-bahan tradisional digabungkan untuk menghasilkan hidangan yang beraroma dan memuaskan. Dengan rasa aromatik ia bakal menarik kunjungan setiap pengunjung.

Bahan-Bahan Resepi Daging Masak Kari Kurang Pedas

Untuk resepi daging masak kari kurang pedasini, bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut: –

Bahan Utama

  • 800-gram daging batang pinang (dihiris nipis, dicuci dan ditoskan)
  • 5 biji kentang saiz sederhana (dikupas dan dibelah empat)
  • 2 biji tomato (dibelah enam bahagian)
  • 2 keping asam gelugor
  • 2–3 camca besar kerisik
  • 1 camca besar cili kisar
  • 2½ camca besar rempah kari daging Baba’s
  • 1-liter santan cair
  • 300 ml santan pekat
  • 1 camca besar gula Melaka
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit stok ayam atau stok daging

Bahan Tumis

  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 biji bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 tangkai daun kari (dilurut)

Bahan Kisar Halus

  • 8 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 keping hirisan nipis lengkuas

Masa Penyediaan

  • Masa Penyediaan: 20 minit
  • Masa Memasak: 45 minit
  • Jumlah Masa: 1 jam 5 minit

Cara Membuat Daging Masak Kari Kurang Pedas

Panduan membuat daging masak kari kurang pedasdapat ditunjukkan dengan cara mudah seperti dibawah:

  1. Mula-mula, bancuh rempah kari bersama bahan-bahan kisar halus hingga menjadi pes.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum.
  3. Tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing.
  4. Masukkan pula rempah kari dan tumis hingga pecah minyak, guna api sederhana dan dikacau selalu.
  5. Selepas itu, masukkan daging dan kacau rata. Masak hingga daging menjadi lembut dan tidak kenyal.
  6. Masukkan kentang, gaul rata dan tuang santan cair.
  7. Biar mendidih dan masak hingga kentang empuk.
  8. Langkah seterusnya, masukkan asam gelugor dan santan pekat. Kacau rata.
  9. Tambah garam secukup rasa dan juga gula Melaka. Masak sekejap hingga bahan perasa sebati dalam kuah.
  10. Tambah tomato, kacau rasa dan matikan api bila mendapat rasa yang sedap. Biar tomato masak dalam kuah kari tadi.
  11. Daging masak kari kurang pedas siap dihidangkan kepada keluarga.

Petua Masakan: Bagi resepi daging masak kari kurang ini, anda boleh juga membuat sambal belacan jika anda seorang yang sukakan pedas.

Tips untuk Daging Masak Kari yang Sempurna

  • Gunakan santan segar untuk rasa lebih berkrim.
  • Masak dengan api kecil untuk memastikan daging empuk dan kuah pekat.
  • Jika mahukan rasa lebih kaya, tambahkan lebih banyak kerisik.

Cadangan Hidangan

Hidangkan Daging Masak Kari Kurang Pedas bersama nasi putih panas, roti canai, atau lemang untuk kombinasi rasa yang memuaskan.

Fakta Pemakanan Per Hidangan

Berikut ialah anggaran kandungan nutrisi (untuk 1 keping daging daripada anggaran 10 keping):

Komponen PemakananNilai per Hidangan% Nilai Harian
Kalori220 kcal11%
Karbohidrat30g10%
Protein18g36%
Lemak12g18%
Gula6g12%
Serat4g16%

Nilai Harian adalah berdasarkan diet 2,000 kalori. Keperluan individu mungkin berbeza.

Dengan resepi ini, anda boleh menikmati Daging Masak Kari Kurang Pedas yang lazat dan sesuai untuk seisi keluarga. Cubalah hari ini dan nikmati rasa klasik dengan sentuhan tradisional!




Resepi Daging Masak Kari Kurang Pedas Terbaik

Resepi Daging Masak Kari Terbaik: Ringkasan

  • Nama Resepi: Resepi Daging Masak Kari Terbaik: Masakan ala Mamak
  • Kategori Hidangan: #Makanan #Daging
  • Jenis Masakan: #Melayu

Resepi Aneka Masakan Berasaskan Daging Terbaik Mesti Anda Cuba

Anda mesti cuba resepi-resepi daging terbaik kerana ianya mudah, sedap dan menyelerakanan. Pelajari sekarang dan mulakan hari anda dengan pelbagai jenis masakan setiap hari!

Web Directories

Explore a wide range of information and resources tailored to your interests. Whether you’re looking for travel inspiration, financial tips, hobby ideas, product reviews, or more, our carefully selected links have something for everyone. Click the links above to start your journey toward discovering new experiences and expanding your horizons. Your next adventure is just a click away!

  1. https://asiaworldtour.com: “Asia World Tour: Your Gateway to Asian and World Adventures”
  2. https://personalfinancingloan.com: “Personal Financing Loan: Your Path to Financial Freedom”
  3. https://hobbyforte.com: “HobbyForte: Discover Your Car Passion, Explore Your Interests”
  4. https://reviewsanything.com: “ReviewsAnything: Your Trusted Source for Honest Gadget Reviews”
  5. https://rumahmampumilik.com: “Rumah Mampu Milik: Your Affordable Homeownership Journey Begins Here”
  6. https://malaysiadigit.com: “MalaysiaDigit: Your Digital Destination for News and Insights”
  7. https://vipmalaysia.com: “VIP Malaysia: Elevate Your Experience in Malaysia”
  8. https://nordiyana.com: “Indulge in Elegance at Nordiyana: Latest Recipe and Culinary Inspirations”
  9. https://e-penyatagaji.com: “E-Penyata Gaji: Simplifying Payroll Management for You”
  10. https://googleasia.org: “Google Asia: Explore the World and Asia’s Wonders with Google Asia”
  11. https://malaysiafit.com: “Malaysia Fit: Your Partner in Health and Wellness”
  12. https://koperasi.info: “Koperasi: Building Communities, Empowering Lives”
  13. https://recipeinside.com: “RecipeInside: Unveiling Culinary Creations, Your Guide to Delicious Dishes”
  14. https://asiahealthcenter.com: “Asia Health Center: Your Source for Holistic Wellness Solutions”
  15. https://nationalhealthcenters.com: “National Health Centers: Your Source for Vital Health Information and Community Care”
  16. https://malaysiabit.com: “MalaysiaBit: Stay Informed, Stay Connected”
  17. https://epenyatagaji.com: “E-Penyata Gaji: Your Digital Payslip Solution”
  18. https://koperasi.work: “Koperasi Work: Collaborate, Innovate, Succeed”
  19. https://koperasi.business: “Koperasi Business: Driving Entrepreneurship, Fostering Growth”

FAQ Resepi Daging Masak Kari Terbaik

Kenapa anda mesti membuat resepi daging masak kari kurang pedas?

Ramai orang meminati makanan masak kari. Namun, ada segelintir orang yang tidak suka kari yang terlalu pedas. Oleh itu, dengan membuat resepi daging masak kari kurang pedas, kita boleh menyediakan hidangan yang mudah untuk mereka yang tidak suka makanan yang terlalu pedas. Dengan cara ini, semua orang boleh bersama-sama menikmati makanan yang lazat tanpa rasa pedas.

Adakah mudah untuk membuat resepi daging masak kari kurang pedas?

Ya, ia amat mudah untuk membuat resepi daging masak kari kurang pedas. Langkah-langkah mudah berikut boleh anda ikuti untuk memasak daging masak kari kurang pedas:

  1. Potong daging kepada kepingan kecil.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili sampai layu.
  3. Masukkan daging dan goreng sehingga daging masak.
  4. Masukkan serbuk kari dan serbuk lada.
  5. Gaul sebati dan tambahkan air secukupnya.
  6. Biarkan diatas dapur selama 10 minit.
  7. Ayakkan dengan garam secukup rasa.
  8. Sedia untuk dihidang.
error: