Resepi Apam Coklat Lompang
Resepi Apam Coklat Lompang Terlajak Laris adalah resepi yang menjimatkan masa kerana penyediaannya mudah dan cara membuatnya juga mudah. Kami persembahkan resepi mudah ini untuk anda cuba dirumah!
Bahan-Bahan
Resepi Apam Coklat Lompang Terlajak Laris menggunakan bahan-bahan asas membuat kuih seperti tepung gandum, serbuk koko, susu pekat dan perlu dikukus selama 15-20 minit. Untuk resipi ini, anda dapat menghasilkan 48 biji apam. Peralatan yang digunakan adalah acuan lompang.
- 2 cawan tepung gandum*
- 1 cawan serbuk koko*
- 1 sudu kecil baking powder*
- 1 sudu kecil soda bikarbonat*
- 1 cawan minyak masak
- 1 cawan susu cair
- 1/2 cawan susu pekat
- 2 biji telur ayam
Untuk semua yang bertanda *, ayak semua di atas. Sesudah selesai diayak, masukkan 1 1/2 cawan gula dan ketepikan.
Cara Memasak
Bagaimana cara memasak Apam Coklat Lompang? Jom kita dapatkan langkah demi langkah seperti dibawah.
- Kisar semua bahan dan masukkan ke dalam mangkuk.
- Masukkan bahan kering sikit demi sedikit.
- Akhir sekali, masukkan 1 cawan air panas.
- Kacau sebati.
- Sapu acuan dengan minyak dan masukkan adunan.
- Kukus 15-20 minit.
- Siap dan sedia untuk dimakan!
