Mosque in Cameron Highlands Pahang Malaysia

Mosque in Cameron Highlands Pahang Malaysia

Apabila anda bercuti di Cameron Highlands jangan lupa untuk singgah menunaikan solat kerana terdapat banyak masjid di sini. Anda boleh datang ke Masjid Abu Bakar, Masjid An-Nur Ringlet, Masjid Kampung Raja, Masjid Kayangan Brinchang dan Surau Taman Sedia selepas menikmati makanan enak seperti nasi lemak strawberry dan lain-lain. Sila dapatkan info padat dan lengkap disini. Kami menyediakan semua informasi termasuk hotel terbaik, restoran, tempat menarik, kawasan rekreasi dan lain-lain.

Mosque in Cameron Highlands Pahang Malaysia Summary

  • Attraction: Mosque in Cameron Highlands Pahang Malaysia
  • Location: Pahang Malaysia
  • Attraction Type: Mosque in Malaysia

Best Mosques

Masjid Abu Bakar Cameron Highlands Pahang Malaysia

Masjid Abu Bakar yang terletak di Tanah Rata Cameron Highlands agak unik, kerana tiada kipas. Justeru, suasana persekitaran agak mendamaikan tanpa bunyi bising aircond atau kipas. Jangan lepaskan peluang untuk menunaikan solat fardhu disini. Anda pasti akan merasakan keselesaan terutama sekali apabila berpeluang untuk menunaikan solat subuh di Masjid Abu Bakar ini. Memang suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Untuk info yang lebih lanjut mengenai Masjid Abu Bakar, sila klik dipautan ini.

Masjid An-Nur Ringlet

Masjid An-Nur Ringlet dibina oleh kerajaan dan mendapat peruntukan melalui Pembangunan Luar Bandar (PLB) pada tahun 1984. Masjid An-nur telah mendapat perkenan dan dirasmikan oleh KDYMM Sultan Pahang. Ruang solatnya boleh menampung 400 orang jemaah pada satu-satu masa. Biasanya umat Islam akan singgah di Masjid An-Nur ini sebelum meneruskan perjalanan ke puncak atau hotel di Cameron Highlands Pahang. Untuk mendapatkan info mengenai Masjid An-Nur Ringlet sila klik pada pautan ini.

As a Muslim, you need to know the mosque in your journey because you can perform solat and etc. Here are 4 best mosques in Cameron Highlands you can visit and perform solat.

  1. Masjid Abu Bakar Tanah Rata
  2. Masjid An-Nur Ringlet
  3. Masjid Kampung Raja
  4. Masjid Kayangan Brinchang

More Mosque in Cameron Highlands Pahang Malaysia

Masjid Kampung Raja

Masjid Kg.Raja terletak tidak jauh dari Pekan Kg.Raja. Masjid ini menjadi tumpuan pelancong kerana ianya merupakan ” pintu masuk ” bagi mereka untuk ke Cameron Highlands terutamanya dari Negeri Perak dan Kelantan. Biasanya pengunjung yang datang dari Kelantan terutama Gua Musang akan singgah ke Masjid Kg. Raja untuk menunaikan solat. Terdapat juga ramai pekerja ladang teh dan kebun sayur yang datang menunaikan solat disini. Sila klik pautan ini untuk mendapatkan informasi lanjut mengenai Masjid Kg. Raja.

Masjid Kayangan Brinchang

Masjid Kayangan Brinchang. Masjid ini betul-betul berada di tengah Pekan Brinchang, dan ianya adalah tempat persinggahan pelancong-pelancong Muslim untuk solat, beristirehat dan makan-minum. Mari kita pastikan syiar Islam bergema dimana-mana sahaja. Sila klik pautan ini untuk informasi lengkap mengenai Masjid Kayangan Brinchang.

Hashtag / Keywords

error: